Siapa yang tak pernah bercakap tentang kejayaan?
Tak ada mana-mana manusia normal yang tak pernah bincang atau sebut perkara yang menyentuh kejayaan ini.
Semua orang mahu berjaya berdasarkan takrif masing-masing terhadap kejayaan.
Secara umumnya, kebanyakan daripada kita mengejar kejayaan. Tetapi samada sedar atau tidak, kejayaan diimpikan kerana ia menjanjikan 4 perkara:
- Wang ringgit yang banyak. Ini tak payah diterangkan. Budak sekolah rendahpun tahu kelebihan miliki banyak duit
- Kedudukan. Banglow besar di lokasi berprestij. Kereta besar, pangkat besar, pejabat besar dan seumpamanya merupakan idaman majoriti manusia walaupun seseorang itu dalam keadaan menggemis di jalanan.
- Pangkat. Dari zaman Firaun hingga kini, manusia tak akan melepaskan peluang jika diberikan pangkat. malah ada yang sanggup sabotaj dan lakukan apa saja jika dijanjikan kenaikan pangkat yang gilang gemilang.
- Populariti. Ada manusia yang bersusah payah semata-mata untuk mengecapi populariti. Panjat gunung tertinggi dunia. Melalak atas pentas, berdemo atas jalanraya, keluarkan kenyataan kontroversi dan sebagainya menjanjikan populariti. Walaupun diri sendiri sengsara, segalanya sanggup diharungi bila dirinya dikagumi ramai.
- Kedekut piang
- Panas baran dan mulut ringan mencrut dan memaki hamun
- Keras kepala
- Idea aku saja yang betul
- Rasuah
- Menipu bila ada peluang dan berusaha menipu jika tak ada peluang.
- Tidak jujur dalam urusan perniagaan
- Tamak haloba
- Dengki
- Dan lain-lain
“Kejayaan sebenar adalah membaiki diri sesempurna mungkin dengan melazimkan diri kepada segala amalan serta akhlak terpuji sehinggalah maut datang menghampiri. Oleh itu jangan terperangkap dengan kepercayan karut apabila kita telah berjaya.”
2 comments
moga kita di jauhkan dari sifat2 mazmumah…
amin