Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
556
2K
278
14
0
  • Berita

INAI2U lancar platform digital untuk menyokong lebih daripada 350 ejen

  • 02/11/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
1
Shares
1
0
0
0
0
0
Lebih banyak PKS menyedari kepentingan aplikasi digital sejak penularan COVID
Sistem Baru INAI2u

Pulau Pinang, Malaysia – 30 Oktober 2020: Inaidamia Sdn Bhd, syarikat yang memasarkan produk inai asli, halal & selamat bakal melancarkan sistem ejen INAI2U sebagai penambahbaikan bagi menggantikan sistem pengurusan ejen yang sedia ada.

Objektif utama penggunaan sistem ejen INAI2U adalah bertujuan untuk menjamin pengurusan dalam ekosistem jaringan pengedar yang lebih cekap dan akan membantu para pengedar untuk menguruskan perniagaan dan pasukan dengan lebih sistematik.

Beberapa penambahbaikan yang terdapat dalam INAI2U adalah sistem pendaftaran pengedar dan pembelian yang lebih bersistematik. Paparan laporan data jualan, ranking pengedar berasaskan KPI juga turut diaktifkan dalam sistem ejen INAI2U ini.

Selain dari itu, pihak syarikat juga akan menyediakan bahan-bahan pemasaran bersepadu untuk digunakan oleh pengedar dan ejen di seluruh Malaysia.

Sistem baru ini juga turut memberikan nilai tambah dan perkongsian keuntungan yang lebih baik dan telus pada semua pengedar dan ejen yang berdaftar.

Penyata pendapatan juga boleh dimuat turun secara automatik setiap bulan untuk memudahkan dokumentasi.

Paling menarik dan unik sekali ialah sistem baru ini turut membolehkan pendapatan pengedar untuk diwarisi. Maklumat waris boleh dimasukkan ke dalam sistem semasa pendaftaran.

Amirul Naain Zulkhairi, Ketua Pegawai Eksekutif Inaidamia bersama isteri beliau Noorhazlinda Ridzuan, Pengasas Inaidamia

“Sistem pengurusan ejen baru Inai2u ini bakal memberi manfaat kepada lebih 356 pengedar sedia ada dan mampu menampung jumlah pengedar serta ejen yang lebih ramai.

Sistem ini antara lain turut menyediakan khidmat pengeposan secara berpusat melalui ibu pejabat. Ini mengurangkan keperluan pengedar untuk berurusan di luar rumah sekaligus risiko jangkitan virus Covid-19 serta kemalangan dapat diminimumkan”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Inaidamia, Amirul Naain Zulkhairi.

“Dalam krisis Covid-19 ini, sistem pengurusan INAI2u ini disediakan untuk membolehkan pengedar dan ejen untuk lebih fokus pada jualan dan tambah pendapatan. Yang lain-lain akan diuruskan oleh syarikat”, katanya.

Sistem Ejen INAI2U adalah sistem yang beroperasi sepenuhnya secara atas talian. Para pengedar boleh melayari https://inaidamia.my/login/ untuk mengakses sistem ejen INAI2U.

Objektif peralihan kepada sistem ini diyakini akan memberi impak positif dalam perkembangan syarikat dan pengurusan sistem pengedar yang saban hari semakin meningkat keahliannya.

Set Inaidamia

-TAMAT-

Mengenai Inaidamia Sdn Bhd

Inaidamia Sdn Bhd adalah syarikat yang memasarkan produk inai daun asli yang halal, dan selamat digunakan yang beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Inaidamia adalah jenama peneraju dalam pasaran inai daun asli & halal dengan rangkaian produk-produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rangkaian kedai dan pengedar produk Inaidamia ada di seluruh Malaysia. Dapatkan maklumat terkini di www.inaidamia.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Ridzzaida Ridzuan,
marketing@inaidamia.com
013-2223203

1
0
Share 1
Tweet 0
Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Mula berniaga

Bagaimana saya mulakan bisnes pest control tanpa ada sedikitpun pengalaman dalam industri – Intro

  • 02/11/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Berita

AOne, syarikat edu-tech, raih pelaburan RM 2 juta meskipun dilanda COVID-19

  • 03/11/2020
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Berita

Pertandingan menarik hadiah lumayan anjuran Bursa Malaysia dan CGS-CIMB untuk anda yang kaki main saham turut sertai

Read More
  • 3 min
  • Berita

Khas untuk anak muda – Tawaran untuk bersaing dalam Cabaran Kewangan Inklusif Digital 2020

Read More
  • 4 min
  • Berita

AOne, syarikat edu-tech, raih pelaburan RM 2 juta meskipun dilanda COVID-19

Read More
  • 5 min
  • Berita

Perusahaan tanaman organik sangat menarik untuk anda usahakan sebagai bisnes

Read More
  • 3 min
  • Berita

BEST Inc. Perluas Perkhidmatan Penghantaran Segera ke Asia Tenggara

Read More
  • 3 min
  • Berita

Berita Bisnes – Syarikat teknologi dari Tokyo, Terra Drone Corp bertapak di Malaysia

Read More
  • 6 min
  • Berita

Satu lagi syarikat hantar makanan dan barang runcit di Malaysia – SwitzGo

Read More
  • 4 min
  • Berita
  • Pemasaran

Ini senarai jenama yang dilihat membantu rakyat Malaysia ketika Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.