Tag Archives: Kehidupan

Masuk 5 tahun blog Hidupringkas, Selamat Tahun Baru !

By | 31/12/2016

Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun usia blog hidupringkas ini. Saya mula buat dan menulis artikel di blog hidupringkas.com ini pada bulan Januari tahun 2012. Ia dimulakan dengan menggunakan platform blogspot pada masa itu. Kemudiannya dipindahkan ke wordpress yang punya lebih banyak fungsi pilihan yang menarik. Masa mula tulis dahulu, tak ada orang yang kenal blog ini.… Read More »

10 perkara yang saya perlu buat untuk berjaya

By | 18/07/2016

Saya kongsikan di sini 10 perkara yang saya buat untuk berjaya dalam hidup yang mungkin anda boleh ambil untuk dijadikan panduan. Lain orang, lain pula makna kejayaan terhadap dirinya. Makna berjaya bagi anda dan saya mungkin jauh berbeza. Itu bukanlah satu masalah. Walaupun makna berjaya bagi kita semua tak sama, namun, saya yakin jalan untuk menempa kejayaan tersebut… Read More »

6 perkara pemuda belum kahwin perlu buat sebelum kahwin

By | 14/06/2016

Ada perbezaan yang amat besar antara seorang yang belum kahwin dengan seorang yang sudah berkahwin. Kebanyakan orang percaya perkara paling besar yang akan hilang sebaik sahaja seseorang itu kahwin adalah kebebasan. Orang yang dah kahwin hilang banyak kebebasan untuk buat keputusan tanpa memikirkan masalah orang lain. Atau tanpa perlu berpura-pura kononnya nak jaga hati seseorang. Bila dah kahwin… Read More »

Nasihat Jack Ma untuk orang muda yang nak jadi usahawan

By | 28/03/2016

Jack Ma. Siapa yang masih tak kenal lelaki kaya, berbangsa Cina dari negara China itu? Dia merupakan jutawan paling kaya nombor 33 dunia berdasarkan senarai tahun 2016 yang dibuat oleh Forbes. Jika anda tak tahu atau tak pernah dengar nama dia, bukan satu kesalahan pun, tak apa. Tapi yang pastinya orang yang tahu pasal Jack Ma ini sudah… Read More »

13 sebab anda tak masuk golongan sukses

By | 14/03/2016

Sebelum bercakap tentang golongan sukses, saya kongsikan dulu pertanyaan dari salah seorang yang komen pada salah satu artikel saya yang lalu. Soalannya berbunyi, “Apa takrifan anda tentang sukses?” Ada berbagai pendapat tentang takrifan perkataan sukses itu. Satu ketika dulu, saya pernah dengar pandangan Mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir. Katanya antara makna sukses yang mudah adalah, apabila kita… Read More »

Peniaga Buah Nangka Yang Baik Hati

By | 09/03/2016

  Dalam menjalani kehidupan dengan aktiviti berjual beli, tentu ada berbagai pengalaman yang dialami ketika berlakunya transaksi itu. (sumber gambar) Anda tentu pernah rasa kecewa, marah dan tidak puas hati selepas membeli satu-satu barang. Atau mungkin anda pernah merasa puas hati selepas membeli lalu terdorong untuk mewar-warkan pengalaman tersebut kepada orang lain pula?. Saya cuba kongsikan 3 senario… Read More »

Prinsip asas usahawan hidup ringkas

By | 02/03/2016

Kali ini saya nak kongsikan perkara asas usahawan berdasarkan cara hidup ringkas. Saya secara peribadi lebih suka menjadi usahawan hidup ringkas. Mungkin pembaca yang juga merupakan seorang usahawan ingin tahu tentang apakah yang saya maksudkan sebagai usahawan hidup ringkas. Anda boleh baca perkongsian ringkas saya ini dan kemudiannya cuba renung sejenak samada ia sesuai untuk anda amalkan. Mungkin gaya usahawan… Read More »