ketua dan jaguhDalam bab tak boleh ada 2 jaguh dalam satu masa ini, saya teringat zaman ketika berada di negara Perancis satu ketika dahulu. Saya tinggal di Montpellier, France antara tahun 1989 hingga tahun 1993.

Untuk membolehkan saya berkomukasi dan berinteraksi dengan orang Perancis, mahu tak mahu saya perlu kuasai Bahasa Perancis. Bila dah sampai dan duduk di sana, saya perlu teruskan juga aktiviti pembelajaran bahasa mereka secara sendiri-sendiri sampai fasih dari segi pemahaman dan pertuturan.

Cara paling mudah belajar dan memahami Bahasa Perancis adalah dengan sentiasa luangkan msa untuk menonton cerita kartun di TV. Saya dapat petua berkesan itu dari seorang pensyarah di Universiti di sana.

Sejak mendapat nasihat pensyarah itu, saya amalkan nasihatnya yang memang ternyata amat berkesan. Nasib baik di Perancis, setiap pagi dari pukul 7 sampai pukul 9 pagi, siaran TV mereka akan siarkan satu siri kanak-kanak. Kalau tak silap, siri itu bernama ‘Le Club Dorothee’.

Maka setiap pagi saya akan mengadap siri TV kanak-kanak itu sehinggalah jadi ketagih pulak. Selain dari mahu belajar Bahasa Perancis yang dituturkan dalam program kartun dalam siri tersebut, saya dah mula seronok dengan cerita-cerita kartun yang amat menarik disiarkan secara bersiri.

Tak boleh ada 2 jaguh dalam satu masa

Salah satu siri kartun yang amat saya gemari adalah siri ‘Ken Le Survivant’. Ia merupakan siri kartun Jepun yang telah dialihkan ke bahasa Perancis.

Ken merupakan pendekar hebat yang menguasai ilmu kependekaran. Cerita itu adalah perjalanan Ken dalam menguasai dunia kepahlawanan antara para pendekar lain, yang sudah tentu musuh utamanya adalah para pendekar yang jahat.

Kalau nak cerita pasal siri Ken Le Survivant kat sini tentu akan jadi panjang berjela. Anda boleh dapat gambaran pasal cerita Ken Le Survivant itu dengan menontonnya kat sini.

Apa yang nak saya kongsikan dari siri tersebut, yang saya belajar adalah konsep tidak boleh ada dua jaguh dalam satu masa. Ken punya seorang abang kandung yang juga amat hebat dalam ilmu kependekaran.

Oleh kerana tidak mahu bertembung dengan adiknya sendiri, abangnya buat keputusan untuk memberikan penumpuan dalam dunia tabib. Konsep itulah yang abang Ken jelaskan apabila ramai yang bertanya padanya kenapa dia keluar dari dunia kependekaran sedangkan ilmu pendekarnya amat hebat dan mampu mengatasi dengan mudah ilmu adiknya.

” Tidak boleh ada dua jaguh dalam satu masa… !” itulah jawapan abang Ken bila di tanya.

Cuma satu saja jaguh yang akan tinggal

Bila difikirkan dengan mendalam, saya tersedar memang kenyataan itu betul.

Bila ada dua jaguh, mereka satu masa pasti akan bertembung dan pertembungan itu bakal menentukan mana satu yang kekal sebagai jaguh. Sebab salah satunya perlu menag dan seorang lagi perlu tewas juga akhirnya.

Untuk mengatasi masalah tersebut, maka hanya seorang sahaja yang perlu ke depan mengejar gelaran jaguh tersebut. Jika anda tidak sanggup berjuang sampai berjaya atau terima hakikat akan mati jika kalah, maka pilihlah saja gelaran sebagai pengikut.

Da jadilah seorang pengikut yang setia dan bermatlamatkan membantu jaguh pilihannya untuk terus mara ke depan sehingga sampai kemuncaknya. Itu merupakan jalan yang tidak kurang sama hebatnya dan tetap mendatangkan manfaat, walaupun tidak sama glamour  macam jaguhnya.

Bila tiba masanya nanti, dah dah rasa bersedia untuk merebut gelaran jaguh, maka keluarlah untuk membina kumpulan barunya sendiri. Ketika itu, sama juga, anda perlu mengumpul hanya pengikut yang setia yang tidak akan sabotaj usaha anda untuk naik ke atas.

Hanya perlu ada satu ketua dalam bisnes

Bila saya berniaga, baru saya sedar betapa benarnya konsep tidak boleh ada dua jaguh dalam satu syarikat. Atau lebih tepat lagi, tidak boleh ada dua ketua dalam satu perniagaan atau syarikat.

Jika anda tak faham dan tak percaya konsep ini, apabila anda mulakan perniagaan secara perkongsian dengan kawan atau rakan kongsi, masalah akan timbul juga satu masa nanti cepat atau lambat.

