Bertanya soalan yang betul sangat membantu untuk anda berjaya dalam perniagaan


Fakta umum yang anda tentu pernah dengar adalah, ramai di kalangan usahawan perniagaannya mati sekerat jalan tak sampai tempoh setahun dari waktu dia memulakan perniagaan. Bagi usahawan yang lepas tempoh setahun pula, belum tentu lagi dia akan selamat melepasi tempoh 5 tahun pula.

Kenapa jadi begitu?

Ada di kalangan kawan yang saya kenal percaya, mereka tidak layak dan tidak sesuai jadi usahawan. Mereka selesa dengan makan gaji saja. Bagi mereka, melihat rakan-rakan lain yang berjaya sebagai usahawan menganggap bahawa rakan mereka itu punyai bakat semula jadi untuk berniaga dan berjaya.

Ramai juga kawan-kawan yang pegang kepercayaan bahawa mereka tidak boleh jadi usahawan, satu ketika dulu pernah berhenti kerja samada secara sukarela atau terpaksa dan memulakan perniagaan. Malangnya perniagaan mereka lingkup dan kehidupan mereka tersiksa. Akhirnya terpaksa masuk semula ke dunia kerja makan gaji.

Fobia dari pengalaman gagal dan hangus kesemua wang simpanan ketika menjalankan perniagaan satu ketika dahulu itu membuatkan mereka nekad untuk terus makan gaji saja sampai pencen. Tertanam keyakinan bahawa menjadi usahawan bukanlah kemampuan yang mereka ada, walaupun pada hakikatnya Perasaan ini menyara kehidupan dengan berniaga masih ada.

Baru-baru ini saya jumpa seorang kawan lama yang sama-sama kerja di sebuah kilang multinasional suatu masa dahulu. Dia terkejut juga bila tahu saya masih kekal jadi usahawan sejak berhenti kerja dulu sampailah sekarang.

Dalam perbualan kami, dia menceritakan bagaimana dia pernah berusaha berniaga setelah mengambil skim henti kerja secara sukarela (VSS) dengan mendapat sedikit pampasan. Semua duit pampasan habis, perniagaan bungkus dan akhirnya dia bekerja makan gaji semula.

Perkara sama yang berlaku pada kawan saya itu bila dia berniaga adalah gagal melenyapkan segala soalan risau yang saya senaraikan di bawah. Dari pengamatan saya, apa yang orang berhenti kerja dan berniaga sering fikirkan bila mulakan berniaga dahulu adalah semua soalan berikut.

  • Bolehkan aku dapat pelanggan?
  • Bolehkah aku sara anak bini dengan bisnes aku ini?
  • Bolehkah aku bertahan dengan bisnes ini?
  • Kalau tak ada orang mahu beli produk aku macam mana aku nak sara hidup?
  • Bolehkah aku untung dengan perniagaan ini?
  • Bagaimana jika semua usaha aku gagal?
  • Bagaimana kalau aku tak ada duit nak bayar gaji dan sewa dan lain-lain?

Semua soalan di atas adalah bernas dan perlu diusahakan sehingga anda mendapat jawapan 'YA' dengan yakin. Untuk pastikan anda berusaha mendapat jawapan ya, perkataan 'bolehkan' perlu diubah kepada perkataan 'bagaimana'.

Selagi anda tak ubah perkataan itu dan mula bergerak mencari jawapan, selagi itu kemungkinan untuk anda gagal ada sangat tinggi. 

Soalan 'bagaimana' hanya perlu di jawab dengan mencuba apa saja idea untuk melihat hasilnya. Sebaik saja ada idea nak buat apa, terus buat saja dan lihat hasil. Banyakkan mencuba dan kurangkan berfikir, brainstorming dan sebagainya. Lebih cepat anda dapat jawapan samada bertul atas salah, lebih pantas anda bergerak menuju kejayaan.

Jika tak ada idea, buatlah apa saja yang boleh. Cuba sampai habis dan lihat hasilnya. Jangan tunggu banyak idea baru nak pilih satu dan buat. Anda tak akan bergerak kalau macam tu dalam perniagaan.

Ketika berhenti kerja dan mula berniaga dulu, tidak ada perkara lain yang saya fikirkan melainkan macam mana nak berjaya. Saya sentiasa bayangkan keadaan berjaya mendapatkan pelanggan pertama, kedua dan seterusnya. Saya juga bayangkan perniagaan membesar, menjana keuntungan dan lain-lain lagi. Boleh ke tak boleh saya tak layan kerisauan itu, hanya fokus macam mana nak bagi boleh.

Buat usahawan dan bakal usahawan, kalau nak terus berniaga, sila fokus pemikiran pada bagaimana nak berjaya, bagaimana nak dapatkan apa yang anda mahu. Tanya macam aman nak buat, bukan tanya boleh ke buat!

Post a Comment

Previous Post Next Post