7 cara lama bagaimana anda boleh dapatkan pelanggan untuk bisnes anda sekarang


Antara kursus dan seminar yang mendapat sambutan hangat di kalangan usahawan adalah cara bagaimana nak dapatkan lebih ramai pelanggan beli produk atau servis mereka.

Harapan besar yang usahawan berikan terhadap kursus itu adalah untuk belajar idea hebat dalam melakukan pemasaran dan jualan.

Betul! ada kalanya idea hebat membantu untuk lonjakkan bisnes anda sekarang. 

Tetapi, masih ada cara mudah yang tak memerlukan idea hebat pun. Anda boleh lakukan sendiri. Tanpa perlu daftarkan diri masuk kelas mahal dari pakar-pakar pemasaran yang ada kat luar tu.

Jom kita tengok satu persatu idea-idea biasa-biasa atau lebih tepat, idea asas saja di bawah.

1. Lihat di belakang

Bagi yang dah 5 tahun berniaga, atau lebih lama lagi, tentu dah banyak produk atau servis anda yang dah berjaya di jual. Kalau tak, anda tak akan teruskan perniagaan tu.

Ramai yang terlepas pandang perkara ni. Bisnes dah lama buat. Pelanggan dah ada ramai yang membuatkan perniagaan and dapat terus bertahan.

Pernahkah anda bertanya bagaimana anda buat pemasaran dan jualan sejak dari awal dulu. Adakah cara tersebut masih terus diamalkan atau tidak?

Sebelum nak cari idea baru, lihat betul-betul di belakang. Apa cara yang selama ini terbukti berkesan dan pastikan anda kekalkan cara tersebut. Jangan lari jauh dari jalan itu dan buat penambah baikan kecil agar ia jadi lebih berkesan.

2. Masuk kilang atau pejabat

Saya ada kenal seorang usahawan minyak angin di kampung satu ketika dulu. Dia punya jualan minyak angin atau minyak panas jauh berganda-ganda lebih banyak dari jualan yang pembuat minyak angin itu sendiri mampu jual.

Caranya mudah saja. Dia pergi masuk kilang-kilang bertaburan sangat banyak di Pulau Pinang dan Seberang Perai. 

Ramai pekerja kilang di Pulau Pinang. Dari beratus orang sehingga belasan ribu pekerja. Setiap kilang ada kelab sukan. Jadi, pada ahli kelab sukan itulah yang dia buat promosi.

Nak bersukan boleh sapu minyak panas. Terseliuh sapu, sakit sapu. Dan dia berjaya menjual ratusan ribu minyak angin.

Anda boleh fikirkan cara sama. Berhubung dengan para pekerja syarikat samada kerajaan atau swasta. Berikan sesuatu yang mereka ada minat untuk mengetahuinya sambil pasarkan produk atau servis anda.

3. Insentif rujukan

Cara ini sering digunakan oleh syarikat kad kredit untuk pengguna setia mereka. Syarikat insuran juga banyak pakai cara ni dengan minta pelanggan cadangkan kawan lain.

Salah satu contoh mudah adalah dengan membuat majlis ilmu atau seminar percuma dengan disediakan makan dan minum untuk semua pelanggan setia anda.

Kehadiran adalah percuma tapi dengan satu syarat. Mereka dikehendaki membawa sekurangnya seorang kawan atau kenalan. 

Ini dapat luaskan lagi jumlah prospek yang mengenali bisnes atau syarikat anda sekarang.

4. Terjah saja

Dalam terma bisnes sering dipanggil 'cold walking' atau 'cold call'. Syarikat jualan lansung banyak amalkan cara mudah tapi menakutkan ini. 

Anda tentu pernah terserampak anak-anak muda jalan dari meja ke meja tawarkan produk seperti buku, minyak urut dan sebagainya. Kalau diperhatikan betul-betul, memang banyak juga jualan yang berjaya mereka capai walaupun sekali sekala dilayan dengan kasar oleh orang yang tak suka diganggu.

Teknik terjah ni adalah satu teknik yang dah lama dilakukan sejak dunia tak ada internet lagi. Jurujual jalan dari rumah ke rumah tawarkan macam-macam produk atau servis.

Tapi zaman sekarang, risau juga sebab ada ramai kaki tipu kaki pukau dan sebagainya. Kalau nak buat, pastikan anda fikir satu cara yang tidak membuatkan orang risau takut dan tak layan.

Terjah ke kilang atau pejabat lebih mudah dibuat berbanding terjah ke rumah. Terjah di kedai makan dari meja ke meja juga lebih mudah dan selamat dari kena kejar anjing.

5. Iklan akhbar atau majalah

Masih ada lagi ke orang yang baca akhbar?

Saya lihat masih ada terjual akhbar di kedai-kedai runcit walaupun lebih sukar nak dapatkan surat khabar lama sekarang. Orang sekolah lama masih selesa membaca akhbar berbanding telefon pintas atau e-book.

Jadi iklan di akhbar masih kekal relevan. 

Perlu pastikan demografik yang anda sasarkan kena dengan produk atau servis yang ditawarkan.

Majalah juga masih ada tapi terhad dan betul-betul perlu dipastikan kesesuai demografik pelanggan yang disasarkan.

6. Seminar umum

Cara untuk sebarkan anda buat seminar sekarang sangat mudah berbanding dulu. War-warkan saja di media sosial.

Jika kena tajuk yang mampu menarik orang ramai, tentu akan berjaya. Kenalah kreatif dan pilih tajuk yang orang mahu dengar. Biasanya segala ilmu yang membantu permudahkan urusan seharian dan kehidupan manusia memang akan ada sambutan. 

7. Edaran percuma berbaloi disimpan

Ada hadiah atau cendera mata yang menarik dan berguna untuk anda edarkan kepada para pengguna. Boleh letakkan di mana saja kawasan yang tinggi trafik orang ramainya.

Contoh mudah edaran yang mungkin orang akan ambil dan simpan ada seperti senarai nombor panggilan kecemasan yang pengguna boleh gunakan jika perlu.

Buat dengan cantik, mudah lekat atau tampal atau selit, tentu akan ada yang ambil dan simpan.

Boleh selitkan maklumat perniagaan, produk atau servis yang syarikat anda tawarkan pada hadiah atau edaran percuma itu.

Anda boleh cuba kesemua 7 cara yang saya kongsikan di atas jika dirasakan sesuai. Memang semua itu cara lama tapi jika dirancang dengan baik, insyallah ada manfaatnya.

Tak cuba tak tahu.

Dalam marketing, asasnya adalah perlu bertindak. Buatlah apa saja. Tengok hasilnya dan adjust sikit mana yang perlu kemudian buat lagi. 

Begitulah berterusan sampai menjadi ..

Post a Comment

Previous Post Next Post