Tambah pendapatan dengan blogging?
Saya yakin anda tentu pernah dengar bahawa dengan blogging, boleh buat duit. Perlu ambil tahu dengan lebih lanjut dalam keadaan ekonomi yang masih tak ketahuan hujung dan pangkalnya sekarang.
Ini saya nak kongsikan apa yang anda perlu tahu kalau nak cuba cara yang boleh dibuat hanya dari rumah sahaja sekarang.
Ramai yang dah tak ada kerja sebab syarikat gulung tikar. Bagi usahawan pula, yang bukan dalam industri keperluan wajib, tak boleh nak berniaga sebab PKP yang tak habis-habis dengan berbagai versi.
Harap artikel ini dapat berikan anda semangat untuk mulakan aktiviti blogging sementara semua keadaan pulih semula.
Tambah pendapatan dengan blogging
Sebelum kita masuk cerita macam mana nak blogging, elok tahu terlebih dahulu dari mana pendapatan dapat dijana darinya.
Saya terangkan secara terbalik. Biasanya orang akan beritahu cara nak blogging terlebih dahulu. Bagaimana nak buat blog, nak menulis dan sebagainya. Kemudian baru beritahu dari mana anda boleh jana pendapatan dari blogging.
Saya rasa lebih bagus berikan pendedahan secara terbalik dari belakang ke depan supaya lebih mudah faham dan ter-motivasi untuk buat blog anda sendiri.
Berikut beberapa cara mudah yang biasanya aktiviti blogging dapat bantu anda buat duit. Saya hanya senaraikan sumber yang bantu tambah pendapatan saya selama ini sahaja.
Lebih baik macam tu sebab memang dah terbukti berhasil.
#1. Program affiliate
Program affiliate ni memang ada banyak ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang fokus kepada perniagaan online.
Antara syarikat yang ada affliate ni adalah seperti Lazada, Amazon, Shoppee, dan banyak lagi yang seumpamanya. Mereka ada banyak produk yang nak dijual. Jadi anda boleh bantu mereka menjualnya guna platform affiliate mereka.
Apa yang diperlukan hanyalah daftarkan diri sahaja. Kemudian masukkan segala maklumat yang diminta ketika pendaftaran tersebut.
Antara program yang banyak berikan duit pada saya adalah Klikjer.com
Dalam tu ada banyak e-book yang berikan berbagai panduan yang anda boleh sama nak beli atau nak tolong jual dengan komisyen yang sangat baik. Boleh klik pautan atas tu dan tengok apa yang ditawarkan kat sana.
Ada juga individu yang buat produk online mereka sendiri, ada website menjual dan tawarkan komisyen bagi anda yang berminat nak bantu pasarkan produknya. Bila ada orang beli yang datang dari promosi yang anda buat, komisyen akan diberikan.
Mulakan dulu dengan mana yang ada. Kemudian dari situ boleh cari dan tambah affiliate lain.
#2. Iklan adsense atau agensi lain
Untuk program iklan, yang paling popular dan agak mudah adalah dengan menggunakan Google adsense. Saya dah lama pakai platform iklan dari situ untuk jana pendapatan tambahan dari aktiviti blogging ni.
Cuma syarat untuk dapatkan akaun dari google adsense ni, sepanjang yang saya tahu, perlu serius sikit. Tak boleh pakai platform blogging percuma. Anda kena langgan domain sendiri untuk dapatkan diterima permohonan sertai google adsense ni.
Sepanjang saya menulis di blog ni, ada banyak agensi iklan yang berhubung tawarkan program iklan mereka untuk jana duit. Ada yang saya tak ambil dan ada juga yang saya cuba dan tengok hasilnya.
Kenapa saya tolak?
Sebab tak mau penuhkan blog dengan terlalu banyak klan sangat. Bagi saya setakat ini, google adsense dan mencukupi untuk jana pendapatan secara konsisten.
#3. Buat Artikel berbayar
Ini saya selalu terima permintaan dari syarikat atau usahawan lain.
