Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Kehidupan

Apa yang anda akan buat pada 2013?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 21/12/2012
  • No comments
  • 3 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

notes-514998_960_720Tahun 2012 dah nak habis tak berapa hari saja lagi. Macam biasa ramai yang dah mula bercakap pasal azam tahun baru. Ramai juga yang dah lupa apa sebenarnya azam mereka sebelum ini, tapi oleh kerana semua cakap pasal azam baru, maka dia juga nak buat azam baru.

Tak payah kita perdulikan tentang orang, mari kita buat perancangan untuk tahun depan. Mari kita tetapkan apa yang mahu diberikan tumpuan untuk tahun 2013.

Untuk memudahkan kita buat perancangan seterusnya, kita perlu ingatkan semula diri kita akan matlamat jangka panjang sebagai seorang manusia:

“Menjadi seorang hamba yang memperhambakan dirinya dengan penuh kehinaan pada Allah…hanya pada Allah”

Dengan senantiasa menjeling pada matlamat tersebut agar kita tidak tercicir dari landasan sebenar, barulah kita kembali kepada dunia realiti menjadi seorang warga dunia di bumi Malaysia.

Perancangan ini hanya sesuai untuk orang Malaysia yang boleh kita katakan sebagai negara aman. Ia tidak sesuai untuk anda yang tinggal di Gaza yang tidak aman.

Sebenarnya berada di dalam keadaan tidak aman membuatkan perancangan kehidupan menjadi lebih mudah kerana kita tidak ada banyak pilihan selain daripada mengharapkan mati syahid.

Berikut 3 perkara penting yang saya cadangkan untuk diberi tumpuan pada tahun 2013:

  1. Ekonomi – Semua aktiviti yang membolehkan anda mendapatkan keperluan hidup
    1. Jika anda seorang usahawan maka ekonomi bermakna ‘perniagaan’
    2. Jika anda makan gaji, ekonomi bermakna ‘kerjaya’
  2. Perhubungan – Ada tiga perkara asas dalam perhubungan 
    1. Keluarga
    2. Kawan-kawan
    3. Masyarakat
  3. Kesihatan – Ada dua perkara asas dalam bab kesihatan
    1. Kurangkan sedikit aktiviti makan
    2. Lebihkan sedikit aktiviti senaman

3 perkara asas yang saya sebutkan di atas hendaklah digunakan dengan matlamat untuk mencapai sasaran utama yang disebutkan di atas sekali tadi iaitu menjadi Hamba Allah. Apabila kita bersetuju untuk matlamat tersebut maka disiplin untuk mencapainya telah digariskan dengan rapi bagi memastikan ianya tercapai.

Disiplin yang dimaksudkan adalah:

  • Menjadi seorang muslim – ini perkara asas yang tak perlu dihuraikan. Semua muslim tahu apa syaratnya menjadi seorang muslim. Jika anda terlupa sila semak semula Rukun Iman
  • Buat semua perkara wajib – Semua yang wajib jika dilaksanakan mendapat faedah lain seperti disiplin, kekuatan diri, ketenangan dan sebagainya. Ia termasuklah solat, puasa, zakat, dan lain-lain.
  • Tinggal semua yang haram – Ini juga perkara asas seperti di atas.

Jika anda rasa kurang yakin dengan apa yang diketahui terhadap perkara disebutkan di atas. Maka jadikan sasaran utama untuk dilaksanakan pada tahun 2013 adalah:

“Mendalami ilmu farduain”

Tindakan yang perlu diambil bagi melaksanakan perkara tersebut adalah dengan meluangkan masa seminggu sekali mendalami ilmu farduain samada di Masjid atau Surau mengikuti kuliah-kuliah asas yang disediakan di sana.

Adalah dinasihatkan bagi mereka yang rasa dah ok dengan ilmu fardu ain meletakkan tindakan mendalami ilmu melalui kuliah mingguan atau bulanan di masjid atau surau. Ini melengkapkan sasaran ‘perhubungan’ yang diletakkan sebelum ini. Dengan mengikuti kuliah tersebut sekali gus anda menghubungkan jalinan dengan masyarakat.

Kembali kepada 3 perkara utama yang mahu dicapai tadi, senaraikan pula tiga perkara yang mahu dilaksanakan dalam setiap bidang tersebut:

  • Ekonomi – Jika anda putuskan untuk naik pangkat dalam kerjaya anda sekarang, maka apakah 3 perkara yang anda akan buat pada 2013. Sebagai contoh:
    • Ambil kursus profesional atau pengurusan
    • Tingkatkan daya fokus dalam bekerja
    • Buat perancangan kerja sebelum masuk kerja. Malam untuk kerja keesokan harinya dan hari minggu untuk minggu berikutnya.
  • Perhubungan – Jika anda mahu meluangkan masa lebih bersama keluarga sebagai sasaran 2013 maka apakah 3 perkara utama yang perlu anda buat untuk itu. Sebagai contoh:
    • Tak bawa balik kerja ke rumah
    • Kurangkan masa tak berfaedah
    • Kurangkan kerja yang anda perlu buat sendiri dan lebihkan kerja yang boleh anda tugaskan orang lain melakukannya
  • Kesihatan – Jikan menurunkan berat badan menjadi sasaran anda maka, apakah 3 perkara utama yang anda akan lakukan bagi mencapai sasaran tersebut. Sebagai contoh:
    • Puasa Isnin dan Khamis
    • Bersenam 3 kali seminggu selama sejam
    • Berhenti makan sebelum perut kenyang.

Apa yang saya gariskan di atas hanyalah sebagai contoh. Buat sasaran anda sendiri dan senaraikan 3 perkara utama saja jangan lebih. Jika anda ada banyak senarai maka buang yang tidak penting agar hanya tinggal 3 sahaja.

Tulis dalam sehelai kertas atau dalam diari dengan terang dan baca setiap hari sebelum tidur. Perbaiki apa yang kurang memuaskan sepanjang anda menjalani kehidupan anda pada tahun 2013.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • azam
  • Kehidupan
  • merancang
  • sederhana
  • seimbang
  • tahun baru
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Motivasi
  • Petua ringkas

Rajin tapi tak guna

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 20/12/2012
Read More
Next Article
  • Kelab Usahawan HR

Perjumpaan santai usahawan akan bermula!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 21/12/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Pemasaran
    Rahsia kenapa orang boleh kaya jual insuran

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.