Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
556
2K
278
14
0
  • Kehidupan

5 langkah elak cerai

  • 12/08/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Tips elak cerai

Langkah elak cerai perlu segera diambil sekarang ini. Terdapat 3 kes perceraian berlaku setiap satu jam di negara kita. Ini merupakan data yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2011.

Data perceraian tersebut sudah tentu spesifik untuk yang beragama Islam sahaja kerana JAKIM tak buat kerja bancian untuk penduduk yang bukan beragama Islam.

Menurut JAKIM lagi, kes perceraian meningkat dari tahun ke tahun sejak dari tahun 1990 sehinggalah ke tahun 2010.

Maknanya segala langkah elak cerai yang dbuat dengan usaha mengadakan kursus pra-perkahwinan bagi semua pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga langsung tidak membuahkan hasil.

Kursus yang diadakan hanyalah menambah sumber pendapatan pada mereka yang terlibat dalam mengendalikan segala kelengkapan kursus seperti buku rujukan, pensyarah, dewan, dan lain-lain lagi. Ia tidak berkesan sebagai salah satu langkah elak cerai nampaknya.

Langkah elak cerai yang terbukti mujarab

Mungkin elok diselamatkan sahaja kursus yang tidak memberi kesan seperti itu dan digantikan dengan satu usaha yang lebih mendatangkan manafaat yang melatih pasangan yang berkahwin elak cerai. Atau sekurang-kurangnya agar mereka faham bahawa cerai adalah jalan paling akhir.

Ilmu yang mendalam tidak cukup untuk mengelakkan diri daripada berlakunya perceraian. Ini terbukti apabila kursus yang memberikan pendedahan ilmu kahwin gagal.Tips rumah tangga bahagia

“Dapatkan panduan rumah tangga BAHAGIA  di sini”

Jika anda belum berkahwin,

Jika ada anak atau saudara atau kawan atau anak kepada kawan anda yang belum berkahwin,

Berikut saya perturunkan petua mujarab…amat mujarab bagi mengelakkan berlakunya perceraian antara pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Ilmu yang akan diperturunkan ini khas hanya untuk kaum lelaki sahaja dan amat wajib dikuasai oleh kaum lelaki. Tapi langkah elak cerai ini juga cukup berguna jika turut sama diamalkan oleh orang perempuan.

Tapi jika kaum hawa juga mempunyai ilmu yang sama, peluang untuk bahagia dan berjaya mengharungi bahtera rumah tangga sampai pejam mata lebih tinggi.

Jika anda telah diijab kabulkan oleh pihak kadi dan kini sah menjadi suami isteri dan akan berkepit ke sana sini sebagai pasangan sah, anda perlu kuasai 5 perkara berikut untuk elak cerai:

  1. Langkah pertama adalah, sabar – Selepas berkahwin anda mula cuba saling kenal mengenal antara satu sama lain. Suami dan isteri akan mula menyelami hati budi masing-masing, keluarga masing-masing dan juga sahabat handai serta kenangan silam yang muncul sekali sekala. Ini satu pengalaman rumit dan memerlukan daya tahan dan bersedia menerima segala kemungkinan. Oleh itu bersabarlah dan harungi serta sesuaikan diri. Elak cerai!
  2. Langkah kedua adalah, sabar – Bila dah masing-masing mula kenal, maka terbongkarlah kebusukan serta kesemua pekung di dada yang selama ini kemas terkunci dalam sorokan diri. Sebelum bersama hanya yang indah dan hebat sahaja dipamerkan, tidak pernah suami kentut ketika bersama kekasihnya, tetapi suami akan selamba lepaskan kentut ketika menonton tv nbersama isteri yang sudah lama bersama. Begitu juga isteri akan mendedahkan segala pekungnya. Terima kenyataan dan bersabarlah.
  3. Langkah ketiga adalah, sabar – Banyak ayat-ayat power pujian selama ini dihamburkan sebelum berkahwin bertukar menjadi ayat-ayat pedih dan menusuk kalbu setiap kali berlaku salah faham dan pertengkaran. Bodoh, bangang, celaka, kurang ajar dan lain-lain akan terkeluar dengan tidak disangka-sangka apabila kemarahan menguasai jiwa. Bagi suami yang menerimanya, tiada cara lain selain daripada bersabar. Elak cerai!
  4. Langkah keempat adalah, sabar – Jika sebelum berkahwin pasangan hanya akan nampak segala yang baik sahaja pada pasangannya, selepas berkahwin, semakin lama hanya yang buruk sahaja di cari dan ditemui. Pasangan seolah-olah tidak lagi menjadi makhluk yang mampu berbut baik sebaliknya seperti makhluk yang tahu hanya kejahatan sebagai amalan hidupnya. Biasalah, terima hakikat kebaikan yang dilakukan hanya untuk mencari redha Allah dan bukannya untuk cari redha pasangan..jadi bersabarlah. Elak cerai!
  5. Langkah kelima adalah, sabar – Isteri akan mula mencabar dan minta diceraikan setiap kali berlaku pergaduhan. Terhambur kata-kata pedih, ugutan dan segala satu macam lagi taktik agar suami kasi talak. Sikit-sikit minta cerai, sikit-sikit cabut lari ke rumah mertua dan sebagainya. Jika hak menjatuhkan talak ada pada isteri, tentu dalam tempoh sebulan suaminya akan kena talak lebih dari seratus kali. Jangan melenting, terima kenyataan dan bawa bersabar. Elak cerai!
Begitulah jika berlaku lagi apa sahaja masalah rumah tangga, sebesar manapun cabaran yang dilalui, ulang semua 5 langkah yangs aya sebutkan di atas. Saya ulang lagi kesemua langkah untuk mengerlakkan cerai di bawah:
  1. SABAR
  2. SABAR
  3. SABAR
  4. SABAR
  5. SABAR
Amalkan dan anda sudah pasti berjaya dalam pengurusan rumah tangga…..anda juga boleh gunakan langkah yang sama dalam urusan perkongsian dalam perniagaan dengan rakan kongsi.
Selamat bersabar…! dan elak cerai daripada berlaku…ia adalah jalan terakhir dan bukannya mukadimah pergaduhan !
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • Cerai
  • Kahwin
  • petua
  • Sabar
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Top 5
  • Weekly top

5 terhebat minggu ini #10

  • 10/08/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
Next Article
  • Kehidupan

Coretan Usahawan Hidup Ringkas

  • 13/08/2013
  • Mohd Shubhi Abdul
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

1 comment
  1. Kantor Pengacara RS says:
    19/03/2016 at 9:23 pm

    Semoga kita yang telah berkeluarga terhindar dari Perceraian, Amiin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • HR Biz Coaching
    Cara terbaik untuk atasi masalah kurang keyakinan diri adalah dengan dapatkan bantuan seorang coach
    • Kehidupan
    Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.