Kenapa bukan Syed Mokhtar Al-Bukhary?

By | 14/11/2012
rahsia Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya

Baru-baru ini saya dijemput memberikan ceramah keusahawanan. Dalam ceramah, saya kongsikan pengalaman yang telah dilalui dan setiap pengalaman diikuti dengan beberapa pengajaran yang telah dipelajari.

Sebagai manusia biasa yang tak sempurna sudah tentu ceramah yang saya sampaikan ada yang suka dan ada yang tidak suka. Saya terima semua tersebut dengan hati yang terbuka. Disini ingin saya kongsikan apa yang dikritik oleh salah seorang peserta.

Ketika sesi soal-jawab, saya lihat ada seorang peserta yang dah agak veteran mengangkat tangannya untuk bercakap. Oleh kerana ada orang lain terlebih dahulu mencapai pembesar suara, maka dia tidak sempat bercakap. Dan dia akhirnya tidak jadi bertanya.

Ketika makan tengahari, saya sengaja beratur dibelakang abang tersebut dan menepuk bahunya untuk bertanya apa yang dia mahu katakan tadi dan kenapa tak meneruskan pertanyaannya selepas itu. Dia berkata dia bukan mahu bertanya tetapi mahu mengkritik.

Berikut kritikannya:

  1. Saya hanya mengambil contoh syarikat-syarikat luar negara untuk dijadikan sumber pelajaran.
  2. Kita tidak sepatutnya mengambil contoh negara barat untuk diguna pakai dalam usaha mencari kejayaan.
  3. Kita sepatutnya mengambil contoh syarikat tempatan untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi.
  4. Kenapa saya tak ambil contoh kejayaan Syed Mokhtar Al-Bukhary?
Dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap saya tersebut dan rasa membuang masa datang dari Batam hanya untuk mendengar kehebatan syarikat dari negara barat!.
Mendengar kritikannya, saya hanya mendiamkan diri tanpa mempertahankan atau menjelaskan kenapa saya banyak mengambil contoh negara barat. Saya mengucapkan terima kasih padanya dan memohon maaf jika dia rasa tidak selesa.
Dalam semua kritikan tersebut saya tertarik dengan kritikannya yang mahu saya lebihkan mengambil contoh Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kebetulannya sehari sebelum itu saya ada melihat maklumat daripada kedai buku MPH bahawa mereka ada mengeluarkan buku biography Syed Mokhtar.
Memang sekian lama saya mencari-cari cerita formal tentang usahawan Melayu paling kaya di negara kita ini tapi malangnya Syed Mokhtar merupakan salah seorang jutawan yang paling pemalu di negara kita. Tidak banyak diketahui tentang Syed Mokhtar melalui media massa.
Setelah dikritik, petang itu juga saya ke MPH untuk membeli buku berkenaan kisah hidup Syed Mokhtar. Berikut saya kongsikan serba sedikit kejayaan Syed Mokhtar yang boleh kita belajar:
  1. Mula berniaga awal. Syed Mokhtar mula berniaga seawal umur 17 tahun.
  2. Pendidikan formal yang terbantut bukan penghalang untuk berjaya. Syed Mokhtar tidak tamat bersekolah. usahanya mengambil kursus akaun ketika berumur 21 tahun juga tidak dihabiskan.
  3. Pastikan kita dikelilingi oleh mereka yang sebaya dan bercita-cita tinggi. Beliau mengenali Timbalan Perdana Menteri sekarang yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat di Johor. Beliau juga mengenali ramai orang hebat-hebat lain dalam erena politik ketika muda dulu yang mana sama-sama bercita-cita tinggi.
  4. Peka dengan peluang dan rebut dengan cepat.
    1. Syed Mokhtar mengambil faedah daripada galakan kerajaan mengadakan usahawan bumiputera yang berjaya agar dapat bersaing dengan bukan bumiputera terutamanya orang Cina. Permohonan permit lorinya diluluskan lebih daripada apa yang dia minta.
    2. Walaupun permit lorinya ada empat dan dia hanya ada dua buah lori, tawaran untuk meng Ali Babakan permit itu ditolaknya mentah-mentah.
    3. Usaha kerajaan meletakkan bumiputera dalam dunia korporat dengan mensyaratkan pemilikan 30% saham untuk Melayu sebelum penyenaraian di bursa saham benar-benar dimanafaatkan oleh Syed Mokhtar.
    4. Lebih daripada 15 syarikat berjaya direbut oleh beliau. Dia mengekalkan pemilikannya tanpa dijual setelah disenaraikan seperti mana kebanyak orang Melayu yang lain.
    5. Kedudukannya yang berketurunan Syed digunakan dengan baik. Mereka yang berketurunan Syed yang punyai salasilah dari keturunan Rasulullah memang sentiasa dihormati oleh orang Melayu. Kebanyakan daripada mereka berada dikedudukan tinggi dalam masyarakat.
  5. Akui kelebihan pesaing dan bergabung. Bukannya bermusuh. Majoriti syarikatnya dikongsi dengan rakan strategik dari kaum Cina yang terkenal dengan kegigihan dan kejayaan mereka. Beliau mengakui keperluan bersama dengan rakyat berbangsa Cina untuk mencapai cita-citanya.
  6. Tidak pernah melupakan jasa orang. Beliua sering berusaha mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dari para pegawai kerajaan dan juga orang persendirian. Semua orang tersebut tidak pernah dilupakannya dan ramai dari mereka menjadi orang kanannya sekarang dalam berbagai syarikat.
  7. Sering berhubung merapatkan silaturahim. Syed Mokhtar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 100 kali sehari kepada semua kenalannya. samada untuk maklumat atau untuk bertanya khabar.
  8. Jangan tunggu kaya untuk buat kebajikan atau sumbangan. Ramai yang sangka beliau kuat menyumbang ketika kaya sedangkan sejak mula dia berniaga dan pendapatannya tidak seberapa, dia menyumbangkan separuh dari gajinya untuk diberikan pada mereka yang memerlukan.
Banyak lagi kelebihan Syed Mokhtar Al_Bukhary yang boleh kita pelajari. Cuma satu sahaja yang tidak mampu kita ikuti adalah susur galur keturunannya. Dia berasal daripada bangsa tahan lasak di Afganistan yang mengembara dengan harapan mencari makan di bumi yang lebih hijau.
Kelasakan itu membuatkan ayah dan juga datuknya sampai ke Malaysia dan kebetulan mereka berjaya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia bumiputera setelah kriteria untuk melayakannya ada pada mereka. Dan yang paling penting dia tidak pernah mensia-siakan anugerah tersebut.
Bagi abang yang mengkritik saya, terima kasih saya ucapkan. Penggunaan contoh dengan mengambil McDonal dan lain-lain syarikat berjaya dunia adalah untuk kita lihat sistem perniagaan yang boleh kita tiru dan ubahsuai ikut kesesuaian bukannya untuk agongkan orang barat.

12 thoughts on “Kenapa bukan Syed Mokhtar Al-Bukhary?

  1. Anonymous

    Mana en mohd nasir tau atau dngar ckp2 org aje. Penah tak baca buku biografi dia. Masa dia dah kaya mlebihii tahap chef li dan ramli burger, mahathir pun x kenal dia lagi. Dia bermula mmg dari hasil titik peluh dia sndiri bukan hasil dari mengipas org2 politik. Tu yg mahathir buat kempen mari membaca..sbb dia tau melayu malas membaca pastu suka dengar dan ikut cakap org tanpa siasat betul ke tak.

    Reply
  2. sepol

    Takrifan bumiputera ringkasnya adalah golongan Melayu beragama Islam atau penduduk Pribumi Semasa penubuhan Tanah Melayu seterusnya dengan penubuhan Malaysia.

    Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Jelas di semenanjung, jika salah seorang ibu atau bapa adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

    Manakala di Sabah, jika bapa adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Peribumi Sabah seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 161A(6)(b) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang anak negeri (Bumiputera).

    Dan di Sarawak jika bapa dan ibu adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A(6)(a) merujuk 161A (7) Perlembagaan persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang anak negeri (Bumiputera).

    Nota:

    Definisi Melayu mengikut Perkara 160 perlembagaan:

    Menganut agama Islam
    Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu
    Mengamalkan adat istiadat Melayu.

    Pensyarah saya pernah menyatakan jika seorang Berbangsa Cina asalnya… Tetapi sekarang sudah beragama Islam, bertutur dengan baik di dalam Bahasa melayu dan Mengamal cari hidup Melayu (Adat, Pakaian dan Makanan…) tanpa ada ciri-ciri orang Cina. Beliau layak didaftarkan sebagai Bangsa Melayu (kalau salah tolong betulkan).

    Begitulah sebaliknya golongan Baba dan Nyonya. Keseluruhannya mereka mengamalkan kehidupan orang melayu tetapi masih beragama budha atau kristian jadi mereka tidak boleh dikategorikan sebagai Melayu.

    Maaf jika ada kesalahan… harap dapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman.

    Read more: http://staibaqhang.com/definisi-bumiputera-dan-melayu/#ixzz2ZvgjL0AJ

    Reply
  3. Anonymous

    I de baca syed mokthar nyea biodata.. i xdengki dgn rezeki dia or kejayaan nyea.. tu atas usaha masing..tp i agak confuse dgn status dia… melayu n bumiputera ke dia sekira nyea ibu bapa nyea berasal dr yemen? kalo indian muslim pn bkn melayu n bumiputera kerana berasal dr india.. kenapa dia blh dpt status bumiputera n melayu? sbb dia kaya n berjaya so semua nk mengaku sebangsa?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Sebab dia keturunan Syed, iaitu keturunan Rasulullah. Orang Melayu amat muliakan mereka dan cukup senang menerima mereka ke dalam masyarakat.

      Reply
  4. Iris Awana Wedding Planner

    Setuju…jgnlah kite “merah mata” dengan kejayaan bangsa sendiri dan sentiasa mencari alasan untuk menafikan anak bangsa kite dgn mengatakannya “kroni si pulan”. Ambik yang positif kerana setidak2 tidaknya jutawan2 melayu membayar jutaan RM untuk zakat mambantu ummah berbanding dengan kite yg x seberape ni.

    Reply
  5. amieaziz

    Masa Tan Sri Syed Mokhtar berjumpa Dr Mahathir 1996 dia memang dah jutawan pun, marilah kita sama2 jadikan dia contoh (mentor) Spm pun tak ada hanya kerja keras dan berusaha bersungguh yang menjamin kejayaan, teringat pesanan Syed mokhtar kenapa kita perlu kaya sebab bila kita kaya baru la boleh bantu orang lain.

    Reply
  6. Nazaruddin Mohamad

    Salam. Bukanlah ingin menafikan kejayaan Syed Mokhtar, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Saya pernah ditawarkan untuk terlibat di dalam projek pembangunan sebagai perunding dengan syarikat di bawah Yayasan Al-Bukhari. Apa yang mendukacitakan apabila fee perunding yang ditawarkan adalah terlalu kecil berbanding dengan fee semasa di pasaran dengan alasan kononnya projek tersebut sebagai amal jariah. Persoalannya, kalau dia nak buat amal jariah, tak perlulah nak potong-potong bahagian orang lain. Orang lain akan buat amal jariah dalam bentuk yang mereka sendiri pilih dengan perasaan yang ikhlas tanpa rasa terpaksa. Namun saya tak pasti arahan atauy dasar tersebut datang daripada Syed Mokhtar sendiri atau hanya daripada pengurus projek tersebut yang memandai-mandai menggunakan nama Syed Mokhtar. Wallahu A’lam.

    Reply
    1. Hairi

      Kerja orang tgh la apa lagi.kecik ke besar ke mmg kena ambil.alasan? Tu syarikat al bukhari.kalau tak ambil org lain yang ambil.untung rm1.00 pun boleh jugak la.

      Reply
  7. Jamal Ali

    @mohd nasir
    Bagi saya Syed Mokhtar bukan berjaya atas dasar kroni. Apakah kerana beliau rapat dengan beberapa pemimpin negara kita boleh andaikan beliau sebegitu (berjaya kerana kroni)?

    Apa yang saya lihat kejayaannya disebabkan Syed Mokhtar pandai mengambil peluang yang baik. Sedang usahawan bumiputera lain sibuk meng’AliBaba’kan perniagaan Syed Mokhtar bina sendiri perniagaan dari bawah. Sebab kerana reputasi yang baik, pihak kerajaan yang sememangnya mahu melahirkan usahawan bumiputera (target 30% kuota) sering memberi keputusan yang baik (setiap kelulusan) kepada beliau. Bak kata penulisa blog di atas:
    “Syed Mokhtar mengambil faedah daripada galakan kerajaan mengadakan usahawan bumiputera yang berjaya agar dapat bersaing dengan bukan bumiputera terutamanya orang Cina. Permohonan permit lorinya diluluskan lebih daripada apa yang dia minta.”

    Kerana itu saya rasa tiada timbul Syed Mokhtar berjaya kerana asbab ‘kroni’.

    Reply
  8. mohd nasir

    saya tak setuju dengan syed mokhtar
    sebab dia berjaya atas dasar kroni juga lebih baik encik cari contoh seperti jutawan senyap chef lee.ramli burger dan banyak lagi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge