Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Berita

Berita Bisnes – Syarikat teknologi dari Tokyo, Terra Drone Corp bertapak di Malaysia

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/06/2020
  • No comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
Terra Drone Technology Malaysia Sdn Bhd (TDMY) akan menyediakan pemetaan dron (drone survey), pemeriksaan (inspection) dan perkhidmatan perindustrian untuk pelbagai industri

Saya kongsikan berita menarik yang saya terima berkenaan sebuah syarikat teknologi yang berpusat di Tokyo. Nama syarikat itu Terra Drone.

Jika anda memang ada minat terhadap teknologi dan industri yang berkaitan dengan penggunaan drone, berita ini memang khas untuk anda.

Saya kongsikan kat bawah ni siaran media yang mereka lampirkan kepada saya.

Terra Drone Corporation perkukuh kedudukan di Asia Tenggara selepas melebarkan sayap di Malaysia

Terra Drone berhasrat untuk bekerjasama dengan penggiat dron tempatan bagi menjalankan perkhidmatan dalam bidang minyak dan gas (O&G), Telekomunikasi, Tenaga, Pembinaan, Pertanian dan Agensi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2020: Terra Drone Corporation (TDJP), sebuah syarikat teknologi yang ditubuhkan di Tokyo yang juga salah satu Penyelia Perkhidmatan Pesawat Udara Tanpa Pemandu atau Unmanned Aerial Vehicles (UAV), kini secara rasminya bertapak di Malaysia.

Kini beroperasi di lebih 15 negara, TDJP telah menubuhkan entiti terbaik Terra Drone Technology Malaysia Sdn Bhd (TDMY) di Kuala Lumpur pada 24th February 2020.

Dengan kewujudan di Technology Park Malaysia, TDMY akan menyediakan pemetaan dron (drone survey), pemeriksaan (inspection) dan perkhidmatan perindustrian untuk pelbagai industri seperti minyak dan gas (Oil & Gas), Telekomunikasi, Tenaga, Pembinaan, Pertanian, Agensi Kerajaan, dan sebagainya.

Pasukan pengurusan Terra Drone Corporation (TDJP)

Objektif kami bukanlah untuk bersaing dengan Penyedia perkhidmatan dron (Drone Service Providers) yang lain, atau menjadi DSP nombor 1 di Malaysia.

Akan tetapi, objektif utama TDMY adalah untuk membawa teknologi dunia perindustrian TDJP ke Malaysia dengan hasrat untuk memangkin kemajuan dan Revolusi Perindustrian (Industrial Revolution) industri dron di Malaysia.

Bagi mencapai hasrat ini, Pengarah Urusan/CEO TDMY, Izwan Zainal Abidin berkata,

“Kami akan berkolaborasi dengan badan-badan kerajaan di Malaysia seperti Technology Park Malaysia (TPM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM), dan lain-lain, dan semua DSP di Malaysia dan serantau, tidak kira samada mereka adalah bakal partner, pengguna mahupun pesaing. Kami teruja untuk bekerjasama dengan semua pihak, demi kebaikan industri dron secara umum, dan juga demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.”

Dengan kemampuan pembuatan UAV TDJP di seluruh Asia dan Eropah, TDMY mampu untuk menampung kapasiti pembuatan dan pengeluaran pelbagai jenis dron TDJP terutamanya ketenteraan, LiDAR, Ultrasonic (UT), VTOL, pemetaan, GIS perlombongan bawah tanah, dan sebagainya.

TDMY boleh menyediakan dron-dron ini kepada pasaran Malaysia melalui pembelian dan penjualan langsung, penyewaan, mahupun melalui Drone as-a Service (DaaS).

“Dengan semangat untuk berkolaborasi Bersama entiti-entiti lain, TDMY amat teruja untuk menyediakan kepada pasaran terbuka, termasuk kepada pesaing-pesaing kami pelbagai perkhidmatan software dan applikasi dikuasakan oleh AI, dari pengeluar software TDJP di seluruh dunia,” ujar Toru Tokushige, CEO/Pengasas Terra Drone Corporation.

Objektif utama TDMY adalah untuk membawa teknologi dunia perindustrian TDJP ke Malaysia dengan hasrat untuk memangkin kemajuan dan Revolusi Perindustrian (Industrial Revolution) industri dron di Malaysia.

Pada tahap tertentu, TDMY boleh juga menyediakan Platform as-a Service (PaaS) dan Software as-a Service (SaaS), pada harga dan terma-terma yang menarik.

Akhirnya, bagi mereka yang tidak mahu untuk memiliki, membeli atau menyelia hardware, dan juga tidak mahu mengeluarkan wang duit dalam merekruit pembina software (software developer) dan programmer untuk membina software, TDMY boleh menjadi Drone Service Provider (DSP) mereka juga.

“Lagipun, TDJP sudah berada di industri sejak tahun 2016, kami sudah mampu untuk hadapi cabaran-cabaran yang mendatang”, tambah Toru Tokushige.

-TAMAT-

Mengenai Terra Drone Corporation

Terra Drone Corporation merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan perindustrian dron terbesar di dunia dengan memiliki lebih 500 tenaga pekerja, di tubuhkan pada tahun 2016.

Ibu pejabat syarikat yang beroperasi di Tokyo, Jepun, dengan 25+ anak syarikat di seluruh dunia merangkumi APAC, Europah Bersatu, Amerika Selatan, dan kini Afrika.

Terra Drone menyediakan teknologi dron yang inovatif dikuasakan oleh LiDAR, pemetaan fotogrametrik surveying untuk sektor pembinaan, tenaga, serta minyak dan gas.

Terra Drone merupakan pakar dalam bidang hardware berkuasa tinggi, software yang canggih, perkhidmatan dron, dan sistem pengurusan trafik (traffic management systems / UTM).

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Izwan Zainal,
Pengarah Urusan / CEO
+6019 599 9664 / izwan@terradrone.com.my, izwan@terra-drone.co.jp

Firdaus Ismail,
Pengurus Perniagaan
+6011 2365 9778 / firdaus@terradrone.com.my / firdaus.ismail@terra-drone.co.jp

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berita
  • bisnes
  • drone
  • maklumat bisnes
  • peluang bisnes
  • teknologi
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Berita

Satu lagi syarikat hantar makanan dan barang runcit di Malaysia – SwitzGo

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/06/2020
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/06/2020
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • Berita

Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

Read More
  • 3 min
  • Berita

Pertandingan menarik hadiah lumayan anjuran Bursa Malaysia dan CGS-CIMB untuk anda yang kaki main saham turut sertai

Read More
  • 3 min
  • Berita

Khas untuk anak muda – Tawaran untuk bersaing dalam Cabaran Kewangan Inklusif Digital 2020

Read More
  • 4 min
  • Berita

AOne, syarikat edu-tech, raih pelaburan RM 2 juta meskipun dilanda COVID-19

Read More
  • 2 min
  • Berita

INAI2U lancar platform digital untuk menyokong lebih daripada 350 ejen

Read More
  • 5 min
  • Berita

Perusahaan tanaman organik sangat menarik untuk anda usahakan sebagai bisnes

Read More
  • 3 min
  • Berita

BEST Inc. Perluas Perkhidmatan Penghantaran Segera ke Asia Tenggara

Read More
  • 6 min
  • Berita

Satu lagi syarikat hantar makanan dan barang runcit di Malaysia – SwitzGo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.