Untuk berjaya mesti kurang tidur?

By | 13/09/2012

kurang tidurBetulkah kata orang, kalau nak berjaya seseorang itu mesti kurang tidur ?

Semua orang perlu rehatkan badan dengan tidur.

Ada yang perlu tidur lama dan ada yang perlu tidur sekejap sahaja.

Matlamatnya adalah sama iaitu untuk memulihkan tenaga.

Pakar merumuskan setiap manusia normal memerlukan antara 7 ke 8 jam masa untuk tidur dalam masa sehari. Kurang atau lebih dari itu membuatkan tenaga tidak dapat dipulihkan dengan optimum.

Ada orang yang mendakwa mereka tidak perlu masa yang lama untuk tidur.

Ramai mendakwa mereka hanya perlu antara 5 ke 6 jam sahaja. Ada juga yang mendakwa mereka perlu kurang dari itu.

Apakah itu betul?

Ya!, memang ada terdapat segelintir orang yang tidak perlu masa lama untuk memulihkan tenaga dengan tidur.

Tetapi kemungkinan besar anda bukan termasuk dalam golongan tersebut. Data kajian menunjukkan dalam 100 orang, hanya 5 orang sahaja yang berkemungkinan tidak perlu masa tidur yang lama.

Jenis orang yang mampu kurang tidur

Berikut adalah ciri-ciri mereka yang mampu kurang tidur:

  1. Mereka tidur lewat dan muncul awal pagi tanpa perlu tidur sebentar pada waktu siang atau mengambil minuman berkafein untuk kekal segar.
  2. Mereka biasanya amat bertenaga dan ceria.
  3. Mereka biasanya peramah, bercakap dengan laju dan tidak henti bercakap.
  4. Biasanya mereka amat optimistik dan bercita-cita tinggi.
  5. Otak mereka sentiasa cepat berfikir dan berada seperti dalam keadaan terkejar-kejar. Mereka sentiasa padang jauh ke depan
  6. Mereka sentiasa saja ada idea untuk melakukan perkara yang menarik minat mereka.

Apakah orang yang mampu tidur sekejap biasanya berjaya?

Tidak dapat dibuktikan lagi. Tapi yang pastinya mereka mempunyai masa yang lebih panjang daripada orang lain untuk melakukan kerja.

Bolehkah kurang tidur dipelajari?

Jika anda teringin menjadi salah seorang daripada mereka yang kurang tidur, anda hanya membuang masa kerana tidak ada satu carapun untuk belajar jadi begitu.

Biasanya tabiat kurang tidur ini berputik sejak zaman kanak-kanak dan ia kebiasannya adalah faktor keturunan.

Bagaimana tahu anda salah seorang daripada mereka?

Untuk mengetahui samada anda jenis yang kurang tidur atau tidak, mudah saja.

Jika dalam seminggu anda kebiasannya mampu bertahan untuk hanya tidur antara 5 ke 6 jam saja dalam masa satu hari, kemudian bila dihujung minggu anda ganti semula dengan tidur lebih lama, anda bukan jenis yang tahan kurang tidur.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah buku yang saya baca baru-baru ini yang menyenaraikan tabiat 100 orang paling kaya di setiap Bandaraya di Amerika, majoriti daripada mereka tidak suka tidur dan lebih banyak berjaga daripada tidur.

Anda pertimbangkan sendiri samada untuk berjaya perlu kurang tidur atau tidak.

Bagi saya ia ada hubung kait dengan cita-cita dan keazaman untuk berjaya.

Bila dah terlalu fanatik untuk jadi yang terkaya dan terhebat dalam perniagaan, sudah pasti anda akan hadapi masalah untuk tidur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge