Tag Archives: tips

Masuk 5 tahun blog Hidupringkas, Selamat Tahun Baru !

By | 31/12/2016

Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun usia blog hidupringkas ini. Saya mula buat dan menulis artikel di blog hidupringkas.com ini pada bulan Januari tahun 2012. Ia dimulakan dengan menggunakan platform blogspot pada masa itu. Kemudiannya dipindahkan ke wordpress yang punya lebih banyak fungsi pilihan yang menarik. Masa mula tulis dahulu, tak ada orang yang kenal blog ini.… Read More »

16 petua untuk berjaya dari Napolean Hill

By | 15/12/2015

Mungkin antara kesilapan yang saya buat, yang orang muda di luar sana boleh elak adalah kelewatan dalam mencari petua untuk berjaya. Tapi walaupun lewat, saya tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya, cetusan idea itu muncul juga dalam kepala dan saya mula berusaha mencari jawapannya dari buku yang ada di pasaran. Antara buku-buku yang saya baca mula-mula dulu banyak berkisar tentang… Read More »

Apa yang usahawan boleh belajar dari Tok Guru Nik Aziz

By | 16/02/2015

Hari Khamis malam Jumaat, malam yang penuh berkat, telah menyaksikan kepulangan ke Rahmatullah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang pemimpin paling hebat dari segi kesederhanaan yang pernah ada di negara kita. Sifat berpegang pada amanah yang kuat membuatkan Tok Guru Nik Aziz berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran negeri Kelantan. Beliau amat berkira dalam urusan perbelanjaan. Berkira antara… Read More »

Jaga kesihatan dan jadi usahawan

By | 08/01/2015

Saya nak buat cadangan pada semua usahawan diluar sana agar jaga kesihatan. Begitu juga sebaliknya, saya nak cadangkan pada anda diluar sana yang jaga kesihatan agar jadilah seorang usahawan. Menjadi usahawan membuatkan anda lebih mudah untuk jaga kesihatan. Kerana masa yang ada, andalah yang mengaturkannya. Oleh itu jangan lupa peruntukkan masa sejam sehari dalam urusan jaga kesihatan dengan… Read More »

Tips beli lauk dari taukeh Pasaraya Mydin

By | 09/09/2013

Jika seseorang itu jadikan amalan berjimat cermat dalam kehidupannya, dia akan menjadi amat peka dan kreatif dalam mengoptimumkan segala urusan. Hatta dalam bab beli laukpun akan keluar idea bernas dan menarik yang tidak terfikirkan oleh orang biasa yang tidak berjimat cermat. Itulah yang saya pelajari semalam ketika menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim anjuran Mentor Niaga Resources. Tips beli lauk… Read More »

Perkara negatif membantu anda

By | 21/08/2013

Berapa kali dalam masa sehari anda menghadapi perkara yang negatif? dan berapa kali pula anda menghadapi perkara yang positif? Adakah seseorang yang sering menerima perkara positif saja dalam kehidupannya menemui satu kehidupan yang memuaskan dan menggembirakan? Selama ini saya sangkakan untuk menghasilkan satu perjalanan kehidupan harian yang memberangsangkan, kita perlu pastikan bahawa semua perkara yang dihadapi adalajh positif.

Bagaimana meletupkan semangat niaga anda

By | 27/10/2012

Semua orang tentu ada semangat niaga terselit dalam hatinya. Majoriti daripada mereka yang makan gaji ada terselit jauh disudut hati ingin menjadi usahawan. Jarang saya jumpa orang yang langsung tak ingin berniaga. Sepanjang berkawan dengan berbagai golongan yang makan gaji, cuma ada seorang kawan yang berkata dia lebih suka jadi kuli sampai bila-bila. Itupun saya sangsi dengan pengakuannya.… Read More »