Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Gaya Hidup

Fokus pada jadikan bisnes anda lebih baik, bukan kejar supaya lebih besar

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 15/06/2020
  • No comments
  • 5 minute read
Total
11
Shares
11
0
0
0
0
0

Pernah dengar pasal Marketoonist?

Baca sekali lalu dah dapat agak. Ada dua perkataan penting kat Marketoonist.

Pertamanya Market dan keduanya Cartoon. Boleh faham yang nama itu tentu ada kena mengena dengan aktiviti pemasaran dan kartun.

Kalau budak kampung jenis suka melawak, dia akan terus kata tentu Mat yang empunya nama Marketoonist tu jenis suka buat kartun punya pemasaran.

Ertinya buat kerja pemasaran yang tak real. Tak masuk akal.

Itu memang makna yang saya, seorang budak kampung, faham akan perkataan kartun. Kalau anda jatuh dari bangunan 20 tingkat, tak akan mati.

Selepas jatuh, hancur, masuk separuh badan dalam tanah, tak jadi apa-apa. Bangun gabuih punggung dan terus jalan.

Itu kartun.

Walau apapun yang anda tafsir dengan nama tu, semuanya betul dan boleh pakai.

Memang Tom Fishburne seorang pengasas kepada sebuah syarikat yang menggunakan kartun untuk tujuan pemasaran. Isi kandungan dalam wadah pemasarannya adalah dengan menggunakan kartun.

Saya tahu pasal Marketoonist dan Tom Fishburne ini bila baca buku ‘Company of One’. Buku yang ditulis oleh Paul Jarvis berkenaan kenapa kekal kecil merupakan satu perkara besar sekarang dalam dunia bisnes.

Menarik kan tajuk buku tu?

Saya cari dan baca buku tu sebab sering disyorkan oleh abang kita ni, Wan Hairul Azzuan. Dia sangat cekap menggunakan FB untuk tujuan iklan. Syarikat besar gunakan khidmatnya untuk uruskan kehadiran mereka di FB.

Mungkin sebab dia tinggal di Kuala Nerang yang senyap sunyi dari Pub & Bistro membuatkan dia sangat berkenan dengan konsep Company of One.

Bila saya buka dan baca kandungan buku tu, memang sangat menarik. Sesuai dengan jiwa saya dan sesetengah orang yang cintakan hidup yang damai.

Cintakan hidup cool jalan lenggang kangkung. Bukan hidup macam tikus yang pecut dalam sangkar berpusing.

Berhenti kerja, berniaga ikut rentak sendiri

Tom Fishburne ni asalnya kerja kat sebuah syarikat besar dalam industri makanan. Jawatannya masa tu Vice President dalam jabatan pemasaran.

Dia letak jawatan sebab nak lukis kartun!

Kalau kawan yang anda kenal baik, sedang kerja sebagai seorang pengurus besar di syarikat korporat, bagi tahu dia nak berhenti kerja dan nak jadi pelukis kartun sepenuh masa. Apa reaksi anda?

Kalau anda memang selama ini sakit hati kat dia, rasa jealous sebab dia sukses dalam kerja, mungkin anda support 100% hasratnya itu. Boleh ada peluang tengok macam mana dia rasa susah peritnya menyungkoq cari makan kat bawah sebagai rakyat marhaen.

Mungkin perkara sama berlaku pada Tom Fishburne.

Tapi, sebaliknya. Keputusan yang dia buat itu adalah sangat baik untuk dia. Baik dari segi kepuasan hidup dan juga kewangan.

Dia susun baik-baik semua perancangan yang dah dia buat untuk berhenti dan melukis kartun sepenuh masa. Memang itu yang dia suka selama ini sejak zaman kanak-kanak. Bila dia sambung belajar buat MBA, dia jadi penyumbang tetap lukisan kartun kat akhbar kampus.

Lepas habis belajar, dia minta kerja korporat. Itu tindakan logik. Lagipun dia bukan calang-calang. Lulusan Harvard. Takkan nak kerja lukis kartun kot.

Lukis kartun tinggal sebagai hobi masa lapangnya. Hobi yang dia lukis untuk kawan-kawan. Dia suka buat lawak pasal gelagat pemasaran korporat dalam bentuk kartun.

Kemudian orang mula share hasil lukisannya. Lama kelamaan mula dapat perhatian.

Lepas itu dia mula dapat permintaan lukis kartun untuk syarikat yang inginkan hasil lukisannya.

Dia buat, masa lepas kerja dan masa weekend. Pelanggan makin tersusun tunggu giliran. Dia dapat duit dan mula simpan sampai mencukupi dan akhirnya dia lambung surat berhenti kerja.

Bisnes bertambah baik bukan tambah besar

Selama 7 tahun (berdasarkan masa penulis buku company of one tulis pasal Tom Fishburn) dia buat kerja lukis kartun secara full time itu, pendapatannya adalah jauh lebih baik dari semua pelukis kartun lain.

Juga lebih baik dari hasil yang dia dapat  masa makan gaji dulu.

Tapi apa yang menarik. Yang jadi fokus tulisan saya kat sini adalah, dia tak tingkatkan pendapatannya dengan besarkan bisnes. Dia tak tambahpun jumlah pekerja, tak besarkan pejabat, tak tambah cawangan atau lantik ajen dan lain-lain seumpamanya.

Dia kekal dengan dirinya sendiri dan isterinya. Buat semua kerja dari rumah sahaja. Ada masa dia perlu pembantu dia pakai freelancers. Banyak masa kerja dia habiskan kat rumah lukis kartun dan layan anak-anak lukis kartun juga.

