Apa yang usahawan perlu buat bila perniagaan yang dijalankan sangat suram


Ada ketikanya, bila dah lama berniaga, anda akan alami suasana yang sangat suram dalam perniagaan.

Saya juga pernah alami masalah yang sama. Naik dan turun dalam perniagaan adalah perkara biasa.

Terpaksa hadap semua keadaan itu untuk pastikan anak-anak dan isteri dapat makan dan hidup lebih selesa dan mencukupi. 

Bila jadi begitu apa yang anda buat?

Di sini, saya nak kongsikan sikit apa yang anda boleh lakukan bila alami masalah sedemikian.

Perniagaan suram ketika wabak covid

Bermula di awal tahun 2020 yang lalu, perniagaan sekejap buka sekejap tutup. Banyak juga bisnes yang dah lingkup, terpaksa tutup kedai. 

Memang ada bisnes yang meletup-letup ketika berlakunya wabak covid 19 hari tu. Tapi kita fokus pada yang terkesan saja kat sini. Yang jumlahnya jauh lebih banyak berbanding yang ok.

Selepas keadaan kembali macam biasa sekarang ni, masih ramai juga yang alami kejutan. Tak tau nak buat apa. Tak tahu bagaimana nak pulihkan keadaan perniagaan semula. 

Sekalipun dah tiada PKP demi PKP, masih ada sudah tidak mampu bertahan untuk cuba pulihkan keadaan bisnesnya.

Ada 3 tahap kemungkinan bisnes anda sekarang.

  • Sangat Teruk
  • Sederhana
  • Tiada kesan atau sangat baik

Antara industri yang sangat terkesan adalah seperti Industri pelancongan, industri hiburan dan pertunjukkan.

Kedai makan juga teruk menerima kesan. Ramai yang sebeleum wabak, hanya bergantung pada pelanggan yang datang secara fizikal. Mereka tak berapa ambil peduli pelanggan online. Bila wabak melanda, proses untuk ubah cara kerja dari fizikal ke digital ambil masa sikit. 

Itupun jika ada usaha serta ada modal nak buat.

Ada kawan-kawan yang tak tahan. Buat keputusan tutup saja kedai untuk jimatkan kos dan beroperasi dari rumah. Fokus 100% kepada order online. Pekerja semua terpaksa di buang. Nasib merekalah. nak buat macam mana lagi. Pandai-pandailah cari jalan nak hidup.

Oleh kerana perniagaan kedai makan merupakan bisnes yang paling banyak di negara kita, maka tak hairanlah ramai yang dilihat mengeluh dan marah setiap kali kerajaan buat apa saja pengumuman yang kurang jelas.

Ada sesetengah bisnes yang kesannya adalah sederhana saja.

Nak kata teruk sangat pun tak sebab masih ada sales dalam separuh daripada biasa atau lebih teruk dari itu. Tapi tak sampai bungkus mampus terus. Bisnes seperti workshop masuk dalam kategori macam tu.

Kalau duit simpanan ada banyak, lega. Tambah pula bisnes tak ada apa-apa komitmen hutang dengan bank atau mana-mana agensi kerajaan.

Tapi kalau hutang banyak. Selama ini besarkan bisnes dengan ambil duit bank, make up kedai supaya nampak cun dan kasi glamour dengan harapan bisnes meletup. Bila berhadapan dengan keadaan wabak ini, sudah pasti akan goyang kuat.

Duit banyak manapun akan pantas susut bila beroperasi dalam keadaan dibawah titik pulang modal.

Usahawan perlu bertahan

“Apa boleh buat lagi! hadap sajalah!, bertahan sampai semuanya pulih semula!”

Itu keluhan kawan bila saya tanya apa perancangan mereka ketika wabak berlaku dan PKP dikenakan tak habis-habis.

Betul. Perlu bertahan. Itu saja yang semua orang boleh buat.

Tambahan pulak bisnes yang kita buat bukannya bisnes tak perlu. Malah masuk dalam senarai keperluan yang dibenarkan beroperasi.

Bila keadaan pulih macam biasa, insyaallah bisnes belayar balik sebab memang diperlukan.

Sekarang semua keadaan dan kembali rancak macam biasa. Sekalipun masih ada juga yang teruskan gaya hidup cara wabak, tapi tak ramai jenis sebegitu.

Bila dah pulih, sepatutnya bisnes kita kembali oklah kan!.

Tapi malangnya tak sebegitu. Kesan kecederaan ketika wabak membaca sampai selepas wabak sekarang ni. Perniagaan kekal suram dengan berbagai masalah.

Jadi apa nak buat?

Tindakan bila bisnes suram

Buat kemas kini dalaman.

