Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
612
2K
290
13
0
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 04/08/2020
  • No comments
  • 5 minute read
Total
4
Shares
4
0
0
0
0
0
Bersuara ..

Carmen Medina ialah seorang pegawai analisa CIA yang sangat cemerlang. Pada awal tahun 1990-an, dia ditugaskan ke Eropah untuk tugasan kerja selama 3 tahun di sana.

Selesai tugasan di sana, dia balik semula ke Amerika. Dia dapati peluang kerjayanya untuk naik telah terbantut disebabkan tugasan selama 3 tahun di luar Amerika.

Disebabkan dah terbiasa untuk sentiasa berikan yang terbaik, dia mula tercari-cari tugasan yang dia dapat berikan sumbangan yang lebih bermakna. Dia akhirnya menyertai satu kumpulan yang bertanggung jawab untuk membuat projek penambah baikan aktiviti risikan CIA.

Dari pengalaman beliau, satu masalah besar yang CIA hadapi adalah dalam bab perkongsian maklumat risikan penting. Setiap agensi masing-masing akan hanya berkongsikan maklumat yang telah disiapkan dalam bentuk laporan kertas kerja.

Laporan itu hanya keluar sekali sehari. Bila setiap agensi keluarkan laporan mereka sendiri, koordinasi maklumat penting secara menyeluruh sangat sukar. Maklumat yang penting tak sampai ke agensi yang sepatutnya.

Semua urusan tersebut melibatkan keselamatan negara dan kebanyakkannya boleh sampai ke peringkat hidup dan mati. Setiap perubahan, setiap maklumat sangat penting setiap saat.

Tapi malangnya pengurusan dan koordinasi maklumat tidak berlaku dengan cara yang sepatutnya lebih cekap dan pantas.

Bila tak puas hati dengan keadaan itu, dia cadangkan supaya semua maklumat dikongsikan secara terus melalui Intelink.

Intelink merupakan sistem internet rahsia perisikan yang digunakan oleh semua agensi perisikan di sana.

Cadangan macam tu tidak pernah dibuat oleh orang sebelum ini. Bab rahsia perisikan yang mahu dikongsikan secara dalam talian internet adalah sesuatu yang berisiko tinggi dan kerja gila.

Maklumat rahsia yang dikongsikan melalui kertas fizikal adalah dianggap jauh lebih selamat ketika itu.

Jadi semua orang tembak jatuh cadangannya mentah-mentah sebagai cadangan mengarut yang lansung tak viable.

Sebagai seorang yang bijak, Carmen Medina yakin cadangannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Perubahan kecekapan menyampaikan maklumat dari mesin Fax ketika itu adalah satu bukti bahawa perkongsian maklumat secara digital bakal memberikan impak yang jauh lebih besar lagi.

Jadi dia degil dan terus menyuarakan pendapatnya.

Kawan-kawan mula pesan supaya dia jangan rosakkan kerjaya dengan berterusan melawan pendapat orang atasan. Tapi dia tetap degil. Akhirnya dia kena pulau habis dari semua kawan-kawan kat CIA tu.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia akhirnya mula cari kerja lain. Dan berpindah kerja.

4 perkara orang buat bila tak puas hati

Dalam cerita Carmen Medina di atas tadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Anda mungkin pernah mengalamai situasi yang sama dalam melayan kerenah birokrasi kerja yang sangat lembab. Bila sound, orang marah pulak. Bila degil berkeras suarakan pendapat dan mahukan perubahan, akhirnya, kena pulau la pulak!

Di mana saja anda berada, bila tak puas hati, anda hanya ada 4 pilihan berikut sahaja yang anda boleh lakukan.

  1. Bersuara – orang yang bersemangat dan berani hadapi risiko akan ambil langkah macam ini. Biasanya mereka yang memang jenis cemerlang dan tak suka buang masa dengan kekal pada tahap yang sama lama-lama.
  2. Blah – Seperti yang berlaku pada Carmen Medina tadi, bila anda lawan arus, akhirnya akan kena pulau. Jika tak tahan anda akan cabut ke tempat lain Habis cerita dan kecewa.
  3. Bertabah – Bagi orang yang dah berpengalaman kena macam tu tapi tak mau cabut, dia akan tetap berikan komitmen dengan kerjanya dalam keadaan bertabah. Tasbih akan sentiasa tersedia untuk dia gunakan dan tempat mengadu terbaiknya adalah berdoa selepas solat.
  4. Buat bodo – Bagi yang tak bercita-cita sangat, dia akan buat bodo saja walaupun nampak segala kepincangan. Kerja dia buat juga sekadar mencukupi supaya tak sampai kena buang. Ini ramai kat luar sana dalam mana-mana organisasi.

