Kuiz berkenaan kewangan yang anda perlu baca kalau nak kaya


Salah satu kelebihan orang yang faham bab kewangan adalah, dia mampu memaksimumkan cara penggunaan wang. Mengoptimumkan cara duit di gunakan dah jadi automatik dalam amalan hidupnya.

Mari kita lihat samada anda ada bakat atau tabiat yang bakal jadikan anda seorang yang kaya.

Anda hanya perlu baca dan jawab kuiz ringkas di bawah ini.

Sebelum ini, saya nak pesan untuk teruskan baca dan jawab samada anda dah pernah dengar atau tidak soalan yang saya tanya.

Bila baca, kemudian anda rasa macam dah tahu atau dah pernah dengar soalan tersebut, jangan beredar. Nanti dulu.

Sebab ia berbeza daripada apa yang anda fikirkan.

Sila terus baca sampai habis untuk mendapat faedahnya.

Kuiz kewangan

Anda diberi 2 pilihan seperti di bawah. Sila pilih salah satu daripada situasi berikut.

  1. Anda diberikan wang sejumlah RM100,000 setiap hari untuk selama 28 hari.
  2. Anda diberikan wang sebanyak 1 sen pada hari pertama, 2 sen pada hari kedua, 4 sen pada hari ketiga, 8 sen pada hari 4 dan begitulah seterusnya sehingga 28 hari.

Mudah saja soalannya.

Sekarang agaknya mana satu yang akan anda pilih.

Ada dua jenis cara untuk memilih. Bergantung kepada bagaimana anda dibesarkan dan dididik tentang falsafah kewangan.

Ada orang akan terus pilih pilihan No. 1. Dia malas nak fikir panjang sebab jenis yang praktikal. Orang sebegini akan pakai alasan, 'ambil sahaja apa yang ada didepan mata', yang nyata tanpa perlu berfikir panjang lagi.

Ada pula yang akal lebih panjang. Dia mula merasakan pilihan No. 2 tu nampak macam berbeza. Macam pernah dengar kisah dongeng matematik antara pemuda licik dengan rajanya. Yang berbeza itu sudah tentu ada sesuatu diyang menarik  sebaliknya. Sebab itu dia terus ambil pilihan kedua itu.

Secara jujur, sila renungkan balik anda dari kumpulan mana.

Kumpulan pertama yang pantas bertindak atau kumpulan kedua yang sedikit panjang akal.

Simpan jawapan anda dulu.

Semak hasil akhir

Untuk ketahui pilihan mana satu, adalah lebih baik anda kira terlebih dahulu jumlah yang bakal didapati daripada setiap pilihan yang diberikan di atas.

Pilihan no 1

Untuk pilihan yang pertama anda akan mendapat sejumlah RM2.8 juta setelah genap 28 hari. 

Pilihan no 2

Manakala bagi pilihan kedua anda akan mendapat sejumlah RM2,684,354.56 setelah genap 28 hari. 

Pilihan no 2 lebih banyak

Cuba lihat. Jika anda pilih no 2, akan ada sedikit kekurangan sebanyak RM115,000 berbanding no 1.

Ternyata pilihan no 1 adalah lebih bagus berbanding yang kedua.

Dan satu-satunya cara untuk membuat mana satu pilihan terbaik dari soalan di atas adalah dengan membuat kiraan secara pasti.

Itulah isi penting yang mahu saya sampaikan dalam kuiz di atas.

Perlu ingat bahawa dalam kehidupan moden ini, bila sentuh bab kewangan, anda tidak ada cara yang paling ringkas dan selamat dan terbaik melainkan dengan mengira.

Sekarang dalam telefon pintar tu kan ada kalkulator. Gunakanlah!

Jangan sesekali mencongak atas persepsi atau main agak-agak. Tidak ada rasa-rasa dalam bab kewangan ni. Semua urusan kewangan perlu dikira dengan terperinci.

Ingat!

Sentiasa kira terlebih dahulu.

Post a Comment

Previous Post Next Post