Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
554
2K
279
14
0
  • Idea

50 Idea perubahan 2013

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 02/01/2013
  • 16 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Berikut disenaraikan idea-idea ringkas yang boleh dijadikan tabiat baru untuk tahun baru 2013 khas untuk semua pembaca blog ini. Anda tak perlu buat semua. Cukup sekadar memilih beberapa tabiat saja atau paling kurang satu tabiat untuk dibentuk.

Kajian membuktikan bahawa dengan membentuk satu tabiat baru yang sihat dan dilaksanakan dengan penuh disiplin dan kesungguhan, bakal mengubah keseluruhan gaya hidup seseorang ke arah yang lebih baik.

Kejayaan adalah proses membentuk tabiat yang positif. Kejayaan bukanlah satu destinasi, sebaliknya ia merupakan satu perjalanan membaiki diri ke tahap yang paling maksimum yang mampu dicapai.

Jika kita mengambil takrif kejayaan sebagai satu perjalanan, maka kejayaan tidak punya destinasi selagi manusia masih hidup. Penamat sesebuah perjalanan membina potensi diri adalah di saat kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Di saat itulah kita akan mendapat keputusan samada kita benar-benar berjaya atau tidak kerana kejayaan yang sebenar adalah di hari akhirat. Itulah sebaik-baik kejayaan bagi mereka yang memahaminya.

Senarai tabiat ringkas yang boleh kita bina sepanjang tahun 2013:

  1. Perbaiki solat dengan solat berjemaah, solat awal waktu, menunggu masuk waktu, hafal makna bacaan, dll.
  2. Kurang bercakap, lebih mendengar
  3. Baca buku, tinggalkan akhbar
  4. Tutup TV dan berborak dengan keluarga
  5. Kurang memandu
  6. Lebih berjalan kaki
  7. Makan dengan perlahan, nikmatinya
  8. Henti menambah makan (Habis sepinggan, cukup)
  9. Banyak makan buah dan sayuran
  10. Lebihkan air kosong
  11. Kurangkan air bergula
  12. Lebih berpuasa
  13. Bersenam
  14. Tidur cukup
  15. Tidur awal
  16. Bangun awal
  17. Lebihkan bersiar di taman
  18. Kurangkan bersiar di pusat beli belah
  19. Kurang benci orang
  20. Banyak senyum
  21. Belajar menyukai orang lain
  22. Kurang menerima, banyak memberi
  23. Tulis buku
  24. Buat blog dan mula buat posting
  25. Tak tangguh kerja
  26. Tepati masa
  27. Banyak berfikir
  28. Kurang melepak dan berborak
  29. Banyak memuji
  30. Henti mengkritik dan mengeji
  31. Cari salah diri sendiri
  32. Lupakan salah orang lain
  33. Lebih menyimpan
  34. Kurang berbelanja
  35. Cari jalan penyelesaian
  36. Henti cari alasan
  37. Hidup sekarang
  38. Lihat ke depan, lebih jauh lebih baik
  39. Lupakan yang berlalu (sekali sekala ok)
  40. Lihat kelebihan
  41. Lupakan kekurangan
  42. Sentiasa mengemas
  43. Luaskan ruang
  44. Kurangkan kesesakan
  45. Simpan setelah ambil
  46. Tutup selepas buka
  47. Pulangkan selepas pinjam
  48. Kemas meja selepas guna
  49. Kemas penampilan
  50. Jaga bau badan (hentikan pencemaran bau)
Senarainya boleh dipanjangkan lagi…apa kata anda pula yang tambah pada ruang komen…
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

11 perkara yang usahawan perlu tahu dan peka

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 01/01/2013
Read More
Next Article
  • Keusahawanan
  • Petua ringkas

Mencari perniagaan yang kita minat

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 03/01/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 2 min
  • Idea
  • Keusahawanan
  • Perniagaan

Idea niaga mudah untuk mereka yang tak ada idea

Read More
  • 3 min
  • Idea
  • Keusahawanan

Bagaimana cara tewaskan McDonald

16 comments
  1. Anonymous says:
    04/01/2013 at 7:19 am

    Saya sangat suka cara pemikiran tuan dan idea-idea yang tuan berikan. perkara yang mungkin boleh ditambah:

    1. Sentiasa redha dan bersyukur
    2. Menambah ilmu
    3. Berkawan dengan orang2 yang lebih baik dan lebih berjaya
    4. Sentiasa bersangka baik dengan Allah
    5. Berhenti merungut
    6. Lebih teliti dalam kerja
    7. Lebih banyak bersabar
    8. Jadi orang islam yang produktif
    9. Kukuhkan kewangan

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      04/01/2013 at 7:29 am

      Kita sambung untuk tahun depan pulak. Mungkin kita cuba senarai 100 idea ringkas untuk perubahan…Insyallah

      Reply
  2. aFiZa says:
    03/01/2013 at 2:31 pm

    Kurangkan marah. Belajar maapkan orang lain

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      04/01/2013 at 7:28 am

      Ya, ada dalam senarai

      Reply
  3. jefrizan says:
    03/01/2013 at 12:25 am

    terima kasih kerana idea-idea tersebut mengingatkan semula tanggungjawab kita sebagai manusia di dunia ini…kalau kita dapat jaga sikap-sikap tersebut insha Allah hidup akan lebih tenang dan disayangi.

    Reply
  4. jefrizan says:
    03/01/2013 at 12:24 am

    terima kasih kerana idea-idea tersebut mengingatkan semula tanggungjawab kita sebagai manusia di dunia ini…kalau kita dapat jaga sikap-sikap tersebut insha Allah hidup akan lebih tenang dan disayangi.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      03/01/2013 at 12:28 am

      Insyallah

      Reply
  5. darksideage says:
    02/01/2013 at 1:07 pm

    Hehe…47 dari 50 itu ada dalam senarai saya. Idea Tuan banyak yang menarik bagi saya. Mungkin saya blh mulakan dengan banyakkan minum air kosong.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      03/01/2013 at 12:27 am

      Moga berjaya, insyallah

      Reply
  6. abah khalisha says:
    02/01/2013 at 7:33 am

    Terbaik!

    Petua Mudah Kopek Udang

    Reply
  7. Mohd Farihan says:
    02/01/2013 at 4:47 am

    Salam tuan,

    Boleh terangkan maksud ‘henti menambah’ di item no 8 tu?dari segi apa henti menambah?yang baik atau yang buruk?contoh menambah isteri atau menambah berat badan?tak berapa jelas.mohon penjelasan dari tuan.terima kasih;)

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/01/2013 at 7:12 am

      Makan sepinggan saja, habis tak payah tambah. Henti makan sebelum kenyang…saya dah buat penjelasan kat artikel. Terima kasih

      Reply
    2. Mohd Farihan says:
      02/01/2013 at 7:58 am

      terima kasih atas penjelasan..saya perasan tadi mungkin tak ckup perkataan ‘henti menambah’ di no 8 td.sy setuju..makan sepinggan sahaja sudah cukup sebenarnya…tq

      Reply
  8. Anonymous says:
    02/01/2013 at 4:46 am

    Puasa isnin dan khamis..

    -Razman razali

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      02/01/2013 at 10:21 am

      esok boleh mula…

      Reply
    2. Asmawati Abdul Eid says:
      02/01/2013 at 11:48 pm

      Banyak boleh mula..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    5 kriteria pemimpin hebat yang anda perlu ikut dan amalkan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.