Teknik jadikan "makan tanah" sebagai amalan kebiasaan!

By | 09/08/2012

soldiers-885905_960_720Makan tanah?

Perghhhh!, bayangkan saja dah nak termuntah.

Tapi itu perkara pelik hanya bagi mereka yang belum jadikan tabiat makan tanah sebagai kebiasaan.

Bagi yang dah biasa, selamba saja mereka makan.

Macam tu la jugak dengan merokok.

Kalau tak pernah merokok hidu dan sedut asap saja terbatuk-batuk, non-smoker tentu rasa mereka yang merokok tu pelik sebab buat benda tak seronok.

Tanpa dipanjangkan cerita, berikut teknik pasti jaya untuk menjadikan amalan makan tanah sebagai tabiat kebiasaan manusia:

  • Yakinkan diri bahawa makan tanah ada banyak kelebihan. Kita boleh reka apa-apa saja cerita dan andaikan rahsia mereka yang hebat-hebat terletak pada tabiat makan tanah.
  • Ulang pada diri sendiri rasa hebat makan tanah. Sebelum tidur bayangkan rasa hebat apabila anda makan tanah setiap hari. Bisik pada diri sendiri anda akan jadi seorang pemakan tanah yang konsisten.
  • Ulang cerita pada kawan-kawan. Ceritakan betapa hebatnya makan tanah. Beritahu mereka rugi kalau tak makan tanah dan berikan contoh kelebihan makan tanah. Anda boleh reka sediri kehebatannya.
  • Mulakan dengan sedikit. Mulakan makan tanah tanah sedikit dahulu. Maklumlah anda belum biasa dan rasa pelik masih menebal dalam minda. Tak apa sedikit demi sedikit lama kelamaan jadi bukit.
  • Gabungkan dengan tabaiat lain yang telah menjadi kebiasaan. Banyak perkara yang telah menebal menjadi tabiat kebiasaan kita seperti makan nasi dan sebagainya. Gabungkan tabiat makan nasi itu dengan makan tanah kemudiannya atau sebelumnya.
  • Jadikan amalan tersebut secara konsisten. Mengulang dan mengulang sesuatu perbuatan itu tanpa jemu akhirnya akan membuatkan tubuh badan menyediakan diri bagi menyesuaikan keadaan sehingglah ianya melekat sebasi menjadi amalan kebiasaan.
  • Pada tahap itu anda telah berjaya menjadikan amalan makan tanah sebagai habit atau amalan kebiasaan. Kita akan merasakan tak selesa jika sehari tak makan tanah. Anda telah berjaya !!!

Tentu ramai yang tertanya apa ke hal nak jadikan makan tanah sebagai tabait kebiasaan ni?

Pelik bin ajaib!

Tak ada benda lain ke?

Jika anda rasa makan tanah itu satu kerja yang bodoh tak apa, sebab mesej saya sebenarnya adalah:

  1. Manusia ni makhluk hebat yang mampu menyesuaikan diri dengan berbagai perkara pelik yang kadang-kadang tak terlintas dek akal. Asalkan otak kita percaya maka badan akan menyesuaikan diri.
  2. Jika anda rasa makan tanah itu perkara bodoh. Cuba bayangkan dan senaraikan lain-lain perkara bodoh lain yang telah anda jadikan tabiat kebiasaan. Anda tentu ada ilmu untuk menilai mana yang bodoh dan mana yang bagus.
  3. Sebenarnya banyak perkara bodoh yang telah kita jadikan amalan kebiasaan. Walaupun kita sedar ianya kerja bodoh namun disebabkan ia telah dilakukan secara berulang-ulang. Kerja bodoh tersebut telah sebati membentuk kebiasaan.
  4. Bila kita dah tahu apa perkara-perkara bodoh yang telah menjadi kebiasaan kita, gunakan teknik yang sama di atas untuk digantikan dengan amalan bagus dan mulia. Contohnya hilangkan sikap kedekut taik hidung masin dengan gabungan amalan makan nasi. Setiap kali nak makan nasi, sedekah terlebih dahulu, kalau tidak jangan makan.
  5. Tabiat kebiasaan atau ‘habit’ merupakan amalan yang kita lakukan secara berulang-ulang. Ia akhirnya menjadi amalan yang kita lakukan tanpa perlu memikirkannya. Apa saja perkara walaupun susah boleh dijadikan amalan asalkan kita ulang dan ulang tanpa jemu.
  6. Apa lagi! buatlah senarai amalan kebiasaan yang anda rasa bodoh dan mula tukarkan dengan amalan yang baik. Jangan terburu-buru nak tukar kesemuanya. Ia mengambil masa. Tapi kalau tak mula sampai bila tak akan berlaku.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Teknik jadikan "makan tanah" sebagai amalan kebiasaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge