Saya ada baca sebuah buku yang menarik tentang mengenal pasti bisnes yang terbaik untuk jadikan anda seorang yang serius kaya.
Buku itu bertajuk "The Star Principle - How It Can Make You Rich". Tulisan Richard Koch. Beliau merupakan penulis sebuah lagi buku yang sangat menarik yang banyak mempengaruhi cara saya melihat kepada sesebuah perniagaan.
Saya yakin anda tentu berminat nak tahu kedudukan anda, berdasarkan konsep penulis buku itu, dalam manjadi seorang usahawan yang berjaya. Atau mungkin anda hanya sesuai jadi pekerja saja.
Perlu ingat bahawa tak ada sedikitpun salah untuk teruskan makan gaji. Bisnes bukan untuk semua orang. Asalkan anda memilih untuk kerja di syarikat yang hebat, makan gaji tetap mampu jadikan anda senang lenang.
Jom baca dan jawab soalan berikut. Pilih jawapan yang anda sesuai untuk diri anda secara jujur. Fikir betul-betul sebelum jawab. Pada akhir sesi soalan jawab ini, anda boleh dapatkan kedudukan anda sendiri.
Soalan mengenal potensi diri anda dalam memulakan bisnes:
Pilih kenyataan mana satu yang anda rasakan paling penting dalam memulakan sesebuah syarikat dan perniagaan:
Soalan 1
- Kerja kuat dan lama
- Keazaman untuk berjaya
- Mencari perniagaan yang pasarannya sedang berkembang tinggi
- Kenal pasti team yang sesuai
- Perlu tahu dengan siapa anda bekerjasama
- Perlu ada idea yang tepat bagaimana perniagaan itu perlu dijalankan
- Perlu jadi no 1 dalam niche yang anda ceburi
- Perlu bijak mengurus
- Wajib ada duit tunai yang banyak
- Sediakan tawaran yang berbeza dan menarik untuk pelanggan pilihan anda
- Bina syarikat yang unik
- Taukeh perlu seorang yang bijak tiup inspirasi dan pandai berkomunikasi dengan semua orang
- Perlu buat keputusan secara persetujuan ramai
- Cari jalan puaskan pelanggan dalam masa sama buat untung besar
- Bina jenama yang sangat hebat
- Perlu ada senarai tugasan dan tanggung jawab yang jelas untuk setiap orang
- Sentiasa melihat aliran tunai dengan teliti
- Berada di kedudukan no 1 dalam pasaran niche yang sedang berkembang tinggi
- Produk mesti hebat dan perlu sangat teruja dengannya
- Pastikan semua staff gembira dan bersatu
- Pilih kerja yg sesuai berdasarkan kemahiran setiap kakitangan
- Cari ruang kosong dalam pasaran dan berusaha jadi yang pertama penuhinya
- Sentiasa pastikan duduk di atas berbanding semua pesaing
- Perlu ada perancangan bisnes yg jelas dan kekal dengan perancangan itu.
Tentukan markah terhadap setiap jawapan anda seperti berikut. Jika anda pilih no
- Markahnya --
- Markahnya --
- Markahnya --
- Markahnya --
(Semua pemarkahan anda di di bawah sekali ..)
Campurkan keseluruhan markah seperti berikut.
- 25 ke 30 - Selagi anda kekal sangat kuat berazam nak buat duit dengan menadi usahawan, anda sangat sesuai untuk berjaya.
- 18 ke 25 - Anda berada di jalan yang betul. Ada potensi berjaya. Lihat semula pada jawapan yang anda pilih 1 atau 4
- 10 ke 17 - Fikir semula dan jawab sekali lagi. Anda boleh berniaga selagi ideanya bagus
- 0 ke 9 - Anda lebih sesuai untuk kekal makan gaji saja. Pilih lah syarikat yang masuk dalam kategori STAR.
Harap anda dah berpuas hati dengan cubaan kenal potensi diri anda sebagai usahawan. Di mana saja markah kedudukan anda, jangan risau. Manusia sentias aberubah berkadaran dengan apa yang masuk dalam kepalanya.
Jangan berhenti belajar dan berfikir ..
Sengaja saya letakkan panduan markah di bawah sekali dan jadikan dia agak susah untuk dibaca supaya anda tak terus baca terlebih dahulu pembahagian markah ini. Takut akan terpengaruh dan anda sebenarnya tidak benar-benar menguji cara anda berfikit secara jujur ..
Tentukan markah terhadap setiap jawapan anda seperti berikut. Jika anda pilih no
0.1 Markahnya 30.2 Markahnya 5
0.3 Markahnya 4
0.4 Markahnya 0