Bagi anda yang pernah belajar sains peringkat menengah tentu pernah dengar tentang teori keseimbangan Newton. Teori itu mengatakan bahawa untuk sesuatu benda berada dalam kedudukan seimbang, jumlah keseluruhan tenaga padanya adalah kosong.
Formula yang biasa ditulis dalam persamaan matematik adalah seperti berikut di bawah.
∑F = 0
Formula itu memberitahu, jumlah keseluruhan tenaga yang ada yang dicampurkan adalah bersamaan dengan kosong.
Kalau anda kayuh basikal keliling kampung menikmati suasana alam sekitar di waktu petang dengan aman, dalam keadaan stabil, maknanya anda sedang berada di dalam keadaan seimbang.
Selagi tak ada gangguan, anda akan kekal dalam keadaan itu aman damai. Bila rasa dah nak goyang jatuh, anda hanya perlu tekan sikit pengayuh tu ke depan dan basikal stabil semula. Semua berlaku tanpa sedar sebab anda dah cekap imangkan badan duduk atas basikal tu.
Saya yakin bagi yang tahu berbaskal dapat bayangkan semua keadaan yang saya gambar kan itu.
Sentiasa ada tenaga lawan
Satu lagi ilmu sains ajar masa sekolah dulu adalah, apa saja tenaga yang anda kenakan pada sesuatu benda, pasti ada tenaga timbal balik supaya jadi seperti formula yang saya tulis di atas tadi. Anda boleh faham bahawa fenomena itu berlaku sebab benda tersebut mencari kedudukan seimbangnya semula bersesuaian dengan jumlah tenaga yang dikenakan kepadanya.
Contohnya jika anda tolak cawan dari atas meja, ada tenaga baru dari luar kepada cawan itu yang buatkan ia berubah dari kosong kepada jumlah tenaga yang anda kenakan padanya. Untuk mencari keseimbangan semula maka cawan bergerak dan jatuh lalu pecah dan statik semula.
Apa yang anda fikirkan
Hasil dari kajian dan kiraannya, Einstein mendapati bahawa setiap benda mempunyai tenaga. Malah idea atau buah fikiran yang tercetus di dalam kepala anda juga mengeluarkan tenaga.
Perkara ini saya mula-mula dengar masa baca buku motivasi Napoleon Hill dulu. Dari situ dia terangkan bagaimana pemikiran dapat membantu anda jadi apa yang anda nak jadi.
Setiap kali anda fikir tentang sesuatu perkara atau benda, atau mengeluarkan idea, anda telah Keluarkan tenaga.
Menurut Einstein lagi, tenaga tidak akan musnah setiap kali ia dikeluarkan. Ia hanya berubah-ubah dari satu keadaan ke keadaan lain menuju kepada titik keseimbangannya sebelum berhenti berubah dan terpendam di dalam keadaan stabilnya itu. Hanya apabila diganggu saja, ia akan mula melakukan perubahan semula.
Boleh dirumuskan bahawa setiap idea yang tercetus keluar dari otak anda akan mengeluarkan tenaga. Akan berlaku perubahan demi perubahan yang mana akhirnya menjadi benda.
“Setiap apa yang difikirkan oleh otak pada akhirnya akan menjadi benda”
Bila timbul idea nak buat meja bulat, idea dari dalam fikiran anda itu mengeluarkan tenaga yang berubah-ubah dan akhirnya bertukar menjadi meja bulat. Malah apa saja idea, tenaga demi tenaga yang dipadukan akan menghasilkan sesuatu akhirnya.
Begitulah hebatnya tenaga yang terhasil hanya dari tercetusnya idea.
Sebab itu anda perlu berhati-hati dengan apa yang difikirkan. Jika fikir negatif, hasilnya adalah benda yang negatif. Jika fikir positif, akan menghasilkan sesuatu yang positif.
Kawal tenaga anda
Berbalik pula kepada bab seimbang di atas tadi.
Jika 10 fikiran negatif di dalam kepala anda, disulam dengan 10 fikiran positif jumlah keseluruhannya akan menghasilkan 0, seimbang. Anda selamat. Tapi jika yang negatif ada 11 dan positif ada 10, hasilnya adalah satu negatif.
Bayangkan jika setiap jam jumlah negatif melebihi yang positif.
Hasilnya dada anda semak dan sesak. Hidup penuh dengan benda negatif. Pening kepala, panas baran, gagal peperiksaan, pinggan pecah, tumbuk muka orang dan lain-lain seumpamanya.
Berapa kali perkara positif yang anda fikirkan dan berapa kali yang negatif difikirkan dalam sehari?
Elok kawal mental agar hanya fikiran positif saja yang keluar. Untuk pastikan fikiran positif elakkan semua input yang negatif, antaranya adalah seperti di bawah.
- Tinggalkan kawan yang berfikiran negatif – Ada di kalangan kawan-kawan yang kerjanya asyik komen dan kondem habis semua orang. Semua orang tidak betul. Jika anda dengar ceritanya, rasa semak dada dan sebab semua orang sudah tidak boleh dipercayai lagi. Jangan buang masa dengan orang sebegini.
- Jangan baca portal berita – Berita sekarang dipenuhi dengan perkara sensasi yang kebanyakan nya adalah yang negatif. Anak pukul bapak, bapak rogol anak, nenek dihentak cucu, lelaki putus tangan ditetak isteri dan berbagai-bagai lagi. Anda rasakan dunia sudah tidak selamat lagi bila sering membaca akhbar begini.
- Jangan dengar berita TV dan Radio – Sama seperti portal berita atau surat khabar, TV atau Radio seolah-olah huru-hara berlaku di sana sini. Tak ada orang yang selamat jika berada di jalan raya dan lain-lain. Elakkan berita begini atau tutup saja.
- Unfriend kawan medsos yang serabut – Kalau ada akaun FB, pantau siapa kawan FB yang anda terima. Jika jenis yang suka lepas geram kat orang dan asyik nak mengarut dalam dinding FB nya, unfriend saja.
- Left grup wasap yang buang masa - Banyak grup wasap, kawan-kawan kampung biasanya yang suka betul share perkara mengerikan. Atau share bab politik kata mengata atau sibuk betulkan aliran agama atau mazhab orang lain. Pendapat itu salah, ini salah dan dia saja betul. Keluar ja dari grup itu.
Untuk selamatkan diri dari benda negatif, sibukkan diri anda dengan kerja dan tunaikan tanggung jawab hidup anda sebaik mungkin.
Cari maklumat atau ilmu dari membaca buku atau portal tanpa iklan yang ajar kemahiran yang baik. Jangan belajar dari media sosial seperti tiktok, fb ig dan sebagainya. Tak ada apa ilmu yang disampaikan dalam 2 atau 3 minit, sebaris ayat dan seumpamanya yang anda boleh kuasai dan gunakan dalam hidup anda untuk berjaya.
Semua itu hanyalah tipu daya hiburan semata. Tinggalkan semua itu melainkan anda mahu hiburkan diri sebentar, layanlah medsos. Tapi bukan niat nak menuntut ilmu dari situ.
saya sudah tidak layan medsos seperti dulu lagi dan masa untuk menatap telefon ikut jadual....supaya masa offline saya lebih banyak daripada online
ReplyDeleteAlhamdulillah! itulah yang terbaik
Delete