Jika anda cari makan dengan menjual, pastikan ingat 7 perkara penting ini


Sedar atau tidak, anda ialah seorang jurujual!

Tak ada sesiapapun yang dapat lari dari aktiviti menjual.

Secara terus atau tidak, anda sentiasa berhadapan dengan situasi menjual. Mungkin jual barang sebagai seorang usahawan atau jual perkhidmatan.

Kalau anda tak berniaga, pun kena buat jualan juga. Menjual idea anda kepada kawan, pekapda boss, pada pasangan, anak-anak, jiran, orang tua dan kepada siapa saja yang ada kepentingan.

Tapi yang peliknya, ramai orang dengan yakin, percaya yang dia tak pandai menjual.

Mungkin anda salah seorang dari mereka. 

Tapi sedar atau tidak, anda sampai di status sekarang ni, setelah melalui seribu satu aktiviti menjual.

Ada jualan yang anda buat, gagal. Ada juga jualan yang berjaya.

Tak ada orang yang berterusan gagal dalam aktiviti menjualnya. Begitu juga tak ada orang yang berjaya dalam kesemua aktiviti menjualnya.

Bakat bukan penentu samada anda boleh berjaya sebagai seorang penjual atau tidak. Ertinya tak ada bakat pun tak apa. Tapi dengan latihan yang betul, sudah pasti akan membantu anda menjadi seorang jurujual yang baik.

Oleh kerana anda samada suka atau tidak, rela atau paksa, kena juga menjual setiap masa dan ketika, maka wajib tahu serba sedikit ilmu menjual ni.

7 perkara wajib tahu ketika menjual

Berikut saya kongsikan 7 perkara yang anda perlu sentiasa ingat dalam dunia jualan. Baca dan hadam.

Terjemahkannya berdasarkan kedudukan anda sekarang. 

Samada anda memang seorang jurujual atau seorang pekerja yang makan gaji, seorang pelajar, seorang kawan, seorang suami atau isteri, seorang anak atau ayah, seorang adik atau abang atau kakak.

Jualan anda insyaalah lebih mudah untuk mencapai sasaran jika sentiasa berpegang kepada 7 perkara yang disenaraikan di bawah ini.

1. Pembeli buat keputusan untuk faedah dirinya sendiri

Bila anda tawarkan produk atau perkhidmatan atau idea, fokus kepada manfaat yang pembeli akan dapat. Semua cerita yang anda sampaikan wajib berkisar tentang pembeli dan bukan tentang diri anda.

Kebanyakan jualan gagal disebabkan anda fokus pada diri anda sendiri. Bukan kepada pembeli. Siapa nak beli produk atau khidmat atau idea yang berat sebelah macam itu?

Jika anda nak minta izin pada ibu untuk keluar rumah, fokus jalan ceritanya yang memberikan pemahaman bahawa ada manfaat kepada orang tua anda. Insyaallah dia tentu dengan bangga akan memberikan keizinannya.

2. Yang setia belum pasti kekal setia

Jangan sesekali buat andaian pengguna dan embeli setia anda akan kekal setia. Andaian begitu membuka ruang luas untuk pesaing mencuri pembeli setia anda.

Pembeli setia mudah saja untuk berubah jika anda buat sikap sambil lewa sehingga dia rasa anda tidak ambil peduli tentangnya. Meletakkan diri anda dalam zon selesa tidak pernah membantu untuk menghalang pelanggan anda lari kepada pesaing.

Mentang-mentang ibu anda sentiasa izinkan anda keluar, anda anggap itu akan berlaku kekal selamanya. Lalu anda ambil sikap sambil lewa dan tidak berjaga-jaga terutamanya dalam hal menjaga hatinya.

3. Bakal pembeli ada kalanya tidak berterus terang

Ketika anda betemu dan berbincang dengan prospek atau bakal pembeli, selalunya dia tak akan berterus terang.

Dia akan cakap lain sedangkan dalam hatinya berbeza.

Oleh itu pastikan anda peka kenal pasti kata-kata yang tidak keluar dari mulutnya. Lihat gerak tubuh mereka, intonasi dan segalanya.

Jika perlu, bersedia untuk bertanya 'soalan tidak selesa', untuk mendalami keadaan sebenar.

