Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
549
2K
277
14
0
  • HR Biz Coaching

5 cara untuk tingkatkan perniagaan anda sekarang – Cara pertama

  • 18/09/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Ini sambungan dari artikel yang sebelum ini. Masih dalam bab bagaimana nak tingkatkan perniagaan anda dengan membuat 5 ukuran penting sepanjang proses perniagaan berlaku.

Kebiasaannya, bila sebut bab nak tingkatkan perniagaan, orang akan cerita pasal marketing, marketing dan marketing.

Sebenarnya, itu hanyalah salah satu saja dari cara untuk tingkatkan perniagaan anda. Macam yang saya kongsikan kat 2 artikel sebelum ini, masih ada 4 perkara yang boleh anda lihat dan susun strategi.

Untuk pendekkan artikel kali ini, saya tak mau nak goreng sangat.

Kita terus ke agenda sebenar. Iaitu macam mana nak gunakan kesemua 5 ukuran yang dah anda buat sebelum ini bagi meningkatkan perniagaan yang sedang dijalankan sekarang. Tapi dalam artikel ni, saya akan sentuh cara pertama terlebih dahulu.

#1. Tingkatkan peratusan margin untung bersih

Ini perkara paling mula perlu dilakukan.

Sebab paling utama kenapa anda perlu mula kat sini adalah kerana, ianya percuma dan tak memerlukan apa-apa kos tambahan.

Macam mana nak tingkatkan peratusan margin untung bersih?

Cara pertama naikkan untung

Mudah saja, ‘cut cost’.

Cari kat mana anda boleh jimatkan perbelanjaan pengurusan perniagaan anda sekarang. Tak perlu banyakpun. Sasarkan dalam 10% dah mencukupi. Dengan menjimatkan belanja 10%, anda dah boleh tingkatkan untung bersih mudah.

Cari proses menjalankan perniagaan dari A sampai Z. Lihat mana proses yang sebenarnya tak perlu ada pun tak apa. Pelanggan tak berapa kisah sangat. Potong sikit bajet kat situ.

Kalau anda pantau kesemua perbelanjaan dalam perniagaan, tentu ada saja kos yang boleh dijimatkan.

Cara kedua naikkan untung

Satu lagi cara untuk tingkatkan untung bersih adalah dengan naikkan harga. Ini orang akan marah alau dah terbiasa dengan harga yang anda dah biasa berikan.

Jadi untuk naikkan harga, anda perlu ubah penampilan produk atau servis supaya berbeza dari asal. Mungkin tukar bungkusan dan tambah sikit benda baru. Yang pentingnya berikan persepsi pada pelangan bahawa anda dah buat penambah baikan.

Cara ketiga naikkan untung

Ada satu lagi cara untuk tingkatkan keuntungan bersih perniagaan anda.

Cuba senaraikan kesemua produk atau servis anda. Susun daripada yang paling tinggi peratusan keuntungan sehingga yang paling rendah.

Anda tentu ada lebih dari satu produk atau servis, bukan?

Jadi pastikan anda lihat dan pantau serta baca semua kiraan untung yang prodk tu berikan pada perniagaan anda.

Bila dah tahu mana satu paling tinggi untungnya, anda hanya perlu tingkatkan jumlah produk tersebut dijual.

Mudah tak?

Macam mana nak tingkatkan jualan produk tersebut?

Pastikan dia paling mudah dilihat dan diambil dan dipilih. Masuk saja premis dah tengok, pusing kiri, nampak dia, pusing kanan nampak lagi, pangut kat aas nampak juga, nak bayar nampak lagi…

Dengan buat macam itu saja produk tersebut akan melonjak jualannya.

Tak semestinya pamerkan secara fizikal. Buat poster pun dan letak di semua tempat yang strategipun dah boleh membantu. Paparkan kat FB page, share kat Insta dan sebagainya. Semuanya boleh membantu tingkatkan produk yang anda nak push tu.

Mula buat cara pertama ni, lekas!

OK!

Saya dah kongsikan cara pertama paling mudah untuk dilakukan dengan segera.

Macam yang saya sering sebut. Untuk buat semua aktiviti di atas,anda perlukan banyak data atau maklumat.

Kalau niaga cara koboi tanpa ukur, simpan, dan analisa, tobat tak boleh ikut cara yang saya kongsikan kat atas tu.

Saya suka cara yang sistematik. Sebab ianya lebih mudah untuk dilakukan dan lebih mudah untuk diperturunkan kepada semua pekerja. Dan paling penting, semua aktiviti boleh dijadikan sebagai sistem atau cara bisnes anda beroperasi.

Kalau rasa cemas tak tahu nak mula kat mana, anda mungkin perlukan bantuan seorang mentor atau coach yang faham kesemua ilmu yang saya perturunkan kat atas tu. Hubunginya dan bayar kos untuk dia jadi coach dan mentor anda sampai bisnes anda meningkat.

Selain daripada perlu tahu apa yang perlu dibuat, anda juga perlu ada tenaga dan dorongan untuk membuatnya secara istiqamah sampai jadi. Kat situlah kelebihan menggunakan coach atau mentor bagi membantu anda tingkatkan perniagaan.

Jadi, jangan rasa buang duit untuk gunakan khidmat mereka. Cumanya, pastikan dia memang tahu dan ada kemahiran untuk bantu anda.

Selamat bekerja!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • biz coach
  • HR Biz Coaching
  • naikkan keuntungan
  • panduan
  • tingkatkan bisnes
  • untung bersih
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • HR Biz Coaching

5 angka wajib untuk ukur perkembangan perniagaan anda – Siri 2

  • 17/09/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Gaya Hidup

Kenapa saya tak main forex? – Betulkan kalau saya salah

  • 19/09/2018
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 4 min
  • HR Biz Coaching

Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach

Read More
  • 6 min
  • HR Biz Coaching

5 angka wajib untuk ukur perkembangan perniagaan anda – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • HR Biz Coaching

Dah berniaga? Pastikan anda ukur 5 perkara wajib ini kalau nak mudah maju

1 comment
  1. Perkahwinan antarabangsa says:
    24/09/2018 at 11:18 am

    tips yang sangat mantap sebagai rujukan.terima kasih tuan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
    • Pekerja
    Bagaimana seorang taukeh membuat keputusan dalam menjalankan perniagaannya
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Ini tandanya anda sudah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.