Apa sebenarnya yang anda perlu buat dalam keadaan begitu. Nampak kepincangan, tapi bila suarakan kena pancung!

4 perkara orang biasanya buat bila tak puas hati

Demi kebaikan dan perubahan menjadi sebuah organisasi yang lebih bagus. Demi menjadikan anda seorang yang besar sumbanganna kepada organisasi, masyarakat dan seterusnya bangsa dan negara, kena buat perubahan juga.

Kalau tidak akan jadi macam budaya bodek membodek. Budaya ‘hang urut belakang aku dan aku urut belakang hang’. Seperti yang dah lama berlaku kat sebuah negara di bawah Selatan Thailand sana.

Apa Carmen Medina buat

Berbalik kepada cerita Carmen Medina di atas.

Dia cabut kerja tempat lain sebab kecewa. Tapi masih dalam lingkungan kerja dalam agensi CIA juga. Cuma dah bukan kerja projek penting lagi. Dia hanya jadi staff admin biasa saja.

Sedekad kemudiannya, Carmen Medina jadi antara orang penting yang melahirkan Intellipedia. Iaitu sebuah Wikipedia dalaman khas untuk semua agensi perisikan mendapatkan maklumat terkini dan penting.

Sistem Intellipedia itu mendapat sanjungan dan pujian dari semua pihak dan merangkul berbagai anugerah.

Carmen Medina tersenyum puas akhirnya apa yang dia suarakan telah berjaya diusahakannya sampai menjadi.

Siapa anda nak bersuara buat perubahan

Satu perkara yang anda perlu faham bila nak buat perubahan. Anda perlu ada satu darjat yang tinggi.

Macam pepatah orang Laos kata lebih kurang macam ni,

“Suara orang miskin tak akan pergi jauh.”

Pepatah Laos

Pernah nonton dan ingat lagi pantun Kajang Pak Malau, Kajang berlipat ..

Sama juga kes nya. Orang yang statusnya tak berapa nak ada, memang susah untuk kuat-kuasakan apa-apa. Memang sukar nak suarakan sebarang perubahan. Tambah pulak cadangan kita lawan arus, lagi lah sukar.

Dalam dunia ni, status atau darjat datang sekali dengan keupayaan bersuara dan kuasa. Tak kisah macam mana anda dapat darjat tu, tapi kena ada kalau nak buat sebarang perubahan.

Darjat juga boleh datang bila anda sangat dihormati atau dikagumi. Untuk mendapatkan semua itu, perlu ambil masa.

Itulah Carmen Medina buat bila gagal melawan arus sebab dia tersedar yang dia tak ada apa-apa status bila dah lama kena bertugas di luar dan terkeluar dari lingkungan agensi tempat kerjanya.

Dia masuk semula dalam jabatan yang menguruskan hal ehwal keselamatan maklumat. Walaupun kerjanya biasa saja tapi kena dengan aliran yang dia nak cuba bawa. Dia bina reputasi semula kat situ dan mula cucuk ideanya perlahan-lahan dan akhirnya berjaya.

Satu lagi strategi yang dia buat adalah dengan menyuntik idea pada kumpulan bawah yang tak ada apa-apa nak pertahankan. Macam kerani, atau pegawai rendah biasa yang jauh lebih ramai.

Mereka lebih senang terima cadangan sebab tak ada apa-apa risiko untuk kerjaya mereka. Carmen juga cucuk pegawai paling atasan yang berfikiran skeptikal dalam apa saja cadangan.

Orang atasan macam itu walaupun keras sebenarnya adalah orang yang sentiasa bersedia nak mendengar idea atau bangkangan orang lain ang mampu lawan hujah dia. Biasanya jika idea memang baik orang begitu akan berikan peluang untuk cuba.

Perkara paling tak sesuai untuk buat cadangan perubahan adalah suarakannya kepada golongan menengah. Mereka golongan yang paling kuat pertahankan status quo sebab dengan keadaan itulah mereka duduk di situ.

Bila ada ancaman berupa perubahan, mereka paling takut berubah sebab risau jatuh ke bawah pulak.

Sekian artikel kali ini.

Moga ada manfaatnya.

4
0
Share 4
Tweet 0
Total
4
Shares
Share 4
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bercakap
  • kuasa
  • status
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Ini berita baik untuk anda yang terlibat dalam industri kreatif tanah air

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 03/08/2020
Read More
Next Article
  • Mula berniaga

4 langkah menjadikan gerai jual nasi lemak tepi jalan anda lebih bagus dari pesaing

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 10/08/2020
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
    • 5 minute read
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Tabiat
    Kekal duduk dalam landasan kereta api sampai kena langgar dengan kepala keretapi
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    3 sebab orang jadi usahawan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.