Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Berita

Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 27/01/2021
  • One comment
  • 4 minute read
Total
1
Shares
1
0
0
0
0
0

Farmasi dalam talian menerima mata wang kripto dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki dan dicapai untuk rakyat negara ini

Goobat.care

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2021 – Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.

Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi

“Peminat mata wang kripto kian meningkat di Malaysia. Malah, kami mendengar dan mengetahui bahawa terdapat permintaan yang kian meningkat daripada pengguna yang mahukan penerimaan Bitcoin dan mata wang kripto sebagai pilihan bayaran, justeru kami percaya ini adalah langkah yang tepat”

Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi

Bitcoin telah wujud sejak 2009.

Perkembangannya di pasaran kewangan sejak awal lagi menempatkan kedudukannya sebagai mata wang baru yang sah, sehubungan itu menempatkannya sebagai satu bentuk bayaran baru dalam pasaran yang kian berkembang.

“Goobat percaya bahawa mata wang kripto adalah masa hadapan untuk kewangan. Kami telah menyaksikan bagaimana ia memperoleh penerimaan dan keyakinan dalam penggunaan di seluruh dunia.

“Beberapa bank pusat dilaporkan akan mula meneroka dan menerima pakai mata wang kripto ini. Sebagai sebahagian daripada industri runcit, kami merasakan ianya penting dan tepat pada masanya untuk mendidik orang ramai bahawa urusniaga Bitcoin adalah selamat, dan para pengguna masih mempunyai kawalan terhadap wang di dalam dompet mereka sepenuhnya,” kata Looi.

Urusniaga Bitcoin di kedai laman sesawang Goobat.Care akan menggunakan laluan Bitpay – laluan penjelasan kripto berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga penyedia terbesar di dunia bagi perkhidmatan bayaran blockchain.

Logo Goobat

Looi menjelaskan, faktor penubuhan kedai dalam talian berkenaan adalah hasil kesedaran bahawa kebanyakan farmasi di kawasan pinggir bandar tidak menyediakan rangkaian produk sepenuhnya. Malah, disebabkan kurangnya skala ekonomi, farmasi-farmasi tersebut lebih cenderung memasarkan produk pada harga yang lebih mahal.

“Apabila kami menubuhkan Goobat.Care, kami mahu memastikan yang kami dapat membantu pengguna pinggir bandar mendapatkan keperluan mereka. Justeru kini kami mempunyai lebih daripada 3,000 produk disediakan secara dalam talian, pada harga mengikut kemampuan mereka,” kata Looi.

Bukan hanya ia memberikan pilihan untuk membeli-belah mengikut keselesaan mereka, terdapat juga sepasukan 15 kakitangan yang cekap bekerja pada bila-bila masa di Goobat.care.

Pasukan tersebut terdiri daripada unit teknologi, operasi dan tiga ahli farmasi yang mana perkhidmatan mereka tersedia menerusi WhatsApp.

Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.

Sebaik sahaja pembelian berjaya disempurnakan di Goobat.care, pelanggan di Lembah Klang boleh memilih untuk menerima produk mereka melalui Penghantaran Segera dalam tempoh 3 Jam atau pilihan Penghantaran Standard iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Pilihan kedua adalah untuk pelanggan di seluruh negara.

Goobat memastikan ia akan menyediakan pengendalian khas untuk beberapa produk yang mungkin sensitif kepada suhu atau boleh terjejas disebabkan perubahan kelembapan seperti probiotik dan ubat-ubatan lain.

Di masa hadapan, Goobat.care merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih dan menambah lebih banyak bahasa pada platformnya menjelang akhir Januari 2021.

Berdasarkan pelancaran digital dan perkembangannya, Goobat mensasarkan untuk mencapai 100,000 pengguna berdaftar dalam beberapa bulan berikutnya dan perolehan sebanyak RM10 juta bagi suku pertama tahun 2021.

Platform berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan dan dihasilkan khas untuk rakyat Malaysia sebelum ia diperluaskan ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan India, jelas Looi.

