Bagi memudahkan pembaca mencari bahan bacaan yang paling banyak dibaca oleh pengunjung hidupringkas.com, saya akan mulakan membuat posting berkenaan pada setiap hari sabtu bermula hari ini.
Mungkin ada yang bertanya kenapa susah-susah nak buat posting berasingan tentang perkara ini?. Kenapa tak letak saja widget di sebelah yang akan dikemas kini secara automatik?. Sebabnya adalah:
- Mengekalkan konsep ringkas.
- Oleh kerana saya cuba promosikan hidup ringkas, maka seeloknya blog ini menterjemahkan keringkasan dari segi rekabentuknya.
- Saya cuba sedaya mungkin untuk mengurangkan gangguan para pembaca yang datang untuk membaca agar tidak dilencongkan oleh berbagai widget di kiri atau kanan skrin.
- Sebenarnya bukan mudah nak lawan keinginan nak letak berbagai benda bagi memeriahkan rekabentuk blog. Sebab itu pembaca masih dapat lihat ada lagi beberapa widget di atas dan juga bawah blog ini. Ia dikekalkan atas dasar keperluan.
- Sebagai rekod.
- Jika senarai ini di buat secara mingguan, maka akan ada satu rekod tersimpan bagai mana kecenderungan para pembaca memilih bahan bacaan yang mereka minati.
- Ini memudahkan saya mengenal pasti bahan yang mendapat tempat di hati para pembaca dan seterusnya menyediakan tulisan yang mereka suka.
- Memang seronok hanya tumpukan apa yang kita suka dan tidak menghiraukan apa yang orang lain nak. Tapi dari segi pemasaran, kita semua tak dapat lari daripada menyediakan apa yang orang lain nak. Barulah usaha untuk menyumbang dan mendatangkan kebaikan pada masyarakat dapat diterjemahkan.
Dengan penjelasan di atas maka saya senaraikan 10 bahan bacaan paling banyak di baca sepanjang tempoh seminggu yang lalu:
- 15 perkara kecil yang membahagiakan
- Inspirasi 10 perkara bahagia #1: Nurulain
- Cara misteri Kassim menjadi kaya
- Anda nak kaya?
- Ringkaskan perniagaan anda!!!
- Petua mudah nak cari idea bisnes
- Langkah kedua selepas pulih semangat
- 5 persediaan ringkas untuk usahawan
- Usahawan yang tak ada gaji?
- Perjumpaan santai usahawan – Petang Ini
4 comments
ringkas tak apa asalkan padat
banyak yang boleh diberi kepada pembaca
tahniah
Bukan senang nak ringkas tetapi padat…TK berkunjung ke blog ini
Salaam.
Terima kasih kerana pengisian2 blog tuan yang menyuburkan inspirasi dalam diri.
Terima kasih dan Alhamdulillah