Itu cadangan saya pada kawan-kawan yang perniagaan mereka tengah suram sekarang ni. Sangat sesuai untuk aktiviti tersebut bila kerja kurang.

Jangan tunggu dan tunggu tak buat apa-apa hanya sekadar tunggi idea muncul. Tak perlu juga rangka dan tunggu munculnya strategi hebat baru nak bergerak. Strategi yang terbaik ketika keadaan bisnes suram adalah, "buat apa saja yang boleh .. !" 

Buat apa saja penambahbaikan asal tak perlu keluarkan modal.

Cara mudah yang anda boleh buat adalah seperti berikut.

Senaraikan semua rekod masalah

Anda dah lama berniaga sebelum ini. Apakah masalah-masalah yang sering dilalui selama menjalankan perniagaan. Buat senarai satu persatu.

Sorting

Susun dari yang paling kerap berlaku kepada yang paling jarang berlaku tapi pernah berlaku.

Guna prinsip pareto untuk tapis masalah

Biasanya, anda akan dapati hanya 20% daripada masalah yang menyumbang kepada 80% daripada kekerapan masalah yang berlaku selama ini. Sila lihat dan senaraikan masalah ang mewakili 20% itu.

Tapis lagi yang 20% itu

Dari senarai yang 20% itu pun sama juga. Berkemungkinan besar, hanya 20% saja dari senarai yang ada itu menyumbang paling banyak masalah.

Pilih satu masalah paling besar

Tapis dan tapis sehingga anda jumpa hanya satu masalah saja yang paling banyak memeningkan kepala. Selesaikan masalah tersebut dengan cari jalan mencegah ianya dari berlaku.

5 proses tambahbaik bisnes

Jika anda rasa selama ini tak ada masalah ketika berniaga, memang anda bohong. Tak ada satu urusanpun kat muka bumi ini yang sunyi dari masalah.

Setiap masalah yang datang adalah satu petanda nak bagi tau ada satu peluang untuk jadi lebih baik. Itu saja.

Yang pentingnya, jangan sekadar fikirkan dalam otak saja. Keluarkan dia dari otak itu bubuh atas kertas. Itu membantu anda lebih mudah untuk hadam dan rangka jalan penambahbaikan.

Biasanya saya akan senaraikan 5 proses ini untuk cari idea nak tambah baik kat bahagian masa dan macam mana.

Prospek

Macam mana nak tambah supaya lebih ramai jumlah prospek yang ada dalam data base syarikat.

Kadar Pertukaran

Fikirkan macam mana nak tingkatkan kadar prospek yang datang berubah jadi pelanggan. Adakah and asimpan maklumat prospek yang datang tapi tak beli. Adakah anda berhubung dengan mereka bina kepercayaan. Adakah mereka benar-benar golongan sasaran .Kaji kenapa mereka masih belum beli-beli lagi sampai sekarang. Kenapa masih gagal untuk ubah mereka jadi

Purata Pembelian

Fikirkan kat mana lagi boleh upsell setiap kali prospek berjaya diubah jadi pelanggan. Apa barang berkaitan boleh ditawarkan lagi. Apa aktiviti yang perlu dilakukan supaya jumlah perbelanjaan setap pelanggan tu meningkat setiap kali masuk dan beli barang. Mudahkan cara bayar adalah salah satu pendekatan yang berkesan.

Kekerapan Membeli

Fikirkan idea macam mana nak kerapkan lagi pelanggan datang membeli dalam satu tempoh tertentu. Kalau selama ini sebulan mereka biasanya hanya datang sekali, fikirkan idea macam mana nak bagi jadi 2 kali.

Profit Margin

Berapa profit margin bisnes anda selama ini. Tengok rekod lama. Tanya atau goggle berapa industri punya pencapaian. Adakah anda bawah purata atau lebih baik dari purata. Apa idea yang boleh dilakukan untuk tingkatkan lagi profit margin ini. Kurangkan kos adalah idea paling popular. Tapi anda ada berusaha ke untuk itu?

Jangan panik bisnes suram

Ada banyak perkara yang usahawan boleh buat dalam keadaan bisnes suram. Yang pentingnya jangan panik dan layan perasaan tertekan tu.

Kalau bisnes masuk dalam kategori sangat teruk gaban lansung tak ada sales, tak ada pilihan selain dari buat transformasi mode survival.

Do or die.

Buat keputusan samada nak teruskan juga atau gulung tikar saja. Buat keputusan pantas. Sebab makin lama tunggu, makin teruk keadaan anda untuk pulihkan diri dan perniagaan nanti.

Cari lah kawan untuk brainstorm .. kalau tak ada, boleh hubungi saya dengan email ke menu ‘contact’ kat atas tu.


Post a Comment

Previous Post Next Post