cara mudah buat perubahanMacam mana nak buat perubahan pada diri sendiri?

Apakah perlu ubah kepercayaan atau pegangan untuk buat perubahan?.

Biasanya kita dengar macam itulah.

Orang kata, kepercayaan dan pegangan kita menentukan amalan. Diri kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Dan macam-macam lagi ayat power yang sama macam tu dah biasa kita dengar.

Tapi betulkah macam itu?

Mai cuba semak tengok…

Siapa yang percaya bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu adalah amalan yang baik untuk kesihatan anda?

Siapa yang percaya dan mahukan dirinya sihat?

Saya rasa semua orang akan angkat tangan bila ditanya soalan itu. Ertinya bukan sekadar bersenam 3 kali seminggu, malah bersenam setiap hari sudah tentu adalah lebih baik. Semua orang percaya dan pegang pada kenyataan itu.

Tapi berapa orang yang percaya macam itu dan buat sebagai mana yang dia percaya?

Cukup sedikit bukan!

Lebih ramai yang selesa duduk terperap atas sofa nonton TV daripada bersenam. Lebih ramai yang selesa lepak dengan kawan-kawan berjam-jam di kedai mamak dari bersenam. Tidur lebih diamalkan dari bersenam.

Apakah mereka percaya lepak tengok TV, lepak minum kedai mamak dan tidur bukan pada waktunya adalah amalan yang baik dan menjadikan diri sihat?

Tentu tidak.

Tapi orang kata, apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, menentukan apa yang kita amalkan.

Terbukti kenyataan itu nampak macam tak betul.

Macam mana nak buat perubahan diri

Majoriti orang nampaknya tidak amalkan apa yang dia percaya.

Dia sedar kepercayaannya betul tapi amalannya salah. Sebab itu dia sentiasa idamkan untuk buat perubahan. Tapi macam-macam dah dicuba namun masih tetap gagal dan tak berjaya.

Kalau anda juga jenis yang macam itu, tentu anda juga selalu bertanya soalan, ‘macam mana nak buat perubahan?’

Kepercayaan dan apa yang difikirkan dah betul. Yang tak betulnya adalah amalan. Sebab apa anda masih tak ikuti kepercayaan dengan amalan?

Sebab paling asas adalah, yang buat keputusan, ‘amalan apa yang perlu anda buat’, adalah otak separa sedar anda. Ia dikuatkan lagi oleh emosi atau nafsu yang ada dalam diri.

Kajian membuktikan bahawa pemikiran rasional adalah dua kali ganda lebih lambat diproses berbanding pemikiran emosi separa sedar.

Ertinya, dalam bab buat keputusan, pemikiran emosi separa sedar akan diproses dan tindakan akan berlaku terlebih dahulu berbanding apa yang pemikiran rasional kata.

Jadi bila keputusan dah dibuat, pemikiran rasional yang lambat sampai itu, hanya sekadar digunakan untuk merasionalkan sahaja keputusan emosi separa sedar anda itu.

Sebab itu emosi sentiasa menang dan akal rasional anda sentiasa digunakan oleh emosi untuk logik dan cari sebab kenapa keputusan yang anda buat tu betul dan sesuai untuk anda.

Buat perubahan suasana

Anda boleh gunakan emosi itu juga untuk buat perubahan yang diingini.

Caranya adalah dengan memudahkan perubahan yang anda nak lakukan. Macam contoh lepak tengok TV tadi, anda boleh susahkan diri untuk tonton TV kat rumah. Letak kat dapur atau tempat yang tak ada kerusi dan tempat bersandar.

Jadikan upacara tonton TV adalah satu upacara yang sukar.

Otak separa sedar biasanya akan pilih untuk buat perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Jadi bila bosan duduk dalam rumah, dan susah tengok TV, anda mungkin akan keluar ke taman dan mula bersenam.

Buat perubahan secara berkumpulan

Satu lagi otak separa sedar suka buat adalah ikut apa yang orang ramai buat.

