Rasa-rasanya, suka tak untuk mengaku yang anda memang suka jadi pelik dari orang lain?

Kalau anda jawab dengan jujur, dan jawapannya adalah terang dan yakin, ‘YA!”, saya yakin anda lebih berjaya dalam apa saja perkara atau usaha yang dilakukan berbanding orang lain.

Jika masih dirasakan tak berjaya, tak perlu nak risau. Teruskan dan buat analisa dan pembaikan demi pembaikan tanpa jemu. Lambat laun, insyaallah pasti kejayaan akan datang mengetuk pintu rumah anda, Insyaallah saya yakin.

Tak ramai sanggup jadi pelik dari orang

Kebiasaannya, tak ramai yang sanggup jadi pelik dari orang lain.

Itu perkara normal.

Saya sendiri masuk dalam kategori orang yang macam itu. Kategori kebanyakan orang yang masuk dalam kategori orang biasa-biasa. Tak suka tonjolkan diri.

Kalau memang ada ciri-ciri yang agak pelik dari orang lainpun tak akan cuba diketengahkan. Lebih selesa menyorok, dan tak mahu orang lain tahu.

Puncanya tak mahu menyusahkan orang. Paling penting tak mahu susahkan diri sendiri. Tak sanggup dikritik dan takut dipulau dan tka punya ramai orang yang sudi mengaku kawan.

Maklumlah, Pelik!.

Orang yang pelik, masa mula, masa tak ada apa-apa, tiada rupa, tiada harta, tak terkenal, lebih ramai yang hindarkan diri tak nak mengaku kawan.

Tapi bila dah berjaya, bergaya, berharta, disinari lampu pentas terang berbderang ke mana saja, maka ramai pulak yang mengaku kawan dan kenal dengan kita.

Berjaya sebab pelik dari orang

Hakikatnya orang yang berjaya itu tadi, yang terkenal, bergaya dan berharta serta macam-macam lagi itu, dia kecapi semua itu berpunca dari sikapnya yang tak kisah jadi pelik dari orang lain.

Tak kisah kena kecam oleh para haters.

Tak kisah orang pulau tak mengaku kawan.

Dia berani buat benda pelik yang orang kebanyakan tak sanggup buat sebab memang itulah sikap majoriti dari kita semua.

Semua orang pulun makan gaji. Dia berhenti kerja nak berniaga.

Itu salah satu dari sikap pelik berbanding kebanyakan orang lain yang majoriti besarnya makan gaji dan hidup selesa seperti semua orang lain yang juga makan gaji.

Masa berhenti tu dia terus kena kecam. Paling awal dari keluarga terdekat. Kemudian dari kawan-kawan, jiran dan hampir kebanyakan orang yang dah lama kenal dia.

Macam-macam ayat keluar. Buta perut, tak kesian anak bini, mengaji susah-susah, tinggi-tinggi, tapi berniaga kat pasar malam… macam-macam lagi kritikan. Tambahan pulak masa mula tu memang susah. Tampung sana dan sini. Tebalkan muka minta diberikan peluang dan sebagainya.

Bagi orang yang jenis tak tahan, tak sanggup jadi pelik dari orang lain. Tak akan mampu harungi semua itu. Tak akan mampu teruskan perjuangan untuk buktikan semua krtikan orang lain adalah salah.

Bila dia degil, berusaha dan perbaiki diri bertubi-tubi. Akhirnya berjaya juga. Semua bermula dari sikapnya yang sanggup jadi pelik dari orang lain.

Ramai orang pelik yang anda kenal

Siapa tak kenal Aliff Shukri? abang tu memang pelik. Gadik pun ada. Ramai orang kritik. Tapi apa dia buat. Dia teruskan juga dengan sikap pelik dari orang lain itu. Dia tak sembunyikan dirinya. Sebab itu rakyat Malaysia kenal dia, samada secara positif atau negatif.

Siapa tak kenal Neelofa?

Dia memang pelik. Paling ketara sebab dia sangat cantik. Masa terdedah dulu dia lentik habis. Itupun memang dah pelik. Dia tambah lagi pelik dengan berbah dari gedik jadi amat baik. Pakai tudung dan terus kelihatan anggun. Terus jadi Wanita Muslimah yang amat ramai muslimah lain nak jadi.

Bagi saya dia pelik sebab memang ketara dia amat cantik.

Siapa tak kenal Datuk Seri Vida. Dia juga pelik. Dia posing seperti rupa parasnya macam Neelofa. Sedangkan sikitpun ak sama. Dia sanggup bernyanyi sedangkan kalau orang lain yang ada suara macam dia tak akan sanggup nyanyi.

Tapi semua itu buat rakyat Malaysia kenal dia.

Siapa tak kenal Dr Azizan Osman, Tony Fernandez, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan ramai lagi.

Kalau tidak kerana pelik, tak ada orang yang sebut dan berikan perhatian pada mereka semua.

Tak sanggup jadi pelik bantut perkembangan

Siapa orang biasa-biasa yang semua orang kenal? Memang tak adapun sebab buat apa nak kenal orang biasa-biasa. Kawan dia saja yang kenal. tak lebih dari itu.

Kalau ada satu perkara yang sentiasa menghalang saya dari maju ke depan lebih jauh, saya letakkan masalah tak sanggup jadi pelik ini sebagai punca nombor satu.

Sejak kecil sampai besar, masa sekolah rendah dan menengah dulu, masa membesar kat kampung dulu. Saya sering diajar supaya sentiasa ambil jalan selamat.

Jalan paling selamat adalah dengan buat apa semua orang lain buat. Tak payah melawan arus. Dalam kelas, hanya 2 atau 3 orang kawan saja yang sering sambut apa saja cabaran cikgu. lagi 30 orang lebih suka jadi macam semua orang lain. Sembunyikan diri dan cuba kecilkan diri sehalus mungkin supaya cikgu tak nampak.

Saya juga macam itu.

Tapi kadang kala beranikan diri juga lawan arus. Hanya sikap beranikan diri sedikit itu buat saya ke depan sikit. Tapi masih lagi tak saya dapat lihat betapa perlunya keluar dari zon selamat kalau nak berjaya.

Berniagapun macam itu juga. Tak mahu tonjolkan diri. Selesa diamkan diri saja buat sekadar cukup makan. Adalah sedikit usaha berbeza dari orang lain. Maka sedikit perbezaan itu juga membawa saya terus berniaga dan mampu sara anak isteri sampai sekarang.

Untuk buat lebih pelik lagi, saya masih tak sanggup. Masih selesa ambil jalan selamat supaya kelihatan macam semua orang lain juga. Sedangkan saya tahu kalau anda ambil jalan selamat macam semua orang lain, macam mana nak jadi lebih dari semua orang lain?

Mula terima orang pelik

Jadi rasanya perlu diubah sedikit sikap suka ambil jalan selamat ini. Perlu beranikan diri untuk jadi orang pelik.

Bukannya susah sangat nak jadi orang pelik ni. Cukup dengan buat sesuatau yang berbeza dari semua orang lain. Itu saja. Jadi peliklah. Barulah jadi perhatian dan ketara dilihat orang. Baru boleh tarik perhatian ke arah tujuan yang kita mahukan.

Tapi bukan mudah nak buat macam itu.

Untuk ubah sikap suka ambil jalan selamat ini, paling awal perlu paksa diri supaya terbuka untuk menerima benda pelik yang berbeza dari kebiasaan. Tak boleh rasa kembang tengkok bila tengok orang gedik dan cakap benda mengarut yang berbeza dari cakap orang lain.

Terima benda pelik tak semestinya bersetuju. Yang pentingnya jangan nak mencebik bibir dan rasa kembang tengok dan tak sanggup tengok.

Selagi tak mampu selesaikan perasaan tak selesa dengan benda pelik itu, selagi itulah tak akan mampu ada idea untuk mencuba perkara berbeza.

Bila anda dah biasakan diri terima benda pelik. Jangan terkejut pulak dan jangan nak marah dan muntah dengan seribu satu macam benda pelik. Itu perlu diterima hakikat sebab bukan semua benda pelik akan berjaya membawa anda kepada matlamat.

Dalam seratus mungkin hanya 2 atau 3 saja yang akan berjaya. Tapi kalau tak ada hati lansung pada benda pelik, tak ada satupun yang akan melonjakkan diri anda ke depan.

Mulai dari sekarang, elok longgarkan sedikit demi sedikit ikatan yang membelenggu diri takut dikritik itu. Lantaklah orang nak kritik. Teruskan juga dengan usaha anda. Apabila anda dikritik, itu tandanya anda dah mendapat perhatian.

Dalam dunia sekarang, untuk tonjolkan diri anda, tonjolkan produk atau perniagaan anda, tak boleh tidak mesti berbeza dan dianggap pelik dari orang kebiasaan lain. Kalau tidak, tak akan ada siapa yang sudi ambil perhatian pun.

Itupun kalau anda nak jadi luar sedikit dari kebiasaan. Kalau anda selesa, tersorok, tak kemana, selesa hidup hanya dengan habiskan masa hari, minggu, bulan dan tahun, menunggu malaikat maut datang menjemput. Teruskan saja dengan persembunyain anda itu. Dan buat apa saja yang semua orang kebanyakan buat.

Total
13
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Lantak pi lah apa orang nak kata. Orang yang masuk syurga di akhir zaman pun dalam hadis sahih kata orang orang pelik.

    Sebab islam datang dalam keadaan dagang (pelik) dan akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang orang pelik.

    Akhir zaman, majoriti manusia akan biasa dalam kesesatan. Sehingga yang beriman dan dalam kebenaran nampak pelik.

    Tak kisahlah jadi orang pelik
    Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge