Suka cari masalah – baik untuk anda

By | 23/08/2013

3-Indispensable-Tools-for-Online-Reputation-ManagementAnda suka cari masalah?. Anda jenis manusia yang macam mana? biasanya ada 3 jenis perangai atau sikap:

  1. Suka selesaikan masalah
  2. Suka cari masalah
  3. Lari dari masalah, selesaikan pun tidak, cari masalah pun tidak

Lari dari masalah

Kita tak payah bincang berkenaan mereka yang berada di dalam kategori ke-3 sebab geng ni jarang-jarang menetap di sesuatu tempat dan jarang kekalkan lingkungan kawan rapat.

Mereka biasanya bila berdepan dengan masalah terus lari. Bila rasa susah nak belajar, berhenti belajar. Bila ada masalah dengan tugasan berhenti kerja dan cari kerja lain.

Dan lebih teruk lagi, bila ada masalah dengan kerja terus tak kerja. Hidup mengharapkan bantuan orang…

Saya yakin tak ada di kalangan pembaca yang masuk dalam kategori tersebut. Nauzubillah!.

Suka selesaikan masalah

Ini kumpulan yang paling ramai berada di dalam industri pekerjaan di negara kita atau di mana-mana negara yang ada banyak peluang pekerjaan.

Bagi mereka, berikan tugasan sahaja, akan diambil dan otak di perah untuk mencari jalan bagi menyudahkan kerja yang diberikan. Mereka suka selesaikan masalah dan disayangi oleh para majikan atau boss.

Suka cari masalah

Ini kumpulan yang biasanya menjadi pengacau atau orang putih kata trouble maker dalam industri pekerjaan konvensional.

Bila diberikan tugasan, mereka ambil masa untuk selesaikannya. Biasanya tugasan akan diperharikan betul-betul dan difikirkan semasak-masaknya.

Orang macam ini akan kembali pada boss lalu berbagai persoalan akan dikemukakan sehingga mememingkan boss yang sikapnya jenis penyelesai masalah.

Apa yang perlu anda tahu tentang pembahagian kategori sikap yang saya sebutkan di atas?

Anda tentu sangka golongan terbaik adalah daripada kumpulan penyelesai masalah, betul tak?

Kalau masa zaman tak ada internet dulu, ketika dunia belum diletupkan dengan lambakan maklumat, anda mungkin betul.

Malah para majikan suatu masa dulu akan mencari pekerja di kalangan mereka yang jenis suka selesaikan masalah.

Tetapi sekarang tidak lagi!. Jika anda mahu ke depan melebihi orang lain dan berjaya lebih bagus daripada orang kebiasaan, anda perlu menjadi seorang yang suka cari masalah!.

Terkezuttt!

Tak perlu terkejut, lihat sekeliling anda dan perhatikan mereka yang menjadi usahawan atau jurujual atau jurutera hebat.

Mereka yang suka cari masalah biasanya menjadi usahawan, jurutera terbaik, jurujual terbaik dan sebagainya terbaik.

Kenapa?

Kerana dunia sekarang menghendaki mereka yang mampu menunjukkan pada mereka masalah yang sebenar, dan bukannya masalah yang mereka sangkakan.

Contoh mudah

Bayangkan rumah anda di serang tikus. Lalu anda pergi dapatkan khidmat Pest Control dari satu syarikat.

Perkara biasa yang kaki selesai masalah akan buat adalah bawa perangkap tikus dan racun tikus untuk selesaikan masalah anda.

Masalah selesai dan tidak lama kemudian tikus datang menyerang semula dan anda mula marah pada syarikat tadi lalu ambil khidmat syarikat lain.

Sudah tentu syarikatn lain itu adalah kepunyaan saya!!!, apa yang saya buat adalah menghantar petugas profesional saya untuk memeriksa rumah anda terlebih dahulu.

Technician itu kerjanya adalah pergi cari masalah terlebih dulu, bukan selesaikannya. Dia periksa dan periksa lalu memberikan maklumat pada anda.

Masalah sebenarnya adalah rumah itu tidak jauh daripada kawasan sampah yang keadaan pembuangan sampahnya tidak diuruskan dengan baik.

Rumah itu juga punya banyak laluan yang mengizinkan tikus keluar masuk sesuka hati cari makanan di dalamnya.

Jadi, pekerja saya akan beri nasihat agar:

  • Buat aduan segera pada majlis perbandaran untuk perbaiki masalah pembuangan sampah.
  • Tutup semua laluan di mana tikus boleh masuk.

Selang tidak berapa lama, tikus bukan lagi jadi masalah pada anda. Dan anda berpuas hati membayar jumlah yang agak tinggi untuk khidmat saya yang profesional!!!.

OK! dah panjang sangat entri ni…tapi anda lihat ┬ásekarang kenapa saya lebih suka cari pekerja yang suka cari masalah….!.

Satu lagi!

Kenapa saya jadi usahawan? sebab saya suka cari masalah ler!, kerja membosankan pergi gelap balik gelap, gaji banyak tu juga…lalu saya cari masalah…berhenti kerja dan cari masalah orang lain dan selesaikan…hasilnya!

Saya ada beberapa syarikat sekarang yang menjana pendapatan beberapa juta ringgit setahun dan menyara kehidupan saya yang ringkas ini….anda bagaimana?

46 thoughts on “Suka cari masalah – baik untuk anda

  1. MatZu

    Org IT panggil ni Troubleshoot… Artikel yg PADU Boss!

    Reply
  2. ayamKMP

    kena tambah kategori keempat iaitu “suka cari masalah dan selesaikannya”.

    ada orang cari masalah untuk tambah masalah itu yang buat masalah semakin banyak…

    Reply
  3. Hafizul

    Termotivasi kejap baca artikel ni..rasa nak cari masalah gak la..dah lama peram ni..cuma tak ada keberanian lagi nak tunjukkan..hahaha..berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa…tak ke cari masalah namanya tu..saya nampak jalannya..cuma tak ada keberanian lagi nak realisasikannya..mcm2 fikir..kot nanti tersungkur di tgh jalan susah pulak..emmmm
    Hafizul recently posted…Apa Erti KemerdekaanMy Profile

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Maknanya bila ada masalah jangan terus selesaikan. Cari dulu masalah sebenarnya…core problem!.TK

      Reply
  4. ahmadyani

    Saya memahami maksud tulisan ini ialah sebaik orang adalah mereka yang menggabungkan kategori 2 & 1. Cari masalah dan selesaikannya. Betulkan kalau saya salah.
    ahmadyani recently posted…Kenduri Tanpa Kendara.My Profile

    Reply
  5. Khairul Zamri

    Terbaik gaya olahan bro, saya rasa saya tergolong orang suka lari dan selesaikan masalah haha. Kalau dah jem otak memang saya wat tak tahu huhu, pay me more I’ll do more laa hahaha
    Khairul Zamri recently posted…Bangkit Semula Dengan SegeraMy Profile

    Reply
  6. ema

    masalah kerja masih belum selesai lagi ni…masalah kekangan masa nak pergi taiping esok..masalah kena tinggalkan anak-anak selama seminggu…masalah mmg tak boleh lari dr kehidupan seharian…yg penting kena tahu cara kendalikan masalah berkenaan
    ema recently posted…Panggilan serentakMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge