_DSC6220Dua minggu lepas saya telah pergi ke Kota Bharu, Kelantan buat kali ke 5. Seperti biasa saya ditugaskan memberi khidmat business coaching kepada 19 usahawan sekitar Kota Bharu yang mengusahakan bengkel membaiki kenderaan.

Pagi 12 Mac 2014 saya kumpulkan 5 orang usahawan yang menjalankan perniagaan membaiki motosikal untuk diberi taklimat berkenaan dengan topik aliran tunai. Mereka dilatih bagaimana hendak mengira dan menganalisa data-data di dalam laporan aliran tunai masing-masing.

Ramai yang teruja buat kali pertama boleh mengira untung rugi masing-masing. Ada yang sudah berniaga lebih 4 tahun, hari ini dapat tahu dia hanya menjadi ‘badan amal’ kepada komuniti permotoran di sekitar kampung beliau-masih dalam mode kerugian.

Walaupun ada di antara usahawan ini mengalami kerugian, mereka masih tenang kerana mungkin sudah nampak ada jalan keluar untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Bagi yang dapat untung sudah pasti gembira walaupun untungnya sedikit.

Inilah tugas kami sebagai jurulatih, membimbing usahawan yang mahu meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Bagi yang sedang buntu dengan masalah, kami akan cuba tunjukkan jalan keluar. Bagi yang sudah maju namun prestasi berada pada tahap tepu pun masih boleh dibimbing. Yang penting ada niat untuk berubah.

Kepada sesiapa yang sudi dan berminat untuk dibimbing bolehlah menyertai kami dengan klik dan mengisi Borang ini.

Sesi Teh Tarik bersama usahawan

Setelah habis sesi caoching seorang demi seorang, saya dan 5 usahawan tadi merancang untuk ke kedai motor En Razlan yang terletak di Kg Chepa, Kota Bahru. En Razlan merupakan salah seorang daripada peserta business coaching yang berjaya dan saya jadikan kedai beliau sebagai contoh kepada peserta yang lain.

Kami mula sampai di kedai En Razlan sekitar jam 2 petang selepas menunaikan solat Zohor. Masing-masing berjabat tangan dengan En Razlan sambil memerhati susun atur kedai beliau.

Saya kumpulkan sekali lagi 5 orang usahawan ini digerai makan berhadapan dengan kedai motor En Razlan. Kami mula berbual sekitar jam 3 petang sambil menikmati minum petang. Saya minta beliau menceritakan pengalaman atau perjalanan yang dilalui sebagai seorang usahawan.

Berikut saya kongsikan perjalanan perniagaan En Razlan dan cerita jatuh bangun usahawan kental ini.

Sanggup Menjadi Kuli untuk tuntut ilmu

Pada tahun 2007 En Razlan mula berjinak-jinak dalam dunia pemotoran. Mula bekerja sebagai pembantu mekanik kedai motor di Kota Bharu. Tujuannya sangat jelas, ingin belajar membaiki motorsikal sekaligus untuk menyara diri dan keluarga.

Beberapa bulan selepas menimba ilmu dan melihat perniagaan taukeh kedai semakin maju, timbul rasa ingin berniaga sendiri. En Razlan tidak berapa gemar kerja bawah arahan orang dan mungkin juga sel-sel darah usahawan dalam badan beliau semakin deras mengalir.

Sekitar tahun 2008 cita-cita En Razlan untuk membuka bengkel motor sendiri tercapai. Pada awal perniagaan kesukaran mendapatkan modal, membeli senarai peralatan dan stok alat ganti terpaksa dilalui sendiri. Isteri beliau masih bekerja diwaktu itu sebagai pustakawan.

Semua duit tabung simpanan habis dikorek untuk dijadikan modal. Semua ilmu yang ada dicurahkan ke kedai baru ini. Untuk menjimatkan kos, En Razlan mendirikan permis bengkel motor ini besebelahan dengan rumah beliau.

Walaupun berniaga secara solo, peniagaannya semakin mendapat sambutan. Kawan-kawan dan jiran tetangga sudah mula datang ke kedai untuk mendapatkan servis beliau.

Tragedi menyayat hati

Genap 6 bulan usia kedai motor, seperti biasa satu hari En Razlan keluar membeli barang, dalam pukul 3 petang En Razlan mendapat panggilan dengan nada cemas dari seorang kawan. “Le jolo ko bengke mu baka?” . Beliau begegas balik ingin memastikan berita itu benar atau tidak.

Dari jauh memang ada kepulan asap hitam dilangit. En Razlan semakin resahjangan la bengkel aku yang terbakar” bisik hati kecil . Semakin dekat semakin jelas stuktur bangunan bengkel motor sudah hilang.

Orang ramai berkumpul hanya mampu melihat setelah gagal membantu memadamkan api. Setibanya di depan bengkel, Sah lah kedai yang baru berusia 6 bulan itu telah hangus dijilat api. Semua barang dan peralatan legam tingal kepulan asap.

Paling menyedihkan dan yang paling menyayatkan hati, rumah yang didiami bertahun-tahun terletak di besebelahan turut hagus. “MasyaAllah teruknya dugaan yang Kau uji kali ini ya Allah”.

Siisteri bergegas balik tidak mampu menahan air mata mengalir laju membasahi pipi bila melihat mushibah yang berlaku. Rumah mereka habis musnah. Tiada apa yang tinggal melainkan pakaian yang masih terlekat dibadan. En Razlan dan isteri hanya tinggal sehelai sepinggang.

Bersambung…..

Berapa ramai diantara kita yang sanggup hadapi cabaran seperti ini?. Dalam episod akan datang saya akan kongsikan bagaimana En Razlan yang tinggal sehelai sepinggang itu bangkit, bagaimana perniagaan berkembang dari zero? Bagaimana jualan meningkat dari RM25,000 menjadi RM115,000 sebulan selepas 6 bulan mengikuti program business coaching? Tunggu sambunganya…

Total
50
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge