Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
670
2K
308
13
0
  • Falsafah

Usahawan merdeka

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 31/08/2013
  • 28 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Bendera MalaysiaKenapa anda jadi usahawan? apakah anda mahu jadi usahawan merdeka?

Antara sebab paling popular kenapa ramai usahawan berhenti kerja makan gaji dan berniaga adalah untuk mengecapi kemerdekaan.

Usahawan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding mereka yang makan gaji dari segi masa dan tindakan.

Menjadi usahawan bermakna mereka bebas merdeka untuk mencatur aktiviti serta matlamat mereka sendiri. Tidak ada lagi boss di atas yang memberikan arahan itu boleh dan ini tidak boleh.

Atas faktor kemerdekaan itulah membuatkan ramai orang yang meleleh air liur untuk mengusahakan perniagaannya sendiri.

Namun begitu, ada banyak lagi perkara yang usahawan perlu bebaskan dirinya menjadi merdeka, jika para usahawan mahu berjaya dan tidak merasa kecewa dengan keputusannya untuk terjun berniaga.

Berikut beberapa senarai yang boleh difikirkan oleh para usahawan untuk membebaskan diri mereka dan menjadi usahawan merdeka:

  1. Untuk berjaya dan mengumpulkan kekuatan untuk berhenti kerja dan berniaga, para usahawan atau lebih tepat lagi bakal usahawan perlu bebaskan dirinya daripada perasaan ketakutan. Hanya mereka yang merdeka dari ketakutan kepada makhluk sahaja akan berani berdikari. Usahawan merdeka hanya meletakkan ketakutan pada Allah.
  2. Usahawan juga perlu merdekakan dirinya daripada risau menghadapi kritikan orang ramai termasuklah keluarga atau sahabat handainya. Risau dengan kritikan walaupun nampak kecil merupakan salah satu faktor paling besar yang menghalang usahawan untuk berjaya.
  3. Usahawan juga perlu bebaskan dirinya daripada terikut-ikut gaya atau kehidupan usahawan lain yang berbeza hasil pendapatan serta kemahiran berbanding dengan dirinya. Jika usahawan tidak merdeka dari segi itu, maka apa saja orang lain buat dia turut sama nak buat. Padang di seberang sering kelihatan lebih hijau daripada padang di mana dia berada.
  4. Usahawan juga perlu bebas merdeka dari sikap ego yang keterlaluan sehingga tunjuk ajar atau cadangan orang lain dirasakan tidak bernilai. Untuk berjaya para usahawan perlu seimbangkan antara yakin dengan bersikap terbuka dengan perkara baru bagi mencapai matlamat yang lebih besar.
  5. Usahawan juga perlu bebas merdeka daripada terikut dengan kebiasaan amalan orang lain. Berani mencuba cara baru atau berfikir diluar kotak amat membantu untuk kita pergi jauh. Salah satu sebab yang penting membuatkan ramai usahawan melonjak naik ada lah dengan mengamalkan prinsip melangar kebiasaan. Orang putih kata Break all the rules!.
  6. Asas kemerdekaan bagi seorang usahawan sebaik sahaja dia membuat keputusan berhenti kerja makan gaji dan berniaga adalah meletakkan harapan satu-satunya hanya kepada Tuhan yang Maha Esa. Usahawan akan sedar bahawa ketika itu orang yang memasukkan duit ke dalam akaunnya bukan lagi majikan. Orang yang akan menjadi pelanggannya bukan lagi disebabkan oleh kehebatan syarikatnya atau kepakaran usahanya. Sebaliknya semua itu adalah rezki dari Tuhan yang telah ditetapkan sebaik saja ditiupkan roh pada tubuhnya.

Jika usahawan itu seorang yang beriman, dia sebenarnya lebih hampir kepada Tuhannya…dalam keadaan itu dia mengecapi erti kemerdekaan sebenar.

“Kemerdekaan mutlak bagi seorang manusia adalah bilamana dia memperhambakan dirinya hanya pada Allah. Tuhan semesta alam, Tuhan yang menyelamatkan Musa dari Firaun, Tuhan yang menyelamatkan Nabi Nuh dari banjir besar, Tuhan yang menyelamatkan Ibrahim dari api…..adakah anda masih ragu-ragu dengan Tuhan itu?”

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bebas
  • berhenti kerja
  • Kejayaan
  • Merdeka
  • takut hanya pada Tuhan
  • Usahawan
  • usahawan merdeka
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Jualan
  • Pemasaran

Pasal nombor lagi

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 30/08/2013
Read More
Next Article
  • Info Usahawan

Usahawan muda berjaya dari Pulau Pinang yang misteri !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 02/09/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 2 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

4 benda yang boleh digunakan untuk buat perubahan

Read More
  • 4 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Masalah
  • Petua ringkas

Masalah benci suami, guna teknik Miyamoto Musashi

Read More
  • 3 min
  • Falsafah
  • Kejayaan

Perangkap kepercayaan karut dalam kejayaan

Read More
  • 4 min
  • Falsafah
  • Kejayaan

Jika berjaya tak payah berlagak

Read More
  • 3 min
  • Falsafah
  • Kehidupan

Kelaku katak yang ada pada anda

Read More
  • 3 min
  • Falsafah
  • Hidup Ringkas
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Hidup ringkas dan berjaya!

Read More
  • 4 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kerjaya

Kenapa bosan dengan kerja?

Read More
  • 4 min
  • Falsafah
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Petua ringkas

Apa yang boleh kita belajar dari teknik bunuh tikus

28 comments
  1. mhj says:
    11/09/2013 at 8:11 pm

    Ingin berhenti kerja untuk memulakan langkah jadi usahawan tetapi hati sentiasa terlintas kenapa tidak bersyukur dengan kerja yang telah dianugerahkan olehNya…..Bagaimanaye?

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      11/09/2013 at 9:07 pm

      Itu bukanlah satu pemikiran yang salah kerana menjadi usahawan hanyalah satu Fardu Kifayah bukannya Fardu Ain.

      Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja biasanya mengambil tanggung jawab melaksanakan Fardu Kifayah ini.

      Lihat mereka yang menjadi AJK Masjid atau surau, segelintir saja, lihat tugasan selenggara mayat, hanya segelintir saja, lihat ilmuan agama, ilmua sains, ilmuan matematik…hanya segelintir saja.

      Lihat juga CEO Islam, pakar perang Islam, pakar bedah, pakar puan, dan sebagainya…hanya segelintir saja yang sambut seruan Fardu Kifayah.

      Begitu jugalah menjadi usahawan berjaya seperti Syed Mokhtar, Mydin, Al-Ikhsan, Abrar, KPJ,…dlll…

      Sekali lagi ditegaskan…ia hanyalah Fardu Kifayah…hanya untuk mereka yang berjiwa besar sahaja yang sanggup menggalas tugas umah…Wallahu’alam!

      Reply
  2. saljuhumairah says:
    05/09/2013 at 4:12 am

    thanks atas perkongsian bermakna ini. merubah pemikiran sangat susah, tetapi entry ini berjaya… thanks..

    Reply
  3. effort lab says:
    02/09/2013 at 9:08 pm

    No 3 tu agak susah nak kikis. Bila berjaya, kita mesti nak up gaya hidup.

    Reply
  4. ema says:
    02/09/2013 at 12:47 pm

    Salam kemerdekaan, paling banyak negative people di sekelilingi.

    Reply
  5. Irwan Alessa says:
    02/09/2013 at 12:02 pm

    Tetapi malangnya orang kita banyak PhD nya.. pantang nampak orang naik sikit.. tetapi bukan semua..

    Reply
  6. Hafizul says:
    02/09/2013 at 9:28 am

    Usahawan perlu komited dengan tugasnya dengan Allah..hehe..terima kasih atas info yang diberikan..

    Reply
  7. kakiblog says:
    02/09/2013 at 8:06 am

    usahawan merdeka perlu ada wawasan untuk bebas dari pergantungan kepada manusia.

    Reply
  8. Bidadari.my says:
    02/09/2013 at 6:28 am

    Salam merdeka. Semoga kita dapat lari dan menjadi usahawan yang merdeka.

    Reply
  9. onlajer says:
    01/09/2013 at 11:03 pm

    dalam kepala ni macam benda rasa nak buat untuk merdeka dari majikan tapi itu semua bergantung juga kepada ketetapnya

    Reply
  10. Denaihati says:
    01/09/2013 at 9:51 pm

    terima kasih perkongsiaanya. mudahan semua kita jadi usahawan yang beriman dan diredahi Allah.

    Reply
  11. Elih Japahar says:
    01/09/2013 at 8:13 pm

    Memang sukar lari daripada kebiasaan apabila kita dah di didik untuk jadi kuli dr kecil dan kebiasaan orang lain, no. 5 penting utk lebih berani….break the rules!

    Reply
  12. Joe says:
    01/09/2013 at 5:46 pm

    Tak tahulah kalau dapat ke tak nak jayakan bende macam nie. Skrg nie masih buat research. Tengok lah dalam 2 3 tahun lagi, mungkin jadi usahawan kot…

    Reply
  13. blogger lelaki says:
    31/08/2013 at 11:50 pm

    Jadi usahawan untuk merdeka diri dr terus jadi kuli…

    Reply
  14. papa mifz says:
    31/08/2013 at 8:09 pm

    seronok baca entry nih , penuh kata2 nasihat…terima kasih tuan…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:19 pm

      Sama-sama…

      Reply
  15. Razlan says:
    31/08/2013 at 3:17 pm

    Sukar nak ubah mentaliti makan gaji sebab diasuh dari kecil lagi.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:20 pm

      Sukar tapi boleh jika mahu…

      Reply
  16. MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH says:
    31/08/2013 at 2:12 pm

    Ya betul sememangnya itu lah maksud kenapa is pun menjadi usahawan, hehehehe, is nak tanya kelab ini ada ker menawarkan loan atau apa sahaja yang berkaitan dengan modal tambahan? is pernah jumpa satu site, tapi is terlewat sebelum puasa dorang buat, dorang kasi kursus, lepas tu modal 50k takpayah pulang balik lepastu siap kasi duit tambang untuk ke kursus kalau duduk jauh.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:21 pm

      Tak ada…modal ilmu sahaja, dari ilmu duit datang

      Reply
  17. AUC says:
    31/08/2013 at 1:13 pm

    nom 6 terbaikkkk…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:21 pm

      TQ..TQ

      Reply
  18. knah says:
    31/08/2013 at 10:35 am

    suka n3 ni..tima kasih atas perkongsian..=)

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:21 pm

      Sesama…

      Reply
  19. drInspirasi says:
    31/08/2013 at 10:16 am

    Saya sukakan point no.6. Tuhan adalah majikan utama kita

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:22 pm

      Bukan Majikan tetapi Tuhan…!

      Reply
  20. ahmadyani says:
    31/08/2013 at 8:00 am

    Ketakutan pada saya adalah sebab terbesar kenapa seseorang masih tidak mahu membebaskan diri dan meraih kemerdekaan sebagai seorang usahawan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      31/08/2013 at 8:22 pm

      Akan hilang sebaik saja terjun…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.