4. Jangan teruja sangat bila respon baik masa bentang 


Ingat bahawa  berjaya buat perbentangan kes hanya sebahagian kecil saja dari proses menjual. Banyak cerita lagi.

Jika anda nak berjaya menjual, kerjanya jauh lebih banyak dari mendapatkan peluang buat pembentangan.

Perlu buat kajian dan mencari banyak maklumat terlebih dahulu. Perlu kerja keras bina perhubugan yang baik dengan bakal prospek sebelum, semasa dan selepas pembentangan.

Jika anda hanya fokus ketika buat pembentangan, mendapat respon yang sangat baik ketika pembentangan, lalu rasa dah berjaya. Itu memang satu andaian yang tak bijak.

Dalam contoh anak yang nak minta izin ibunya untuk keluar, proses memahami kehendak ibunya, perangainya dan lain-lain seumpamanya adalah wajib. Kena buat sebelum semasa dan selepas selesai minta izin. Ambil hati dia sebelum, semasa dan selepas. Baru boleh tutup kes.

5. Jangan buat janji palsu

Ini asas kepada kualiti. Berikan apa yang anda dah janji. Maka produk atau khidmat atau idea anda akan jadi berkualiti.

Jika anda berikan lebih sedikit saja daripada yang anda janji, anda naik jadi cemerlang.

Tapi jika anda kurang sikit saja, orang utara kata ‘satu hun’ saja. Terus anda jadi conman. Penipu tak boleh diharapkan. Silap hari bulan jadi ‘viral’.

Salah faham juga boleh memberikan ruang kepada anda, dikecam sebagai penipu. Jadi berikan penerangan yang jelas, tidak berbelit dan tidak mengelirukan. Pastikan pembeli faham sebagai mana anda faham.

Sebab itu semua pengambil order di rangkaian makanan segera antara bangsa wajibkan proses ulang semula order. Semua itu untuk lelakkan salah faham.

Dalam kes ibu anda tadi, anda sendiri tahu akibatnya jika anda beritahu nak pergi main bola sepak di padang, tapi pergi tengok wayang!.

6. Elak cakap buruk pasal pesaing

Bercakap buruk tentang pesaing adalah amalan yang sangat tak bijak. Anda tentu tak mahu dilihat tidak bijak bukan!

Jangan amalkan sikap macam tu untuk buat jualan. Jangan tonjolkan kebaikan produk anda berdasarkan keburukan pesaing.

Dalam dunia perniagaan, kualiti produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan adalah subjektif. Bergantung kepada apa yang pelanggan mahu. Kalau apa yang dia mahu ada pada produk anda, maka berkualitilah.

Jadi tak ada produk yang lebih berkualiti jika dibuat perbandingan antara A dengan B secara zahirnya. Kereta proton tidak semestinya berkualiti rendah berbanding BMW.

Kalau semua syarat minima yang pelanggan mahu ada pada proton, maka dimata pelanggan berkualitilah dia. Jadi tak guna dok cerita benda buruk tentang BMW.

Jika cerita buruk tentang pesaing adalah tidak bijak, cerita buruk tentang pelanggan pesaing pulak adalah kerja ‘bodoh piang’. Anda memang sengaja mahu pelanggan kekal tak mencuba produk anda.

7. Jangan kenduri dulu sebelum tamat

Dalam ertikata lain, jangan riuh angkat tangan declare juara, selagi belum habis melepasi garisan penamat. Jangan buat kenduri sembelih kambing sedangkan semua belum pasti lagi.

Selagi pelanggan tak buat pembelian, itu belum habis cerita lagi. Bila dah buat pembelianpun, masih belum habis cerita lagi. Masih ada kerja after sales yang perlu diselesaikan.

Jadi jangan berpesta awal sebelum ke garisan penamat. Anda mungkin dedahkan diri kepada kemaluan besar jika mengamalkan sikap berpesta awal sebelum masanya. Macam-macam boleh berlaku. So relaks, tangguh dulu dan pastikan semua selesai terlebih dahulu.

Selesai semua 7 perkara yang anda perlu ambil perhatian dalam dunia jualan. Mungkin ada banyak lagi garis panduan yang perlu anda cari. Tapi setakat itu saja yang saya dapat gariskan kat sini.

Ini garis panduan yang khas untuk ingatkan diri saya sendiri. Saya tulis dan kongsikan untuk semua moga ada manfaatnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post