5 perkara yang anda perlu lakukan untuk jadi produktif berdasarkan sains


Apa makna produktif?

Kalau anda rujuk pada kamus, ia membawa erti bekerja dengan mendapat hasil yang banyak. Boleh juga membawa maksud kuat bekerja dengan pancapaian yang baik.

Dari makna di atas, ternyata jadi produktif adalah baik untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Kena berusaha untuk jadi produk lah nampaknya. Persoalannya, macam mana?

Artikel ini akan kongsikan caranya yang terbukti berkesan berdasarkan sains. Kita terus ke bawah untuk lihat senarainya satu persatu.

1. Refleksi secara jujur

Tak perlulah nak berlakon kononnya anda memang bagus, produktif dan puas hati dengan pencapai sekarang.

Berdasarkan kajian, 94% dari orang ramai di luar sana tidak berjaya mencapai matlamat yang mereka sasarkan. Bila anda berjalan kaki ke luar sana berselisih dengan 100 orang, kemungkinan besar 94 orang dari mereka semua serabut tak dapat apa yang mereka nak.

Anda jarang capai sasaran harian, mingguan, bulanan atau tahunan anda selama ini. Itu akan berulang-ulang sehingga jadi satu bebanan tanpa sedar. Sebab dah terbiasa sangat tak capai sasaran, maka ia jadi perkara biasa sebab dah terbiasa sangat.

Pastikan semua itu berubah selepas anda tamat baca artikel ini dan amalkan segala petuanya.

2. Tulis sasaran

Jika anda ambil buku nota, tulis apa yang anda sasarkan untuk capai, kemungkinan untuk anda dapatkan sasaran itu meningkat sebanyak 42%. 

Ini dibuktikan dalam satu kajian di Harvard.

  • 84% dari kebanyak orang tak ada sasaran
  • 13% ada sasaran tapi dalam kepala saja. Tak tulis.
  • 3% saja yang ada sasaran dan tulis.

Kumpulan ke-3 tu biasanya adalah 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk berjaya dapat apa yang disasarkan berbanding kumpulan 13% di atas tu.

3. Petua 5/25

Lanjutan dari petua di atas, anda cuba tulis 25 sasaran yang mahu dicapai. Mungkin anda tulis lebih banyak dari 25 sasaran, boleh saja nak buat lebih. Tapi pastikan kemudiannya anda susun berdasarkan yang paling penting duduk di atas dan berkurangan turun ke bawah.

Selepas dah susun, tinggalkan dalam 25 sasaran paling penting saja.

Selepas dah tinggal 25, buang lagi 20 sasaran yang di bawah selepas 5 sasaran utama paling atas yang anda mahu capai.

Itu adalah petua Warren Buffet dalam membuat sasaran yang mahu dicapai dalam hidup atau dalam kerja atau dalam apa saja.

Isi pentingnya di sini adalah, 25 benda yang nak dicapai adalah terlalu banyak. Berikan tumpuan hanya kepada perkara penting yang benar-enar anda mahu capai saja. Hidup ni bukannya lama sangat. 

Fikir betul-betul nak apa. Senaraikan 5 sahaja cukup lah.

4. Buat Petak Eisenhower

Anda tentu pernah dengar nama Dwight Eisenhower. Dia ialah preseiden Amerika yang ke-34. Dia kata tentang produktif seperti di bawah.

I have 2 kinds of problems, the urgent and the important. The urgent are not important, and the important are never urgent.

Dari situ, Stephen Covey buat rumusan atau 4 petak yang dinamakan Eisenhower Matrix. Ia mengandungi 4 jenis kerja seperti di bawah

  1. Penting & mendesak
  2. Penting & tidak mendesak
  3. Tidak penting & mendesak
  4. Tidak Penting & tidak mendesak

Semua urusan kerja dan aktiviti anda hanya masuk dalam salah satu dari 4 kategori di atas sahaja. Tak ada lagi kategori lain. Paling malang adalah anda yang asyik perperangkap dengan kategori no 4 di atas. Jangan begitu. Sila tinggalkan amalan begitu. Fokus ikut keutamaan ya! 

Selesaikan no 1 terlebih dahulu.

5. Telan yang pahit dulu

Ini adalah formula Brian Tracy. Dia suruh telan katak dulu, tapi saya ubah jadi pahit. Maksudnya sama saja. Mana yang anda tak suka tapi anda sendiri tahu ia sangat penting dan sangat mendesak, buat yang tu dulu.

Lakukan semua urusan yang masuk dalam kategori pertama di Eisenhower Matrix tadi terlebih dahulu di waktu pagi.

6. Kawal masa kerja

Untuk lakukan kerja penting di atas, anda perlukan masa. Jadi pastikan masa di sediakan dengan baik. Halang dari kemungkinan anda di kacau untuk selesaikan urusan semua itu sehingga tamat.

Ada 3 cara anda boleh halang gangguan.

  • Tutup pintu bilik, tutup telefon, tutup perhubungan.
  • Buka irama klasikal atau jika anda suka dengar bacaan Quran, boleh juga.
  • Pilih waktu di mana anda paling bertenaga dan bersemangat.

7. Amalkan teknik Pomodoro

Dalam melaksanakan tugas tersebut di atas, anda boleh ikuti teknik pomodoro seperti di bawah.

  • Pecahkan kerja anda dalam blok 25 minit tempohnya.
  • Setiap kali selesai 25 minit, rehatkan diri selama 5 minit
  • Bila dah selesai habis 4 kali blok no 1 di atas, rehat lama sikit dalam 30 minit.

8. Hukum Parkinson

Jangan manjakan diri anda dengan berikan tempoh masa yang berlebihan. Anda akan buang masa berlebih-lebih kalau terbiasa amalkan "relaks jangan kalut" punya budaya. Ia juga tidak akan membantu anda hasilkan kerja yang baik pun.

Ertinya, perlu berikan tempoh masa yang ngam untuk selesaikan apa saja tugasan. Cabar diri anda untuk selesaikannya supaya anda dapat maju ke depan.

9. Hukum 5 minit

Gunakan hukum 5 minit ini untuk lakukan perkara penting yang anda rasa berat malas nak mampu untuk melakukannya.

Untuk permulaan, anda boleh cuba lakukan semua perkara berikut di bawah untuk tempoh 5 minit setiap hari.

  • Jogging atau brisk walk
  • Membaca buku ilmiah
  • Menulis. Blogging atau posting di medsos
  • Angkat besi

Cuba buat semua yang saya senaraikan di atas. Anda hanya perlu sasarkan untuk lakukannya dalam tempoh 5 minit saja.

Anda akan dapati 5 minit itu akan berlanjutan jadi 20, 30 atau lebih lagi. Cuba lah.

Cuba amalkan apa yang saya petuakan di atas tu dan lihat hasilnya. Moga berjaya!

Post a Comment

Previous Post Next Post