Nak kata Tom Fishburne tak reti berniaga, tentu dia bukan macam itu. Dia lulusan universiti yang sangat top di dunia. Dia tahu apa yang dia buat. Paling penting dia tahu apa yang dia mahukan. Dia tak mahu ikut jalan biasa yang hampir semua orang meleleh air liur nak buat.

Jalan biasa kebanyakan orang akan buat bila bisnes dah bagus, dia mula rekrut tambah staff. Tambah seorang demi seorang sampai penuh. Kemudian buka cawangan.

Berulang lagi proses tambah staff.

Kemudian buka lagi cawangan, diversify bisnes. Tambah produk. Dari buka workshop repair kereta, dia tambah jual tayar. Kemudian dia buat brake pad sendiri pulak. Lepas tu cari ajen, tawarkan francais dan berterusan ke depan besar dan besar sehingga anda akan dengar dia buat daging perap bersama rempah ayam goreng pulak.

Kemudian anda dengar dia dah ada HQ. Ada holding company yang dibawahnya ada 7 company dalam berbagai industri. Tak lama lepas tu anda dengar dia senaraikan syarikatnya di bursa saham.

Lepas itu dia ada cawangan di luar negara. Rakan niaga dari Bosnia dan Russia. Dah ada projek korek minyak di Balakistan.

Kemudian ceritanya difilemkan, masuk drama pukul 7 dengan bala tentera pekerja yang ramai sampai 200 ribu pekerja!.

Itupun bila interbieu, dia kata kerjanya masih tak habis.

Dia masih rasa kerdil dan ada perancangan untuk luaskan lagi empayarnya 10 kali ganda dari yang ada. Perghhhh …

Itulah kebiasannya.

Dunia korporat.

Tapi itulah yang Tom Fishburn tolak dan lawan arus.

Siapa kata itu cara terbaik dalam menjalankan perniagaan? siapa kata memang macam itu caranya bila ada syarikat?

Siapa kata semua orang kena ikut buat macam itu?

Dia lebih suka ambil konsep jadikan perniagaan lebih baik dan itu tidak semestinya bermaksud perniagaan perlu lebih besar.

Jadi, jika anda juga rasa jenis suka lawan arus. Tak mahu ikut kepala mereka yang telah dibasuh oleh drama pukul 7 petang, anda boleh pertimbangkan konsep ini.

Konsep untuk hanya berikan tumpuan kepada macam mana nak jadikan perniagaan anda, produk, servis dan lain-lain berkaitan lebih baik saban tahun. Lebih baik bermakna pelanggan beratur setia tak mau kat orang lain.

Lebih baik bila anda terpaksa naikkan harga supaya lebih ramai yang tak boleh ikut dan anda tak perlu layan ramai orang sangat. Hanya yang terpilih saja yang akan kekal untuk anda layan. Anda dan pelanggan dah jadi umpama isi dan kuku terpisah tiada.

Paling penting, kehidupan anda kekal selesa. Anda berjaya jadi seorang manusia dan bukannya pelakon dunia korporat yang tak ada kehidupan selain dari meeting dan business trip.

Salah ke besarkan syarikat?

Mungkin ada yang tertanya soalan tu.

Jawapannya, sudah tentu tidak!.

Bagi saya secara peribadi. Fokus pada aktiviti jadikan perniagaan anda itu lebih baik. Baik untuk anda dan baik untuk pelanggan yang anda nak layan.

Jika besar diperlukan. Sebab itu saja satu-satunya cara untuk jadikan syarikat dan perniagaan anda lebih baik, maka besarkanlah. Kalau ada pilihan lain, elok pertimbangkan pilihan lain itu.

Kenapa lebih baik buat macam itu?

Sebab ramai sangat saya jumpa kawan-kawan usahawan yang bila sembang pasal jadikan bisnes lebih baik, dia terus ingat pada besarkan syarikat. Tambah staff, tambah cawangan, tambah isteri supaya ada orang kepercayaan jaga cawangan baru.

Jangan teruja sangat dengan nak tambah cawangan dan segala aksesori bergemerlapan dunia korporat. Depa nak buka cawangan sampai ke Nepal, biarlah kat depa.

Kita fokus pada mencukupkan segala keperluan diri dan menambah baikkan lagi syarikat supaya kekal relevan, tahan lasak dan kukuh zaman berzaman tanpa perlu ke kutub utara dan selatan untuk buka satu lagi cawangan.

11
0
Share 11
Tweet 0
Total
11
Shares
Share 11
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • besarkan bisnes
  • fokus pada kualiti
  • fokus pada kuantiti
  • jadi lebih baik
  • korporat
  • perniagaan cool
  • petua tenang
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Tabiat

Buat 6 perkara ini jika anda rasa tak cukup masa atau terlalu banyak kerja

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/06/2020
Read More
Next Article
  • Berita

Satu lagi syarikat hantar makanan dan barang runcit di Malaysia – SwitzGo

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 18/06/2020
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Tabiat

Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?

Read More
  • 5 min
  • Gaya Hidup

Usahawan bandar perlu jual semua bisnes dan balik bina bisnes kampung

Read More
  • 6 min
  • Gaya Hidup

Kenapa saya tak main forex? – Betulkan kalau saya salah

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup

Jangan habiskan semua pendapatan: Cara jadi kaya #9

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup

Gaya hidup sihat – Jangan duduk

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Kehidupan
  • Kejayaan
  • Masa
  • Petua ringkas

5 petua ringkas kuasai masa

Read More
  • 2 min
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi Bahagia
  • Kehidupan

Inspirasi 10 perkara bahagia #4 – Syed Mohd Radhi

Read More
  • 3 min
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi Bahagia
  • Kehidupan

Inspirasi 10 perkara bahagia #3 – Hidup ringkas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.