Dalam artikel pendek ini saya mahu kongsikan satu cara yang terbaik, mudah dan selamat untuk menjadi kaya.
Semua orang secara umumnya mahu jadi kaya. Walaupun ada yang di bibirnya sering ucapkan 'aku tak mau jadi kaya', tapi jauh di sudut kecil hati mereka ada hasrat untuk jadi kaya. Lihat saja perbuatan dan amalan hidup mereka. Semua membuktikan ada usaha ke arah nak jadi kaya. Nak berbelanja, makan dan minum serta hidup seperti orang kaya.
Sering kali akan terlintas fikiran bagaimana nak jadi kaya setiap kali lihat lagak orang kaya lalu di depan mata. Terfikirkan apakah teknik yang mereka pakai untuk membuatkan diri mereka jadi kaya. Bila tak jumpa, lalu rumusan, 'dia kaya sebab kroni, atau anak orang kaya dan lain-lain seumpamanya'. Tak jumpa jawapan sebenar la tu, jika buat rumusan begitu.
Untuk pendekkan cerita, sebenarnya ada cara mudah dan selamat untuk jadi kaya.
Untuk itu, anda hanya perlu bersetuju dengan falsafah kaya hidup ringkas terlebih dahulu sebelum meneruskan usaha jadi kaya seterusnya.
Makna kaya sebenar
Sebelum kita bercakap tentang cara jadi kaya, perlu terlebih dulu memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘kaya’.
Saya berikan makna kaya di bawah,
“Mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk memenuhi segala keperluan”
Jika anda ada duit yang cukup, bukan duit yang banyak tau. Ingat tu.
Cukup untuk apa?
Untuk penuhi segala tanggungan, keperluan, kewajiban dan lain-lain seumpamanya. Selepas gunakan semua duit itu untuk semua di atas, masih ada baki sedikit lagi. Maka kaya lah tu.
Orang yang berada dalam keadaan tersebut di atas, dia tidak banyak habiskan masa untuk memikirkan tentang duit lagi. Kehidupannya menjadi ringkas dengan hanya berikan tumpuan untuk memikirkan perkara lain yang jauh lebih bermakna.
Berdasarkan makna kaya di atas, cara jadi kaya hanya ada dua sahaja.
- Tambah pendapatan agar melebihi keperluan anda. Jika keperluan adalah sejumlah RM1000 sebulan, maka sebaik sahaja anda tambah pendapatan menjadi RM1100 sebulan, anda dengan secara rasmi telah menjadi kaya. Pendapatan tersebut digunakan untuk memenuhi keperluan manakala bakinya sebanyak RM100 disimpan dalam tabung untuk pelaburan.
- Mengurangkan keperluan agar pendapatan yang ada lebih banyak daripada kos menyara keperluan. Seandainya anda masih belum dapat menambah pendapatan, jangan risau. Pilihan kedua ini sudah pasti dapat dilakukan jika anda ada azam yang tinggi. Anda hanya perlu buang kos yang tak perlu sehinggalah kos keperluan berkurangan berbanding pendapatan.
Mudah kan?
Siapa saja mampu melakukan salah satu daripada dua cara jadi kaya yang telah saya sebutkan di atas tadi tanpa perlu mempunyai ilmu kewangan yang tinggi.
Ilmu di atas itu tak memerlukan anda punyai sijil atau diploma atau ijazah pun untuk faham dan buat.
Yang penting, anda ada sumber pendapatan. Peluang untuk jadi kaya terlalu cerah. Tambah pendapatan atau kurangkan keperluan, anda sendirilah yang tentukan.
Kalau nak cepat lagi, buat kedua-duanya serentak. Usaha tambah pendapatan dalam masa yang sama cari peluang kurangkan keperluan.
Kawal emosi, kawal keperluan
Secara teorinya memang nampak mudah.
Tapi kenapa masih ramai yang berakhir dengan tekanan. Merasakan duit tak pernah cukup. Paling teruk, terlajak gunakan kad kredit?
Ramai yang jadi begitu sebab tewas dalam usaha memahami antara emosi dan rasional. Keliru antara keperluan berbanding kemahuan.
Untuk itu, usaha megawal emosi sangat penting. Belajarlah kenal pasti anda emosi dengan rasional. Biasanya, semua perkara yang tercetus secara spontan, segera, adalah emosi.
Untuk kawal perkara tersebut, perlu ambil pendekatan untuk tangguhkan terlebih dahulu segala keputusan pembelian. Fikir dan pertimbangkan dulu. Jika ada kawan, bincang samada wujud alternatif lain selain dari keluarkan duit untuk beli.
Tentukan gaya hidup anda
Satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan adalah untuk tentukan secara jelas gaya hidup anda sendiri. Buat garis panduan cara bagaimana anda mahu jalani kehidupan.
Rumah macam mana, lokasi kejiranan bagaimana, pakaian, kasut, kenderaan, makanan, gaya hidup keluarga dan lain-lain seumpamanya.
Tentukan peringkat yang akan anda lalui dalam tempoh tertentu. Saya cadangkan untuk adakan 3 peringkat gaya hidup dari muda sehingga ke tua seperti berikut.
- Peringkas asas - Hidup dalam keadaan semua keperluan yang wajib sahaja agar sentiasa mencukupi dan masih ada baki untuk pelaburan. Tempoh 10 tahun pertama.
- Peringkar selesa - Hidup dalam keadaan semua kewajiban dipenuhi berserta dengan sedikit keselesaan yang lebih nyaman dan berhaya sikit. 10 tahun kedua.
- Peringkat Ideal - Hidup dalam keadaan sangat selesa dan bergaya. 10 tahun ketiga.
Dalam setiap peringkat di atas perlu disenaraikan satu persatu apa yang menjadi keperluan anda dan berapa kos yang diperlukan untuk menaggungnya.
Semua itu memerlukan disiplin untuk menahan diri dan bergerak hidup berdasarkan apa yang telah anda rancang dan gariskan.
Itu cara dan gaya hidup yang anda mahu dan nekad untuk tidak terikut-ikut atau meniru cara orang lain. Hanya anda saja yang tahu macam mana nak hidup dengan cara hidup anda sendiri.
Tak perlu hidup dengan cara hidup orang lain sebab hanya dia saja yang tahu dan dia pun tak mampu kongsikan caranya secara 100% tepat kepada diiri anda.
Sekian .. selamat berusaha jadi kaya.
sekaranmg tengah usaha untuk menjadi kaya...aamiin
ReplyDeleteMoga berjaya .. insyaallah!
Delete