Hidupringkas.com akan ditutup pada bulan June 2025 yang akan datang.


Kalau tak silap, saya mulakan blog hidupringkas.com ini sejak tahun 2008. Bermula perlahan-lahan, asalnya nak tulis pasal hidup secara sederhana. Tetapi beralih sedikit demi sedikit kepada keusahawanan, yang mana saya sendiri menjalani kehidupan sebagai seorang usdahawan, membuatkan idea dan keupayaan untuk menulis berkenaannya jadi lebih mudah.

Dari blogspot, saya pondah ke wordpress. Dari pageview puluhan orang saja sehari meningkat ke ribuan dan ada kalanya lebih dari 10 ribu sehari. Kemudian saya mula perlahankan sedikit aktiviti menulis dan berpindah semula ke blogspot, seperti sekarang ini.

Dan setelah fikirkan secara waras, saya putuskan untuk tamatkan saja blog ini supaya tak perlu nak maintain lagi dan bebaskan diri dari perasaan nak menulis tentang perniagaan di sini.

Saya akan beralih arah menulis secara nota, dan kalau rajin secara panjang di Page Facebook Hidupringkas pula. Masih berkisar tentang keusahawanan, tips bisnes, pengurusan bisnes dan seumpamanya dan tak lupa juga tentang kehidupan yang sederhana.

Bagi anda yang berminat untuk follow lagi penulisan dan perkongsian saya selepas ini, boleh lah pergi like dan follow Page Hidupringkas itu di Facebook.

Kepada yang sudi membaca dan kunjungi blog ini selama ini, saya ucapkan terima kasih. Semua artikel yang ada di sini akan kekal di www.hringkas.blogspot.com

Post a Comment

Previous Post Next Post