Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
557
2K
278
14
0
  • HR Biz Coaching

Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach

  • 13/01/2021
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
1
Shares
1
0
0
0
0
0
Apa yang seorang coach boleh bantu anda?

Apa cara mudah nak tahu samada anda punya masalah kurang keyakinan diri?

Ramai yang tak sedar dia ada masalah kurang keyakinan diri. Anda mungkin salah seorang darinya.

Bila anda tak sedar ada masalah tersebut, maka tak hairan lah jika anda tak berusaha untuk atasinya.

Langkah pertama untuk selesaikan apa saja masalah adalah dengan kenal pasti dan akui yang anda ada masalah

hidupringkas.com

Jadi saya ulang tanya soalan penting kat atas tu sekali lagi. “Macam mana nak tahu yang ada masalah kurang keyakinan diri?”

Tanda masalah kurang keyakinan diri

Cara paling mudah nak tahu anda memang ada masalah kurang keyakinan diri adalah dengan cuba fikirkan senarai perkara atau benda yang anda sangat-sangat mahukan.

Itu langkah pertama. Teruskan membaca untuk langkah kedua pula di bawah.

Dalam kesemua perkara atau benda yang anda mahukan itu, kat tepinya cuba tuliskan pula apa yang anda perlu buat untuk dapatkannya.

Kemudian buat pula langkah ke-3 ini.

Buat nota kat hujung setiap perkara yang disenaraikan samada anda dah buat perkara ke-2 di atas, atau tidak.

Jika pada langkah ke-2 anda tulis tak tahu apa yang perlu anda lakukan. Itu pun sudah jelas ada tanda masalah kurang keyakinan diri.

Apatah lagi jika anda tahu apa yang perlu dilakukan, namun tak buat apa-apa tindakan untuk lakukannya.

Itu semua petanda yang anda sedang hadapi masalah kurang keyakinan diri yang spesifik terhadap apa yang anda mahu capai atau mahu milikinya.

Halangan dari membuat tindakan

Untuk terangkan isu apa yang menghalang anda dari bertindak, saya berkan satu contoh mudah.

Katakan dalam senarai perkara yang anda inginkan, yang saya sarankan anda buat di atas tadi, salah satu darinya adalah ingin memiliki jumlah simpanan tunai sebanyak RM1 juta.

Anda tentu cuba nafikan yang anda perlukan dan memang tak hinginpun ada jumlah duit sebanyak RM1 juta. Ramai yang amalkan sindrom penafian tersebut.

Takut hilang kawalan, takut lupa diri, takut itu dan ini .. yang kesemuanya adalah sindron penafian yang sentiasa wujud pada sesiapa saja yang tak ada duit banyak tu.

Itu cara paling mudah untuk legakan diri sendiri terhadap perkara yang anda tak nampak jalan cara untuk mendapatkannya.

Apa saja perkara. Apa saja benda. Yang bila anda teringin nak dapatkan, akan mencetuskan satu perasaan was-was. Rasa ragu-ragu samada anda perlu teruskan hasrat itu atau tak perlu.

Di hati kecil anda memang mahu. Tapi semuanya terhalang disebabkan anda ada masalah kurang keyakinan diri.

Mungkin berpunca dari pengalaman hidup anda selama ini. Mungkin juga berpunca dari apa yang anda dapat dari maklum balas masyarakat sekeliling terutamanya orang yang anda kenal.

Saya kongsikan satu cerita berkenaan Musashi Miyamoto.

Kalau anda tak kenal siapa mamat Jepun tu. Dia merupakan seorang pakai bermain pedang. Dilahirkan pada tahun 1584 di sebuah tempat bernama Harima, Jepun. Dia meninggal pada tahun 1645.

Dari kecil dia belajar bermain pedang. Diceritakan pada umur 13 tahun dia sudah bunuh seorang pencabar dengan sekali lawan saja. Dia juga merupakan penulis kepada buku strategi bertajuk Gorin no sho (The Book of Five Rings).

Ada sekali tu, seorang anak muridnya bertanya, “apa rahsia untuk menjadi seorang yang handal dalam menguasai seni bermain pedang?”

Musashi menjawab pendek saja terhadap soalan itu.