Mereka minta saya buat artikel untuk ketengahkan produk atau servis yang ditawarkan oleh syarikat mereka.
Saya hanya perlu berikan harga berapa dan mereka akan bayar untuk artikel tersebut.
Setakat nk saya tolak saja dengan berbagai sebab. Antaranya adalah produk ang tak kena dengan citarasa saya dan saya malas nak tolong jual.
Paling banyak, saya minta mereka buat artikel sendiri dan berikan pada saya untuk disiarkan. Percuma sahaja, tak payah nak bayar.
Saya buat begitu dengan niat nak bantu mana-mana usaha yang saya kenal atau tak kenal dan dirasakan produk mereka perlu dibantu untuk masuk ke pasaran
#4. Jual produk sendiri
Kalau anda memang seorang usahawan, ada produk atau servis sendiri, blogging adalah satu saluran penting untuk aktiviti pemasaran.
Daripada bantu perniagaan orang lain, sudah tentu lebih afdal bantu perniagaan anda sendiri.
Hasil dari blog dari dulu sampai sekarang, sentiasa ada pelanggan yang berjaya saya dapatkan. Mereka cari produk atau servis dengan buat carian dari google. Dan di bawa kepada artikel yang saya tulis kat blog untuk dapatkan maklumat lanjut.
Keistemewaan blogging
Tentu anda tanya kenapa nak buat blog. Boleh pakai media sosial lain yang ada banyak untuk buat semua promosi yang saya sebutkan di atas tadi. Boleh pakai FB, pakai IG, pakai LinkedIn, pakai Wasap dan sebagainya.
Betul tu, boleh juga nak buat macam tu tanpa ada blog.
Tapi bagi saya, blog adalah cara yang lebih selesa untuk anda yang tak berapa rajin sangat layan media sosial.
Gunakan media sosial lain untuk buat pautan secara automatik dengan blog anda.
Setiap kali ada artikel baru, akan dikemas kini dan dinaikkan pada kesemua platform media sosial yang anda ada secara automatik. Tak payah nak buang masa banyak sangat mengadap media sosal tu.
Satu lagi yang sangat istimewa, semua artikel yang anda dah tulis akan kekal dalam blog tu dan sentiasa akan masuk dalam senarai carian goggle jika anda pandai menggunakan teknik SEO yang mesra carian google.
Itu dah masuk bab teknik menulis kat blog yang akan saya terangkan di lain artikel nanti, Insyaallah.
Semua itu membawa kepada penjanaan pendapatan secara pasif di mana saja dan setiap masa sekalipun anda sedang lena. Bagus bukan begitu?
Tambah pendapatan banyak mana
Ini soalan yang tentu anda tanya.
Tak pertimbangkan samada berbaloi atau tdak untuk mencuba aktiviti blogging ni buat tambah pendapatan.
Jawpaannya adalah tidak ada had. Semuanya terpulang kepada usaha dan komitmen anda untuk menjayakannya.
Kalau anda pandai pilih affiliate yang sesuai dengan niche blog, banyaklah boleh dapat duit. Kalau program tu lokal punya, dapat dalam ringgit Malaysia. Kalau luar negara, dapat bayaran dalam Dolar Amerika.
Semua bayaran yang anda dapat dari google adsense adalah dalam USD. Sebab itu bila nilai matawang USD naik tinggi, saya sangat seronok sebab tak perlu ada usaha tambahan tapi dapat bayaran tambahan lebih tinggi dari biasa.
Setakat nak lepas bayar ansuran bulanan kereta tu memang boleh sangat. Itu saja saya nak beritahu.
Saya tamatkan di sini dulu. Kalau anda ada soalan, sila komen kat bawah dan saya akan ambil soalan it sebagai panduan untuk tulis artikel selanjutnya nanti berkenaan ide atambah pendapatan dari aktiviti blogging nanti.
dapat sikt atau banyak dari blog menjadi satu nikmat.
ReplyDeletesebab tulis artikel sekali tetapi hasilnya berkali-kali
kalau rajin dan ada rezeki memang masyukk..
ReplyDelete