Diasaskan pada Ogos 2019 di bawah syarikat induk Health Estate Sdn Bhd, Goobat Sdn Bhd – pengendali kedai dalam talian Goobat.care – telah dilancarkan pada 11 Disember menggunakan platform sumber-terbuka yang boleh diubah suai sepenuhnya pada awan Amazon Web Services (AWS).

“Kami menyatukan konsep data raya (big data) di dalam teras semua touchpoint. Matlamat akhir kami adalah untuk membina model artificial intelligence (A.I.) di masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami.

“Dalam jangka panjang, model A.I. ini akan mengenal pasti kumpulan berisiko berdasarkan corak penggunaan mereka atau corak pembelian di luar Goobat.care, dan kami akan memberikan saranan peribadi untuk produk suplemen tambahan kepada para pelanggan kami,” tambahnya.

-TAMAT-

Mengenai Goobat

Selama berdekad lamanya, industri penjagaan kesihatan digital tidak memperlihatkan perkembangan ketara. Sehubungan itu, kami bermatlamat untuk menjadi salah satu perintis dalam membawa penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Goobat diasaskan pada Ogos 2019 dengan wawasan dan misi yang jelas untuk melonjakkan penjagaan kesihatan digital yang kian berkembang dalam industri.

Kita mengetahui bahawa pembelian secara dalam talian kini merupakan gaya hidup sedunia dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kini menjadi keperluan dan bagi sesetengah orang, ia masih menjadi hak istimewa yang sukar didapati.

Justeru, Goobat bermatlamat untuk mengurangkan jurang di antara rakyat Malaysia dan penjagaan kesihatan.

Kami berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan menawarkan produk kesihatan & kecantikan yang dihantar ke pintu rumah anda dalam tempoh 3 jam*.

Setiap orang juga akan menerima manfaat daripada rangkaian produk dan perkhidmatan kami yang meluas serta artikel penjagaan kesihatan yang menyeluruh di laman sesawang kami.

Secara ringkasnya, kami berasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membawakan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki, diakses dan dicapai oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Asher Looi
Pengasas Bersama
+60 19-299 8833
asher@healthestateberhad.com

1
0
Share 1
Tweet 0
Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • siaran berita
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Pemasaran

Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche

  • Wan Hairul Azzuan
  • 26/01/2021
Read More
Next Article
  • Kewangan

Penentuan harga produk atau servis dalam perniagaan khas untuk yang baru berniaga

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/01/2021
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Berita

Pertandingan menarik hadiah lumayan anjuran Bursa Malaysia dan CGS-CIMB untuk anda yang kaki main saham turut sertai

Read More
  • 3 min
  • Berita

Khas untuk anak muda – Tawaran untuk bersaing dalam Cabaran Kewangan Inklusif Digital 2020

Read More
  • 4 min
  • Berita

AOne, syarikat edu-tech, raih pelaburan RM 2 juta meskipun dilanda COVID-19

Read More
  • 2 min
  • Berita

INAI2U lancar platform digital untuk menyokong lebih daripada 350 ejen

Read More
  • 5 min
  • Berita

Perusahaan tanaman organik sangat menarik untuk anda usahakan sebagai bisnes

Read More
  • 3 min
  • Berita

BEST Inc. Perluas Perkhidmatan Penghantaran Segera ke Asia Tenggara

Read More
  • 3 min
  • Berita

Berita Bisnes – Syarikat teknologi dari Tokyo, Terra Drone Corp bertapak di Malaysia

Read More
  • 6 min
  • Berita

Satu lagi syarikat hantar makanan dan barang runcit di Malaysia – SwitzGo

1 comment
  1. mrhanafi says:
    28/01/2021 at 10:32 pm

    Info yang masih baru buat saya..

    walaupun Bitcoin pernah saya baca sebelum ini dalam beberapa blog

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
    • Keusahawanan
    • Tabiat
    Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.