Sebab itu jika anda ada rakan kongsi dalam perniagaan yang sedang dijalankan sekarang, perlu jelas siapa yang akan jadi jaguh dan siapa pula yang akan jadi pengikut. Walaupun hakikatnya anda merupakan dua rakan kongsi yang sama-sama memulakan syarikat atau perniagaan. Jelas dari awal supaya tidak akan timbul masalah di belakang hari.

Jika anda lihat rakan kongsi macam ada potensi mahu merebut gelaran jaguh, segeralah berpisah sebelum keadaan menjadi parah. Lebih baik masing-masing buat kerja bisnes sendiri dan bersaing secara sihat daripada bermusuh secara tidak disedari dalam satu syarikat yang sama.

Kesan status rakan kongsi anda

Untuk mengesan potensi rakan kongsi tidak akan menjadi masalah dalam perebutan menjadi jaguh dalam satu syarikat, anda perlu merangka strategi yang betul. Saya berikan beberapa pendekatan yang boleh diambil kat sini sebagai panduan.

  1. Jumlah pegangan saham mesti berbeza – Jika anda mahu jadi ketua, pastikan pegangan saham anda sentiasa lebih banyak dari rakan kongsi. Jika dia tak setuju dan mahukan pegangan saham sama banyak. Elok pertimbangkan semula perkongsian dengannya.
  2. Jumlah gaji mesti tak sama – Sama juga macam pegangan saham, anda mesti ambil jumlah gaji lebih banyak walaupun kerja anda lebih banyak merupakan kerja berfikir daripada kerja fizikal. Kalau dia tak setuju, elok hentikan perkongsian dan jangan diteruskan.
  3. Pastikan segala keputusan akhir anda berjalan – Anda perlu mendapatkan input sejelas mungkin dari semu pihak terutamanya dari rakan kongsi. Ia diperlukan untuk anda buat keputusan. Bila dah diputuskan, ia perlu dipatuhi samada rakan kongsi anda suka atau tidak suka. Kalau dia asyik pertikaikan dan salahkan anda bila keputusan yang diambil salah, elok buang saja rakan kongsi sebegitu, kerana ia tidak akan berupaya menjadi pengikut yang membantu anda.
  4. Kuasa veto perlu ada – Ada masanya dan sering terjadi, anda perlu buat keputusan yang pantas tanpa merujuk pada orang lain. Di saat itu kuasa veto perlu digunakan. Samada salah atau tidak, baik atau tidak baik, sudah pasti ketika keputusan itu anda buat, andaiannya adalah itu keputusan terbaik ketika itu. Jadi rakan kongsi yang bersikap sebagai seorang pengikut mesti akur dan terima dengan hati yang terbuka. Kalau dia mengungkit, elok buang atau putuskan saja perkongsian itu jangan dilanjutkan.

Ringkasnya, perkara paling penting iaitu dalam urusan membuat keputusan dan bertindak anda perlu pegang dengan kejap tanpa ada sebarang gangguan atau dicabar oleh sesiapa. Jika rakan kongsi tak puas hati dan ungkit bukannya membantu menguruskan kesilapan, ertinya dia bukan pengikut.

Dalam permulaan, semuanya anda perlu lebih berbanding rakan kongsi jika anda buat keputusan untuk jadi ketua. Itu diperlukan sebagai ujian dalam menentukan samada rakan kongsi anda seorang yang mampu bertahan sebagai seorang pengikut.

Segala keputusan juga, anda perlu bertegas dan degil, ketika waktu awal supaya status anda sebagai ketua difahami mesejnya oleh rakan kongsi. Kalau dia faham dia akan sedar dan mengikuti anda dan akan bertindak sebagai seorang pengikut. Kalau dia juga mahu jadi ketua, dia perlu sedar bahawa tidak bleh ada dua ketua dalam satu syarikat. Kalau nak jadi ketua juga keluar dan buka syarikat sendiri dari awal.

Sebaliknya dia juga mahu jadi jaguh. Dan ingat ! tidak boleh ada 2 jaguh dalam satu syarikat walau dalam keadaan apa sekalipun.

Sekarang pilihlah samada anda mahu jadi jaguh atau mahu jadi pengikut kepada jaguh. Perlu main peranan masing-masing untuk merealisasikan impian besar keseluruhannya secara berjemaah.

Dan bukannya simpan impian secara diam dan menjadi pengecul yang main kotor menikam ketika jaguh sebenar sedang berehat. Sebab itu tidak akan berlaku dalam dunia kependekaran main pukul curi. Itu kerja bacul dan tidak bermaruah dan bukannya prinsip jaguh.

Dalam buku The Richest Man in Town, saya dapati, semua usahawan hebat yang berjaya nak ke atas, punya prinsip yang sama. Mereka tidak kisah kongsikan kekayaan dari segi harta dan kemewahan. Tetapi mereka tidak sesekali akan lepaskan gelaran ketua dalam menerajui syarikat mereka.

Walaupun semua orang sudah tentu suka kalau dia jadi ketua, tapi sedarlah bahawa kita tidak mampu untuk jadi ketua dalam semua keadaan. Ada masanya kita perlu jadi pengikut jika masanya belum tiba untuk jadi ketua.

Total
31
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge