Bagaimana anda boleh dapatkan semua yang diingini bermula dengan dapatkan ibu duit


Cuba bayangkan senario ini.

Katakan anda ada RM1 juta masuk ke dalam akaun bank. Wang itu adalah hasil pemberian daripada Sultan Brunei yang kagum dengan kebaikan dan sumbangan anda pada negaranya. 

Dengan adanya duit sebanyak itu, masuk sekali gus dalam akaun bank, yang tak pernah anda rasai sebelum ini, terus terbayangkan kereta idaman. Dah lama teringin nak beli sebuah kereta Volkswagen Golf GTI berwarna merah.

Kali ini impian anda itu akan tercapai dengan mudah. Anda akan gunakan duit yang ada itu untuk dapatkannya.

Bagaimana anda uruskan pembelian kereta tersebut dengan menggunakan wang RM1 juta yang anda ada itu?

Cara mudah

Paling cepat yang anda boleh lakukan adalah pergi ke dealer kereta Volkswagen dan beritahu yang anda nak beli kereta sebuah.

Semua pembelian adalah tunai!

Pertama kali, jurujual itu mungkin anggap anda buat lawak. Tapi bila dia lihat anda benar-benar maksudkan nya, dia akan teruja lalui pengalaman julung-julung kalinya dalam hidup sejak menjadi salesman kereta.

Bila dah buat pilihan, anda buka cheque atau di zaman sekarang, hanya perlu buat bank transfer. Anda buat arahan hantar duit ke dalam bank syarikat jual kereta itu lebih kurang RM260k saja. Selepas selesai pembayaran, baki dalam akaun bank masih banyak lagi. Masih ada lebih dari RM600k.

Cara lebih bijak

Jika anda bukan jenis kelam kabut yang boleh tenang bersahaja tanpa tergesa-gesa untuk buat cara di atas tadi. Ada satu lagi pilihan yang lebih bijak.

Anda boleh transfer semua RM1 juta itu ke dalam akaun tabung haji. 

Dengan jumlah simpanan sebanyak itu dalam tabung haji, katakan purata dividen yang TH berikan adalah lebih kurang 3% setahun. Itu sekarang punya dividen, kalau dahulu TH mampu bayanr lebih banyak lagi.

Atau anda boleh semak pasaran kewangan untuk dapatkan dividen maksimum dari simpanan RM1 juta tersebut. Kalau boleh dapat purata 6% macam yang biasa di bayar oleh TH dulu adalah lebih bagus.

Katakan dengan 3%, anda bakal menerima dalam lingkungan RM30,000 setahun yang bersamaan dengan RM2,500 sebulan.

Duit dividen sebanyak itu boleh digunakan untuk bayar ansuran kereta Volkswagen GTI idaman anda tadi. Dengan berbuat demikian, duit RM1 juta itu sedikitpun tak akan luak.

Permainan duit

Begitulah mainan duit jika anda faham ia hanyalah sekadar alat yang digunakan untuk merealisasikan apa yang anda mahu. Anda juga boleh dapatkan apa yang diidamkan lebih banyak lagi dengan cara lain tanpa menggunakan wang atau bank.

Contohnya gunakan wang tersebut sebagai modal membina syarikat yang dapat menjana pendapatan untuk anda dalam RM25k sebulan. Itu hanya gaji yang anda ambil. Untuk kurangkan pembayaran cukai sebab syarikat buat untung, anda boleh beli kereta syarikat. Beli saja Volkswagen GTI merah tu dan biar syarikat bayar setiap bulan.

Dengan berniaga sebegitu, dengan andaian anda bernasib baik dapat peluang bisnes yang kena dengan masa, tempat, keadaan, pasaran dan harga, anda bukan saja dapat 25k tiap-tiap bulan, anda juga dapat kereta idaman yang semua kos termasuk ansuran, selenggara, minyak petrol dan segalanya di bayar syarikat.

Banyak lagi yang boleh dilakukan apabila anda faham permainan duit.

2 Comments

  1. satu idea yang cukup menarik dan ramai yang tertewas apabila berdepan dengan duit....belanja dan belanja itu akan jadi igauan dalam minda..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post