Mungkin masa tu dah ramai guna dah dan mungkin saya antara pengguna yang agak terlewat. Ada yang mula guna BMC ini untuk business lebih awal.
Saya melihat BMC ni lebih kepada perancangan strategik untuk perniagaan.
Penggunaan BMC dalam bisnes saya sendiri membuatkan saya lebih fokus dan lebih memahami bisnes yang dibuat.
Dengan struktur-struktur dan penerangan, elemen yang agak mudah ini, membuatkan anda dapat menggunakan BMC dalam perniagaan yang diusahakan.
Boleh juga guna dalam projek yang syarikat anda sedang usahakan.
Selalunya BMC sering dihubung kait dengan company startup.
Bisnes Model membawa maksud, bagaimana bisnes itu dijalankan bagi menghasilkan pendapatan.
Model Bisnes = Cara perniagaan dijalankan bagi menghasilkan pendapatan.
Business Model Canvas ini merupakan satu canvas atau hamparan yang digunakan untuk usahawan meneliti atau membuat kerangka dan menganalisa sesuatu perniagaan yang bakal atau sedang diusahakan.
Mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Alexander Osterwalder berdasarkan ontology model perniagaan beliau yang terdahulu.
BMC dapat membuatkan anda menganalisa permasalahan dan kelebihan atau nilai yang ditawarkan dalam bisnes atau produk.
Satu lagi kelebihan BMC ini, anda dapat memastikan siapa sebenarnya pelanggan.
Kalau nak disenaraikan, sebenarnya banyak lagi kelebihan sekiranya kita memahami konsep BMC ini.
Sumber imej dari sini.
9 elemen yang ada pada BMC
BMC ini terbahagi kepada 9 elemen seperti yang berikut di bawah:
1. Value Propositions.
Ianya berkenaan dengan produk atau servis yang kita tawarkan.
Apakahkah nilai produk atau servis yang kita mahu pengguna atau pelanggan kita nikmati.
Dulu-dulu kita gunakan Unique Selling Point (USP). Adakah produk atau servis kita dapat memuaskan mereka.
2. Customer Segments
Bila kita mengenalpasti apa Value Propositions untuk bisnes kita, mudah untuk kita kenal pastikan siapa pelanggan atau pengguna bagi produk atau servis kita.
Penting untuk kita sebagai usahawan untuk kenal pastikan siapa target. Juga golongan mana yang kita sasarkan supaya kita dapat fokuskan kerja-kerja pemasaran kepada golongan tersebut nanti.
3. Channels
Selepas kita tahu produk/servis kita ini untuk golongan dan sasaran tertentu. Kita perlu cari jalan bagaimana cara atau kaedah yang perlu kita guna untuk menyampaikan cerita tentang produk/servis kita nanti.
Penggunaan medium yang sesuai dapat menjimatkan kos dan masa.
Samada Pemasaran Conventional atau Pemasaran Digital atau mungkin kedua-duanya sekali. Kita cari kaedah yang paling berkesan dan sesuai dengan budget kita.
4. Customer Relationships
Bila kita cari dan jumpa jalan bagaimana untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan target kita tadi. Kita perlu sentiasa berhubung dengan mereka.
Saya selalu percaya bahawa hubungan dengan pelanggan adalah penting.
Pembelian lebih senang dibuat apabila pelanggan atau pengguna percaya kepada kita.
Mulakan dengan awareness dan kemudian jadikan pelanggan atau pengguna kita setia dengan kita.
5. Revenue Streams
Dalam perniagaan yang kita jalankan ini tentunya ada pendapatan.
Sebenarnya dekat elemen ini kita dapat melihat berapa jenis pendapatan yang dapat kita hasilkan. Bisnes model kita boleh tengok dari sini.
Nota penting: Kalau kita perhatikan, 5 elemen diatas merupakan kaedah kaedah pendekatan kita dengan customer. Melalui proses proses inilah organisasi mendapatkan pendapatan atau disebut juga sebagai jualan.
6. Key Activities
Elemen ini sepatutnya menunjukkan apa proses aktiviti yang kita lakukan.
Fikirkan betul betul!
Mungkin ada aktiviti yang sebenarnya tiada keperluan untuk kita buat.
