Malaysia, 2 November 2020– Cabaran wabak COVID19 tidak menghalang syarikat AOne meraih pelaburan berjumlah RM2juta daripada Wavemaker Partners, sebuah syarikat pelaburan yang terkenal di Asia Tenggara yang lazimnya melabur dalam syarikat-syarikat pemula atau ‘startup’.
Selain itu, pada awal bulan April 2020, AOne menerima pelaburan daripada ScaleUp Ventures Malaysia sebagai salah satu syarikat yang tersenarai dalam ‘Top 10’ dalam program ScaleUp Accelerator.
Malah, AOne juga memperolehi geran berjumlah RM300 ribu daripada Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi kerajaan yang membantu syarikat-syarikat pemula khasnya dalam bidang teknologi dengan inisiatif untuk mengkomersialkan dan memajukan bisnes mereka secara global.
AOne merupakan sebuah syarikat edu-tech yang menyediakan ‘B2C marketplace’ dan sistem pengurusan ‘B2B’ yang membantu pusat pembelajaran di seluruh Asia Tenggara dalam pengurusan akademik dan pentadbiran secara menyeluruh.
Salah satu produk mereka, AOneSchools membantu pusat pembelajaran seperti pusat tuisyen, tadika dan taska dalam pengurusan maklumat pelajar dan sekolah secara automatik dan sistematik.
Selain menyediakan perisian ‘B2B’, AOne juga menyediakan platform ‘B2C marketplace’ – AOneLearn, yang bertujuan menghubungkan pusat pembelajaran dan para pendidik dengan orang ramai selaras dengan visi AOne iaitu “Anyone can teach, everyone can learn”.
B2B SaaS untuk Para Pendidik
Diasaskan pada tahun 2015, AOne mengasaskan ‘marketplace’ atas talian untuk memudahkan orang ramai mencari kelas tuisyen.
Tambahan pula, pada tahun 2018, AOne bawah tampuk kepimpinan pengasasnya, Dr Darren Gouk telah meninjau dan mempertimbang cabaran dalam industri pendidikan, justeru melancarkan sebuah sistem bernama AOneSchools yang dapat membantu pusat pembelajaran dalam urusan pendaftaran pelajar baharu, penjadualan kelas dan kutipan yuran pelajar.
Kini, terdapat sebanyak 800 pusat pembelajaran yang menggunakan perkhidmatan AOne dalam pengurusan operasi harian mereka, merangkumi 50,000 kelas dan lebih daripada 100,000 orang pelajar dan pendidik di seluruh Asia yang majoritinya bertempat di Malaysia dan Singapura.
Dalam tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang, AOne merancang untuk menggunakan duit pelaburan yang diperoleh baru-baru ini untuk meluaskan pasaran ke Asia Tenggara dan menaiktaraf produknya dalam sector pendidikan
Semua boleh belajar dengan AOne
Meskipun berhadapan dengan cabaran ekonomi akibat penularan wabak COVID19, AOne berjaya meraih keyakinan pelabur.
Dengan inisiatif dan bantuan kerajaan Malaysia dalam menggalakkan operasi digital dalam kalangan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), AOne berjaya meneruskan perkembangan yang mampan.
Gifted-Child Group, sebuah tadika dan taska yang bertempat di Kuching, Sarawak telah bermula mengendalikan operasi mereka secara digital dengan penggunaan sistem AOne semasa pelaksanaan PKP.
Jenny Jee, pengusaha tadika dan taska tersebut berkata bahawa sistem AOne telah mendapat maklum balas positif daripada pihak ibubapa serta kakitangannya, khususnya dari segi pembayaran yuran atas talian.
“Para ibubapa perlu hadir secara fizikal untuk menjelaskan bayaran dan menerima resit pembayaran dahulu. Dengan adanya sistem ini, para ibubapa dapat membuat bayaran melalu aplikasi telefon dan menerima e-resit”, jelas beliau.
Tambahan itu, pengasas Kickstart Gymnastics di Kuala Lumpur, Wan Dina Norazin berkata bahawa sistem AOne banyak membantu pusat gimnastik kanak-kanak mereka, khususnya dalam proses tempahan kelas dan sangat berguna demi memastikan setiap pelajar dan pusat mereka mematuhi SOP.
Malah, ibubapa senang mengatur kelas gantian anak mereka melalui aplikasi telefon.
“Beliau (Darren) yang berpengalaman mengendalikan 3 buah pusat tuisyen matematik telah mengasaskan AOne berlandaskan keperluan pusat pembelajaran, ibubapa dan pelajar”, kata Gavin Lee, salah seorang Rakan Kongsi di Wavemaker Partners.
Beliau berkata, “AOne bukan sahaja berguna dalam mengurangkan pengurusan hal pusat pembelajaran secara manual, malah banyak menolong ibubapa dan pelajar dalam urusan penjadualan kelas dan pembayaran yuran.
Meskipun menghadapi cabaran, mereka (AOne) tetap mengembangkan perniagaan mereka dan menempuhi pasaran di Singapura termasuk The Collective Knowledge, Frankel Tutors, My Chinese Steps, dan lain-lain.
Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada AOne dalam bisnes B2B SaaS ‘edu-tech’ dan menjadikan pengurusan pendidikan lebih sistematik dan mesra pengguna.”
Dr. V. Sivapalan, pelabur dan rakan kongsi dari ScaleUp Malaysia juga bersetuju dengan pendapat Lee: “Kami sangat kagum dengan Darren dan pasukannya di AOne. Mereka membuktikan bahawa ketabahan dan kecekapan dalam pengurusan perniagaan mereka membolehkan mereka untuk meraih pelanggan dan pengguna sistem meskipun menghadapi cabaran wabak COVID19. Dengan pelaburan ini, kami percaya bahawa AOne dapat menempa nama dalam sektor pendidikan di Malaysia dan seterusnya di persada dunia”.
Visi AOne adalah untuk mencipta sebuah super-app pendidikan, bermula dengan B2C marketplace, sistem pengurusan B2B dan sistem pembayaran automatik untuk para pendidik di seluruh Asia Tenggara.
Dengan pelaburan yang diterima baru-baru ini, syarikat AOne bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam industri pendidikan dalam negara.
Tentang Wavemaker Partners
Wavemaker Partners merupakan sebuah syarikat ‘venture capital’ peringkat awal di Asia Tenggara dalam bidang keusahawanan dan teknologi.
Semenjak tahun 2012, pelaburan dalam 116 daripada keseluruhan 135 syarikat (85%) adalah daripada bidang keusahawanan dan teknologi.
Portfolio kami termasuk syarikat ‘start-up’ yang berasaskan perisian, AI, ‘cybersecurity’, ‘precision agriculture’, ‘cleantech’, ‘additive manufacturing’, dan ‘laser communication’.
Pelaburan baru-baru ini termasuk pengambilalihan TradeGecko oleh Intuit, Moka dan Coins.ph oleh Gojek, Red Dot Payment oleh PayU/Naspers, dan Wavecell oleh 8×8.
Tentang AOne
AOne merupakan sebuah syarikat teknologi Pendidikan yang menghubungkan para pelajar dengan para pendidik menggunakan platform B2C marketplace, serta membantu pemilik pusat pembelajaran dengan menyediakan sistem pengurusan yang bersifat menyeluruh.
Sistem AOne kini digunakan oleh para pendidik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, dan Macau.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dr Darren Gouk
Pengasas Syarikat AOne
Emel – darren@myaonelearning.com
No. Tel – +6017-7105840
1 comment
Banyak perkara yang boleh dipelajari dengan AOne dalam suasana negara dilanda penularan wabak COVID-19. Untuk mendapatkan keyakinan pelabur bukan satu hal yang mudah. Terima kasih di atas bantuan kerajaan Malaysia yang memperkenalkan inisiatif galakan operasi digital untuk sektor PKS terus berkembang.