Konsep & panduan mencari idea perniagaan yang dapat menjadikan hidup anda berbaloi


“Aku memang nak sangat berniaga, tapi masalahnya tak tau nak berniaga apa!”

Itu adalah ayat yang sering saya dengar daripada mereka yang sedang makan gaji apabila berborak tentang perniagaan. Kenyataan itu biasanya hanya punya 2 maksud.

  1. Blank terus - Tak ada idea langsung nak buat perniagaan apa.
  2. Terlalu banyak idea - Banyak sangat idea yang terpancul dalam kepala sampai jiwa tak tahu nak pilih mana satu.

Ramai juga di kalangan mereka yang ada duit di tahap tak memerlukan sebarang pekerjaan bergaji, ada keinginan nak buat bisnes, tapi blr tak tahu nak buat bisnes apa.

Contohnya, mungkin anda dapat tawaran berhenti kerja secara sukarela dengan diberikan pampasan lumayan mungkin sehingga berjumlah RM500 ribu atau kurang lebih sikit dari itu. Duit sejumlah itu sebenarnya sudah cukup memadai jika anda tidak mahu keluar pergi bekerja lagi, terutamanya jika umur dan lebih 50 tahun.

Lebih bagus duduk rumah buat kerja kampung saja sebab zaman sekarang ini, sebaik saja anda keluar dari kawasan rumah akan ada wang yang terpaksa dibelanjakan. Dengan memiliki wang sebanyak setengah juta tadi, anda mampu menjimatkan banyak duit dan bertahan untuk hidup nyaman dan selesa kalau tahu menguruskannya dengan bijak.

Tapi dah jadi lumrah manusia, bila dah ada satu dia nak 2, bila ada 2 dia nak 10, bila ada 10 dia nak 100 dan begitulah berterusan tak akan pernah puas. Sebab dia mula fikir yang duit sebanyak itu merupakan satu modal yang mencukupi dan agak selesa untuk dia memulakan perniagaan.

Berusaha selagi hidup

Jika tanya saya, kalau ada duit sejuta atau dua dalam bank, adakah saya akan berhenti dari bekerja?

Saya pilih untuk kekal buat kerja. Berbeza dengan cara fikir saya 20 ke 30 tahun dulu ketika masih muda dan fikirkan bahawa duit adalah segala-galanya yang diperlukan untuk rasa hidup atas dunia ini. Sekarang saya faham bahawa bukan duit yang hidupkan saya selama ini, tapi apa usaha yang saya lakukan.

Untuk berusaha anda perlu ada matlamat yang mahu direalisasikan. Bila dah ada matlamat, maka bermulalah adanya komitmen. Samada matlamat itu bakal terlaksana bergantung kepada tinggi mana anda berikan komitmen terhadapnya.

Komitmen itu bererti tanggung jawab yang mana ia membawa anda sentiasa berada dalam keadaan sedang diuji. Dan kebahagiaan serta kesenangan di akhir nanti hanya dapat dinikmati setelah anda lulus dari ujian. 

Semua tersebut menjawab apa yang saya maksudkan bahawa untuk hidup perkara paling utama yang anda perlu ada adalah usaha. Berjaya atau tidak tidak jadi hal. Tapi bagaimana anda berhadapan dengan keadaan itu yang menentukan kehidupan anda seterusnya.

Ringkasnya, anda perlu gunakan apa yang ada secara paling optimum untuk menjalankan perniagaan. Bukan berniaga sebab nak buat duit, macam yang saya sebutkan di atas tu ia bertujuan untuk salurkan semua sumber yang masih ada pada diri anda kepada satu usaha yang membuatkan diri anda hidup.

Usaha yang terbaik

Apa usaha yang terbaik yang anda boleh buat untuk penuhi ruang masa dan keadaan?

Saya senaraikan usaha yang lazimnya manusia buat untuk penuhi ruang masa dan tempat yang dia ada.

  1. Hobi - Ramai orang yang gunakan masa yang ada untuk layan hobi. Buat aktiviti yang beri kepuasan kepada dirinya tanpa ambil peduli samada ia mendatangkan duit atau membuang duit.
  2. Buat jahat - Buat jahat juga memerlukan usaha. Scam orang, rompak, sabotaj, hasut, joli katak dan sebagainya.
  3. Bantu orang - Cari orang yang memerlukan bantuan dan berikan kepada mereka segala bantuan yang diperlukan.
  4. Duduk keras tak buat apa - Saya tak tahu jika anda sanggup buat begini atau tidak. Kalau nak tahu betapa sukarnya untuk duduk keras tak buat apa, anda boleh cuba buat sekali di rumah nanti. Tengok berapa lama anda mampu bertahan. Tapi yang pelik, inilah yang ramai bayangkan betapa seronok jika dia tak perlu buat apa-apa.

Dari senarai yang saya buat di atas tu, hanya nombor 1. dan nombor 2. sahaja yang masuk dalam kategori baik untuk dilakukan. Samada anda gabungkan kedua-duanya sekali atau buat secara berasingan. Biasanya untuk dapat satu gabungan antara hobi dengan bantu orang adalah agak rare.

Kita fokus kepada bab bantu orang.

Anda boleh bantu orang tanpa perlu fikir untuk buat perniagaan. Duit dah ada banyak, setengah juta, sejuta atau dua juta tentu boleh saja nak bantu orang kalau mahu. Tapi dengan buat begitu, guna duit yang ada untuk bantu orang, banyak mana sekalipun lama kelamaan akan habis juga.

Oleh itu, cara bantu orang yang paling baik adalah dengan melakukan perniagaan. Cari satu perniagaan yang fokusnya adalah kepada menyelesaikan masalah orang dengan mengenakan bayaran dengan sedikit keuntungan supaya usaha bantu orang itu dapat berterusan sampai selama mungkin.

Jika anda perhatikan, itulah asas utama sesebuah perniagaan. Bila dah faham perkara tersebut, maka usaha untuk mencari idea nak buat perniagaan aa akan menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu fokus kepada soalan ..

Apakah masalah yang dihadapi oleh ramai orang yang anda boleh selesaikan yang mana mereka sanggup bayar untuk mendapatkan penyelesaiannya?

Itu soalan penting dalam mencari apa saja peluang perniagaan yang dapat menjadikan anda hidup. Jika anda berjaya menemuinya, kemudian berjaya menjalankannya, anda akan terus berusaha selagi hidup. Duit yang dijana dari perniagaan itu bukan untuk puaskan nafsu serakah diri anda. Tapi sebaliknya untuk dipusing semula ke dalam perniagaan agar ia terus hidup dan dapat berterusan membantu seramai mungkin mereka yang memerlukannya dan selama mana yang boleh.

Cari masalah

Bila dah faham apa yang saya terangkan di atas tu, anda tentu sedar betapa baiknya bertemu dengan masalah. Ia merupakan petanda awal wujudnya satu peluang perniagaan yang baik untuk difikirkan. 

Bermula dari sekarang, di mana saja anda berada, buka mata dan lihat kepada masalah. Catit dan buat senarai untuk jadi bahan kajian anda dalam merangka satu bisnes yang boleh diusahakan Lagi banyak urusan yang anda libatkan diri dalam kehidupan seharian, bertambah banyak masalah yang anda akan hadapi, bermakna makin panjang senarai peluang perniagaan yang anda boleh lakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post