Pastikan kita buat hanya kerja-kerja yang diperlukan sahaja.
7. Key Resources
Key Resources ini adalah merujuk kepada apa yang bisnes kita perlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan.
Kita boleh senaraikan apa yang kita dah ada atau mungkin sesuatu yang kita perlu ada.
8. Key Partners
Ini adalah mereka yang kita perlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan kita.
Selalunya kita beranggapan bahawa elemen ini membawa maksud rakan kongsi atau partner bisnes kita yang ada nama dalam SSM.
Sebenarnya partner dekat sini lebih merupakan semua pihak yang berkepentingan dan yang membantu kepada perniagaan kita.
9. Cost Structure
Kita perlu mengenalpasti kos kos yang terlibat dalam perniagaan. Samada variable kos atau kos tetap. Senaraikan semua kos.
Nota penting: Perhatikan bahawa elemen no. 6 hingga no. 9 lebih merupakan operasi dalaman kepada organisasi kita. Bagaimana dan apakah cara kita menjalankan aktiviti disamping menentukan kos perniagaan kita.
Guna BMC untuk perancangan bisnes anda
Banyak company-company besar menggunakan BMC bagi perancangan strategik untuk mereka dan staf mereka memahami bisnes model mereka sendiri.
Kalau team sendiri faham maka senanglah untuk kita bergerak nanti.
BMC untuk Google
Penggunaan BMC dalam Google sangat jelas yang mana salah satu Value Proposition mereka adalah menyediakan browser pencarian yang cepat dan percuma dalam internet.
Market Segments mereka adalah pengguna yang mencari informasi di internet.
Tentu sekali Channels yang Google guna adalah digital platform dan berbagai cara digunakan untuk mengekal dan seterusnya mengembangkan bisnes mereka.
Pengguna Google diberi pelbagai apps atau sistem secara percuma contohnya Gmail yang diberikan secara percuma. Ini adalah contoh Customer Relationships yang sangat efektif tetapi semuanya free.
Jadi bagaimana Google meraih pendapatan?
Kalau kita tengok Revenue Stream bagi Google sebenarnya datang dari iklan-iklan yang bersasar di laman sesawang mereka.
Kita tak bayar google sesen pun.
Key Activities bagi Google adalah membina Platform Management dan membuat R&D.
Google perlu menguruskan platform sedia ada termasuk infrastruktur.
Manakala Key Resources pula melibatkan Platform iaitu google.com dan lain-lain.
Key Partners mereka adalah pemilik content manakala OEMs (Original Equipment Manufacturer juga merupakan Key Partner juga.
Apakah Cost Structure bagi Google?
Tentunya kos membina dan mengekalkan platform mereka dan kos yang harus dibayar kepada Content Owner.
Bebas guna BMC
Tiada betul dan salah dalam penyediaan BMC kerana ianya menunjukkan pemahaman kita terhadap bisnes kita sendiri.
Hari ini mungkin kita melihat bisnes kita dari sudut A esoknya dari sudut B dan ianya akan membuatkan kematangan kita melihat perniagaan kita sendiri.
Contohnya saya sendiri.
Dulu saya melihat mobiliti adalah asas bagi produk yang saya keluarkan. Tetapi sekarang ini mobiliti itu hanyalah salah satu nilai-tambah bagi produk saya sahaja.
Dari situ perletakan produk serta kerja-kerja pemasaran bagi perniagaan saya telah berubah.
Business Model Canvas dapat menyediakan cara untuk kita menentukan elemen-elemen penting yang berkait rapat dalam bisnes model yang kita sedang usahakan atau pun baru nak start meniaga.
Dengan 9 elemen ini bisnes kita mampu untuk bergerak lebih jauh. Sebenarnya BMC tidak habis disini.
Nanti di lain kesempatan saya kongsi pula cerita tentang Value Proposition Canvas.
Nota: Artikel di atas merupakan tulisan saudara Azhan Mohd, seorang usahawan pengasas syarikat Waterbay Sdn Bhd, pereka produk teknologi yang berasal dari Pulau Pinang. Anda boleh ikuti beliau di media sosial berikut: Twitter: @anartmd, Facebook: Azhanmohd