Dalam banyak orang yang terjun untuk berniaga pula tak ramai yang selamat. Ini juga merupakan satu masalah juga kerana ia mempamerkan hanya mereka yang berjaya sahaja ke depan berbanding mereka yang tak berjaya.
Kebiasannya, mereka yang gagal akan menghilangkan diri jauh dari publisiti. Mereka tidak meninggalkan bekas untuk orang ramai mengesannya. Sebaliknya, yang berjaya pula akan menonjol dan mendapat publisiti samada di kalangan rakan atau saudara mara.
Bagi yang bernasib baik lagi akan terus naik dan naik hasil dari publisiti samada secara sengaja atau tidak sengaja seiring dengan kejayaan perniagaan mereka.
Keadaan menjadi lebih ketara apabila kebanyakan daripada kita mengukur kejayaan melalui beberapa perkara mewah yang dinobatkan oleh media melalui iklan dan sebagainya. Antara tanda berjaya yang diukur adalah:
- Rumah yang kita tinggal – Semakin besar rumah, maka semakin berjayalah anggapan orang sekeliling. Tambahan pula jika kita dilihat tinggal dikawasan yang eksklusif dan berprestij. Rumah bersar jadi satu tanda berjaya.
- Kereta yang kita bawa – Antara kereta yang dihubungkaitkan dengan kejayaan adalah Mercedes, BMW, Volvo, Camry, Hummer, Audi, Porche, Ferrari, Lamborgini dan lain-lain kereta continental yang dilonjakkan oleh iklan sebagai berprestij. Bawa kereta besar jadi satu tanda berjaya.
- Jumlah kenderaan yang dimiliki – Kereta untuk ke pasar lain, untuk ke padang golf lain, untuk percutian keluarga lain dan untuk melobi projek pula lain. Laman rumah hanya dipenuhi dengan berbagai jenis kereta yang berbeza walaupun penghuni rumah hanyalah 3 orang. Banyak kereta jadi satu tanda berjaya.
- Kasut yang kita sarungkan pada kaki – Jangan terkejut jika anda tidak dihormati jika hanya memakai selipar atau sandal masuk ke dalam bank atau menghadiri kenduri.
- Pakaian serta aksesorinya yang kita pakai – Banyak jenama pakaian yang dikaitkan dengan mahal dan elegan. Begitu juga segala aksesori lain seperti tali pinggang sehinggalah ke tahap butang pada lengan baju kemeja tangan panjang akan dipandang dan diukur.
- Jam tangan yang kita lilitkan di lengan – Jika anda pakai jam tangan Casio yang basic berwarna hitam dari plastik. Di tambah pula dengan bercalar pada cermin plastiknya, cakap-cakap perniagaan anda mungkin akan hilang kredibiliti. Banyak jam berjenama yang menggunakan sistem mekanikal dijual beratus-ratus ribu sedangkan dari segi praktikal dan ketepatan berfungsi tidak dapat megalahkan jam quarza yang dijual dengan harga murah.
- Pen yang kita selitkan di poket – Antara pen yang hebat adalah Mont Blanc. Ada tompokan putih pada bahagian atas bucu penutupnya yang membuatkan orang mengerling pada poket baju anda.
- Dompet duit – Jangan gunakan dompet plastik untuk keluarkan kad perniagaan anda ketika melakukan pertukaran kad perniagaan. Tambahan pula ada sedikit tercarik pada ruang menyelit dokumen peribadi. Orang akan terus hilang mood bila melihat keadaan begitu untuk berurusan dengan anda!.
- Restoran yang kita makan dan minum – Orang yang diketahui berjaya akan lihat pelik jika makan dan minum di gerai tepi jalan. Tambahan pula ianya menjadi satu perkara rutin. Tambahan pula bila berurusan dalam perniagaan besar. Modesto, Doom, Starbuck dan lain-lain lambang kejayaan berprestij.
- Destinasi percutian yang diambil – Paris, London, New York dan lain-lain seumpamanya membeliakkan mata orang ramai. Jumlah kekerapan berkunjung mengerjakan umrah juga boleh menjadi satu ukuran. Eropah jauh lebih berprestij berbanding India atau Indonesia. Namun, asalkan namanya luar negara, ia membawa banyak perbezaan.
9 comments
ada tak tips untuk tidak menghiraukan tanggapan dan kutukan org terhadap kita. mcm mana nak set mind kita? bagaiamana kita harus melayan mereka yg anti dgn kita dan selalu memperkecilkan usaha kita? boh penampaq satgi cuma ja…..
Memang sukar untuk mengawal ego dalam diri Itulah cabarannya, kita perlu berlatih untuk buat hanya perkara yang betul dan bukannya buat sesuatu atas rasa nak tunjuk bukti pada orang lain.
Jika kita sering bertanya kenapa perlu aku beli dan apakah faedahnya untuk diri dan perniagaan, kita akan dapat jawapannya ya atau tidak.
Jika ya beli dan perdulikan apa orang nak kata Begitu juga jika tidak kekalkan begitu dan perdulikan apa orang nak kata.
Tip terbaik untuk menghadapi orang sebegitu adalah dengan mengelakkan diri daripada mereka. Hampiri mereka hanya jika perlu. Tapi jangan pula membenci mereka, sebaliknya kasihanilah kesilapan pemikiran mereka.
salam. mungkin pernulis boleh beri nasihat kpd saya. saya dah 7 tahun berniaga dan alhamdulillah rezki ada, walaupun x kaya. projek sentiasa ada sehingga akaun bank sykt selalu tinggal ratus ringgit jer. tapi saya prefer bersederhana. rumah teres jer, kete pun kete malaysia. tapi saya selalu rasa tercabar ego dgn saudara ipar yg mkn gaji. berlagak, sembang takmau jatuh…kata org utara. kadang2 rasa mcm nak ja buat dia terkedu dgn beli keter mewah (dia gila kete). nak suruh dia segan jer. tapi rasa membazir plak. ada tak tips utk tidak menghiraukan apa tanggapan org terhadap kita. sy rasa seolah-olah sentiasa diperhatikan….
salam. mungkin pernulis boleh beri nasihat kpd saya. saya dah 7 tahun berniaga dan alhamdulillah rezki ada, walaupun x kaya. projek sentiasa ada sehingga akaun bank sykt selalu tinggal ratus ringgit jer. tapi saya prefer bersederhana. rumah teres jer, kete pun kete malaysia. tapi saya selalu rasa tercabar ego dgn saudara ipar yg mkn gaji. berlagak, sembang takmau jatuh…kata org utara. kadang2 rasa mcm nak ja buat dia terkedu dgn beli keter mewah (dia gila kete). nak suruh dia segan jer. tapi rasa membazir plak. ada tak tips utk tidak menghiraukan apa tanggapan org terhadap kita. sy rasa seolah-olah sentiasa diperhatikan….
Kalau nak ukur material tanda berjaya, tak pernah ada habisnya. Menahan diri dari pembaziran, menahan diri dari menunjuk-nunjuk daripada terpaksa hingga menjadi ikhlas dan melekat jadi sifat atau akhlak kita, adalah kejayaan yang tiada tolok bandingnya. Yakin dengan jalan yang kita ambil akan membuatkan timbul rasa kasihan pada kesilapan jalan orang lain, bukannya marah.
Hehe..ada saudara saya yg pentingkan semua di atas. rumah banglo mewah. kereta 5 biji kot 4 daripadanya kategori mewah. 1 je jenama tempatan utk anak dia belajar biasakan memandu. melancong ke eropah & timur tengah. belanja melancong 100k habis tak sampai sebulan.
baru2 ni dia datang pada kami. perniagaan merosot. banyak payment sangkut katanya. bil air dgn elektrik rumah pun dah tak mampu bayar walau hanya 5k. bil utility pejabat lagi la semput nak bayar.
kami tanya kenapa mintak tolong kami yg hanya tinggal rumah sederhana dan hanya berkereta wira. kenapa dia taknak mintak tolong adik-beradik dia yg kategori kaya. jawapnya “MALU”. takut jatuh standard org kaya dia. habis kita yg duit tak berapa nak ada ni nak tolong macam mana. bil elektrik rumah sampai 5k? 5k tu pada kami boleh makan setahun (makan je la. tak masuk kena bayar benda lain itu ini).
jadi jangan anggap gaya hidup mewah hidup dia bahagia. banyak hutang kot. patut beli ikut kemampuan. ada duit beli. kalau tak cukup simpan la utk masa2 kecemasan.
Tk Kongsi.
Ada ramai org yg berjaya Dan kaya tidak menunjuk2 dr aspek material…byk buat sumbgn amal,muka biasa jer,pakaian pun tidaklah berjenama…kereta Dan rmh shj yg ummpphh.
Ini base on experiences sy byk bergaul dgn ilmuwan di university (not businessmen)…mereka byk tolong budak2 melayu yg keciciran (normally base on research).
Cth mudah TS syed mukhtar yg pyh sungguh nk kuar muka d media tp byk kebajikannya..pakai perdana shj pun..
betul tu. TK Komen