“Bila anda nak cantas orang didepan, jangan fikir satu apapun selain dari mencantasnya”

Musashi Miyamoto

Jawapan yang pendek tetapi mendalam maksudnya.

Musashi cuba memberikan gambaran bahawa apa saja yang anda mahu buat, perkara paling asas ke arah itu adalah dengan membuang segala pemikiran selain dari fokus kepada melaksanakan matlamat tersebut.

Biasanya, ketika anda nak tumbuk orang kat depan, yang akan halang anda berbuat begitu adalah masalah kurang keyakinan diri.

Timbul persoalan layakkah aku tumbuk dia ni?

Patutkan aku tumbuk?

Bolehkah aku tumbuk?

Kalau dia tempis, belasah aku balik tak sempat nak cabut macam mana?

Itu semua soalan yang timbul bila ada keraguan.

Sama juga macam impian nak ada duit RM1 juta di atas tadi. Perkara pertama terlintas dalam benak kepala anda adalah layakkah aku memiliki duit sebanyak itu?.

Mampukah atau bolehkah aku dapatkannya?

Kalau aku memang layak, kenapa sampai sekarang masih tak ada?

Itu semua adalah soalan yang memberikan petanda kurang yakin akan keupayaan diri. Samada timbul disebabkan faktor dalaman mahupun faktor luaran.

Selagi semua itu bermain dalam benak kepala anda, selagi itulah anda tak akan mampu berusaha untuk bergerak dan mula mendapatkannya.

Coach bantu pecahkan halangan

Jika anda dah buat senarai keinginan anda. Dan dah kenal pasti memang ada banyak perkara dan benda yang anda mahukan tapi masih tak bergerak-gerak lagi.

Itu petanda yang masih ada masalah kurang yakin akan keupayaan diri anda sendiri.

Rasa tak layak dan serba tak cukup.

Segera dapatkan bantuan seorang coach yang berpengalaman untuk selesaikan masalah yang anda hadapi tu.

Seorang coach yang berpengalaman akan dapat membantu anda untuk pecahkan semua halangan minda itu dan seterusnya membantu anda untuk mula bergerak.

Itulah sebenarnya kepakaran seorang coach yang terlatih dan tahu apa tugasnya yang sebenar dalam membantu coachee yang hadapi masalah untuk ke depan.

Coach akan menjadi pendengar setia dan cuba membantu anda dengan bertanya soalan yang berkuasa tinggi. Jawab segala soalan dari coach itu dengan jujur dan hati terbuka.

Tak perlu risau takut coach gelak besar dan anda rasa malu. Seorang coach yang baik tak akan dedahkan apa saja perbualan dan perbincangan anda denganna kepada orang selain dari orang yang anda izinkan untuk kongsikan.

Sejak tahun 2014, saya dah bertemu dengan lebih 3 ribu orang dalam kerja sebagai seorang coach. Semuanya usahawan yang mahu berjaya dalam apa yang mereka lakukan.

Perkara paling utama yang saya akan pastikan terlebih dahulu adalah dengan sedarkan setiap coachee bahawa dia ada masalah kurang keyakinan diri. Samada dia sedar atau tidak sedar.

Bila dia dah mula sedar dan akui, saya akan berusaha untuk hilangkan segala keraguan yang terpendam dalam mindanya. Kemudian barulah boleh mencari jalan untuk bergerak ke depan.

Itu satu kerja yang saya sangat puas melaksanakannya. Kepuasan membantu dan seterusnya melihat orang yang anda bantu berjaya adalah satu nikmat yang sangat besar.

Jika anda ada keperluan untuk mendapatkan khidmat saya, boleh hubungi saya melalui email mohdshubh@gmail.com

1
0
Share 1
Tweet 0
Total
1
Shares
Share 1
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • halangan ke depan
  • kurang yakin
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

  • 12/01/2021
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Tabiat

Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan

  • 18/01/2021
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • HR Biz Coaching

5 cara untuk tingkatkan perniagaan anda sekarang – Cara pertama

Read More
  • 6 min
  • HR Biz Coaching

5 angka wajib untuk ukur perkembangan perniagaan anda – Siri 2

Read More
  • 5 min
  • HR Biz Coaching

Dah berniaga? Pastikan anda ukur 5 perkara wajib ini kalau nak mudah maju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan aplikasi micro-niche
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.