Gunakan kelebihan itu untuk buat perubahan kepada diri anda sendiri. Dalam kes bersenam tadi, anda boleh kawan dengan seramai mungkin kaki bersenam.

Duduk kat taman yang majoriti penduduknya bersenam, berbincang pasal bersenam, dan pandang tinggi orang yang bersenam.

Bila jadi macam itu, automatik, otak separa sedar anda buat keputusan untuk ikut apa yang semua orang buat.

Buat perubahan dengan tulisan

Mungkin anda tak perasan bahawa walaupun anda percaya bersenam itu contohnya, adalah baik untuk kesihatan, tapi secara tak disedar atau disedari, anda juga percaya bersenam itu membosankan dan menyusahkan diri.

Pegangan itu dah tertanam dalam diri sejak zaman kanak-kanak atas berbagai faktor. Orang tua jenis tak suka anak dia nakal suka keluar main contohnya, jadi sering dilarang dari pergi ke taman.

Untuk buang semua kepercayaan yang tertanam secara tak disedari itu, anda boleh gunakan tulisan.

Tulis samada dalam bentuk karangan atau dalam bentuk point kenapa bersenam itu amat mudah dan menyeronokkan. Kreatiflah sikit untuk cari semua hujah bagi menegakkan pendapat anda tersebut. Tulis dengan panjang lebar dan jadikan ianya real.

Selepas itu ajak kawan berdebat dalam tajuk yang sama. Suruh kawan anda jadi penyokong bersenam itu sukar dan anda pulak jadi pembangkang. Berikan masa untuk kawan anda cari hujah dan kemudian mula berdebat.

Jangan fkus kepada faedah bersenam. Hanya fokus pada kenapa ianya menyeronokkan.

Tulisan dan aktivit debat itu secara tidak anda sedari akan membentuk persepsi bahawa bersenam itu meneronokkan. Dan anda akan mula berubah, insyaallah.

Saya berikan contoh bersenam. Anda boleh cari perubahan lain yang nak dilakukan dan gunakan teknik yang sama.

Buat proses aktiviti dan tampal kebocoran

Apa saja perubahan yang anda nak lakukan, cuba buat bagaimana proses tersebut berlaku dari A sampai Z.

Tengok satu langkah ke satu langkah dan semak kat mana boleh berlaku kebocoran yang membuatkan anda tak buat perubahan.

Macam kes bersenam tadi. Cuba buat proses macam mana anda akan pergi bersenam. Mulakan dengan bangun tidur, lepas itu solat subuh, tidur semula, kunci jam pukul 7, bangun semula, pakai pakaian sukan, turun bawah, ambil kasut… dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya anda selesai bersenam.

Dari proses tersebut, pasti akan berlaku kebocoran yang membuatkan anda tak sambung proses seterusnya yang membawa kepada anda pergi bersenam.

Kesan kebocoran itu dan tampal supaya ianya tak bocor. Contohnya lepas solat subuh anda sambung tidur. Kat situ biasanya banyak berlaku kebocoran, sebab sedap tidur dan tak dengar bunyi jam. Jadi anda boleh tampal kebocoran tersebut dengan elakkan dari sambung tidur.

Fokus pada amalan bukan pegangan

Dari cadangan kat atas tadi,anda boleh lihat bahawa untuk buat perubahan pada diri, tak payah nak cuba ubah apa pegangan anda.

Malah anda sendiri biasanya tak sedarpun apa sebenarnya pegangan dalam diri.

Jadi fokuskan pada amalan dan buat.

Biasanya amalan akan membentuk kepercayaan. Dan itulah yang sering berlaku pada diri kita semua. Contoh mudah, kenapa anda sokong Parti Bersatu, biasanya disebabkan anda dikelilingi oleh kawan-kawan yang sokong bersatu. Agak sukar untuk anda seorang diri buat begitu tanpa ada dorongan yang memudahkan anda berbuat demikian. Melainkan anda seorang yang kuat jiwa dan sentiasa buat keputusan berdasarkan rasional yang tinggi.

Sekian! selamat mencuba.

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge