5 tulisan paling banyak dibaca minggu ini

By | 29/06/2013
Hidupringkas top 5

Apa agaknya yang paling banyak dibaca dalam blog Hidupringkas.com sepanjang 7 hari lepas?

Seperti biasa hari sabtu adalah senarai artikel yang paling menarik di baca oleh pengunjung blog. Berikut senarainya:

  1. Kenapa saya gagal – Ada yang bertanya kenapa saya kongsikan kegagalan. Biasanya orang akan kongsikan kehebatan untuk menarik perhatian dan mendapat sanjungan. Bagi saya tak ada manusia yang sempurna, kita perlu kembalikan pemikiran manusia ke dunia realiti agar tidak kecewa dan terasa ditipu. Jika gagal kemudiannya sabar, dan jika berjaya kemudiannya bersyukur, ganjarannya sama sahaja iaitu kejayaan di akhirat.
  2. Petua bina perniagaan ke tahap tinggi – Jika anda hanya selesa untuk lepaskan keperluan hidup diri sendiri dan keluarga sahaja, tak perlu baca artikel ini. Tetapi jika mahu meningkat maju dan membina perniagaan sambil tunaikan keperluan fardu kifayah, kena baca tulisan ini.
  3. Petua buat keputusan berhenti kerja atau tidak – Ini khas untuk mereka yang rasa tak suka dan murung dalam pekerjaannya. Terlebih lagi jika setiap hari terasa berat untuk melangkah pergi kerja. Elok baca dan fikirkan semula tindakan selanjutnya
  4. Inspirasi 10 perkara bahagia #4 – Syed M – Inspirasi bahagia siri 4 ini satu lagi sumbangan pembaca blog ini untuk dikongsi dan diamalkan oleh orang lain. Ini satu lagi bukti bahawa bahagia bukan dengan memiliki RM1 juta.
  5.  5 persediaan ringkas untuk usahawan berjaya – Jika anda seorang usahawan atau mahu jadi usahawan elok sangat baca tulisan ini.
Nota: 
Jangan lupa kongsikan amalan yang membahagiakan anda selama ini yang biasanya mudah dan ringkas dan tidak perlukan wang RM1 juta. hantar ke,

mohdshubhi@hidupringkas.com

Sumbangan anda akan disiarkan pada setiap hari rabu di blog ini.
Jika anda seorang penulis blog, jangan lupa promosikan juga blog anda di dalam kiriman tersebut. Terima kasih.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

7 thoughts on “5 tulisan paling banyak dibaca minggu ini

  1. hafizmd

    5 entri yg terbaik. Bakal ambe terjah sekaligus =)

    Terima kasih berkongsi perkara2 menarik dalam hidup bro kepada kami sebagai motivasi dan teladan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge