Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kehidupan

Bagaimana tulis iklan yang berkesan #2

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 12/09/2013
  • 29 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Ini adalah sambungan daripada entri yang sebelum ini bagaimana tulis iklan yang berkesan kat sini.

Cerita bagaimana seorang perempuan jelita telah membuat sedikit penambahan pada kertas keras si buta yang sedang minta sedekah itu boleh dikembangkan juga pada perkara lain dalam kehidupan kita.

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah bagaimana ayat yang berbeza dengan maksud yang sama dapat mengubah situasi dan mampu menggerakkan orang yang kita sasarkan berbuat sesuatu.

Samalah jika kita bercakap ataupun tulis iklan pada surat khabar atau dalam blog.

Berbalik pada cerita semalam, sebenarnya cerita itu benar-benar berlaku pada satu masa yang lalu disekitar pertengahan abad ke 20. Ia merupakan hasil usaha seorang eksekutif pengiklanan yang bernama Rosser Reeves.

Cerita sebenar tulis iklan

Rosser Reeves merupakan pelopor kepada ayat “Unique Selling Proposition” atau USP yang sering disebut-sebut oleh pembimbing usahawan atau pakar pemasaran. Banyak perkara hebat diketengahkan oleh Rosser Reeves ini di Amerika, tapi kita hanya fokus pada peristiwa tulis iklan ini sahaja di sini.

Cerita sebenarnya secara terperinci mungkin boleh dipertikaikan tetapi berikut adalah apa yang sering disampaikan oleh orang ramai sejak dulu berkenaan Rosser Reeves ini.

Pada satu tengahari Reeves bersama dengan seorang rakan sekerjanya keluar untuk makan tengahari di Central Park. Setelah makan, dalam perjalanan balik ke pejabat di Madison Avenue, mereka terserempak dengan seorang buta sedang duduk di taman sedang minta sedekah.

Si buta duduk di hadapan bekas dan di sampingnya ada sekeping kertas keras yang tertulis, “saya buta”. Macam cerita semalam juga, hanya terdapat beberapa keping siling sahaja dalam berkas yang diletakkan di hadapannya.

Reeves melihat betapa usaha si buta untuk menggerakkan orang ramai menghulurkan sedikit wang padanya gagal. Secara spontan Reeves berkata pada rakannya itu dia tahu kenapa usaha si buta gagal dan dia mampu mengubah situasi hanya dengan beberapa penambahan ayat.

Lalu kawannya yag tidak yakin pada kenyataan Reeves bertaruh untuk Reeves membuktikannya.

Reeves lalu memperkenalkan dirinya pada si buta bahawa dia tahu macam mana nak tulis iklan dan berhasrat untuk mengubah ayat yang ada pada kertas si buta itu bagi membantu peningkatan derma.

Si buta bersetuju, lalu Reeves mengeluarkan marker dan mula menulis sesuatu pada kertas kertas si buta dan meletakkannya semula pada tempatnya. Reeves dan rakannya berundur dan melihat perkembangan dari jauh.

Dalam masa sekejap saja situasi mula,berubah. Kelihatan orang yang lalu di depan si buta mula mencampakkan siling ke dalam berkas si buta. Orang yang lain juga mula berhenti dan kelihatan sedang berbual dengan si buta dan mengeluarkan wang kertas untuk diberikan pada si buta.

Sekejap saja bekas wang penuh dan melimpah dan si buta kelihatan begitu ceria sekali….apa yang Reeves buat?

Ya! bagaimana Reeves tulis iklan pada kertas keras si buta?

“Sekarang musim bunga, tapi saya buta  ! “

Itulah ayat yang Reeves tambah di depan perkataan “saya buta” tadi. Reeves menang pertaruhan dengan rakannya dan apa pula yang kita boleh belajar dari cerita tersebut?

Ini lampiran videonya untuk anda tonton:

Tulis iklan dengan jelas

Kalau kita nak tulis iklan, ianya mesti jelas dan boleh difahami dengan terang oleh pendengar atau pembacanya. Untuk membuat iklan atau ayat menjadi terang dan jelas, ayat mesti ada perbandingan yang ketara.

Orang barat menyatakan prinsip ini sebagai, “the contrast principles”.

Lumrah kita sebagai manusia tidak dapat fahami sesuatu dengan jelas apabila tidak ada perbandingan yang ketara. Sebagai contoh apabila kita berkata seseorang itu kaya, ia kurang jelas selagi tidak kita berikan perbandingan seperti kaya berbanding siapa?

Jika saya katakan saya kaya daripada Syed Mokhtar Al-Bukhari, anda akan terus kagum dan ingin berkawan dan rapat dengan saya. Ia menjadi cukup terang betapa kayanya saya berbanding jika saya hanya berkata saya kaya!. Nampak tak?

Dalam kes si buta tadi, orang yang membaca ayat mula, ‘saya buta’, tidak dapat menyelami kekurangan serta kesedihan peminta sedekah tersebut. Apabila ia menambah sekarang musim bunga atau dalam kes perempuan semalam dia menambah, ‘hari ini sangat indah, tetapi saya buta!”….

Semua orang yang celik dan mampu melihat betapa indahnya musim bunga dengan mata mereka terasa bersimpati apabila peminta sedekah itu tidak mampu menikmati keindahan yang mereka samua sedang kecapi. Ia hanya boleh difahami apabila semua orang mampu membandigkan diri mereka dengan si buta.

Rumusannya di sini, jika anda mahu tulis iklan, mahu cakap sesuatu atau mahu menulis sesuatu dalam blog untuk membuatkan orang yang membacanya bertindak, pastikannya ia jelas dan boleh dihayati serta difahami.

Pastikan anda masukkan unsur-unsur perbandingan di dalam ayat anda agar semuanya jelas nyata dan perbandingan mesti amat ketara!.

Begitulah ceritanya untuk sama-sama kita amalkan dalam penulisan atau percakapan pada anak-anak, pekerja atau sesiap saja agar mereka faham dan mula bertindak. Tips ini tidak sempat diterangkan oleh Taukeh Pasaraya Mydin, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin pada hari sabtu lepas mungkin atas kesuntukan masa.

Tetapi kalau kita perhatikan dengan jelas, Taukeh Pasaraya Mydin berjaya memberikan mesej yang jelas bahawa Pasaraya Mydin menawarkan harga yang murah dengan memberikan bandingan, murah berbanding Giant, Tesco, Aeon Big dan lain-lain….

Dan semua orang angguk faham betapa murahnya Mydin…..

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • motivasi
  • Pemasaran
  • tips mengajak orang bertindak
  • tulis iklan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Bagaimana tulis iklan yang berkesan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 11/09/2013
Read More
Next Article
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kenapa perlu henti kerja dan berniaga? syukurlah apa yang ada !

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 13/09/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

29 comments
  1. Itsmaey says:
    11/12/2016 at 9:42 am

    Ringkas dan padat.

    Reply
  2. sabree hussin says:
    14/09/2013 at 10:04 pm

    Tukarkan ayat yang biasa-biasa kepada ayat yang luar biasa 🙂

    Reply
  3. zahar says:
    14/09/2013 at 12:25 am

    Apa tajuk yg tuan baca… betoi kta org bnyk membaca bnyk ilmu kita dpt. T.kaseh share ilmu tuan.

    Reply
  4. Khairul Zamri says:
    13/09/2013 at 9:22 pm

    saya suka dengan penulisan bro, ayat dan olahan yang menarik hebat bahasa bro,

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      13/09/2013 at 9:23 pm

      Terima kasih…alhamdulillah berikan semangat terus menulis

      Reply
  5. Hafizul says:
    13/09/2013 at 9:15 pm

    Hehe..akhirnya excited saya dah terjawab nampaknya..

    Reply
  6. Hairul Azni says:
    13/09/2013 at 10:21 am

    Menunjukkan perkataan yang hampir sama kalau diolah menjadi lebih menarik akan mengubah sesuatu..menarik..
    Terima kasih bro..

    Reply
  7. hafizrahim says:
    12/09/2013 at 10:49 pm

    bagus ilmu ini..mamang patut dipraktikkan dalam apa2 jua bidang sekalipun. terima kasih kerana berkongsi bro

    Reply
  8. Dja@Sishaza says:
    12/09/2013 at 10:01 pm

    Kisah yang memberi inspirasi… ilmu yang sebenarnya sedia ada tapi tidak disedari dan tak dipraktikkan. Terima kasih berkongsi

    Reply
  9. kakiblog says:
    12/09/2013 at 9:46 pm

    terbaik punya entri..cukup mengujakan saya

    Reply
  10. ahmadyani says:
    12/09/2013 at 8:45 pm

    Sebab itulah orang yang berkerjaya sebagai penulis iklan boleh kaya.

    Reply
  11. Izzuddin Fauzi says:
    12/09/2013 at 5:46 pm

    I still remember, ada kawan dulu bahagian marketing pernah cakap… Penulisan iklan nie bukan somthing yang main taram – ada cara menulis. Kadang2 ada syarikat sanggup upah orang tertentu untuk mendapatkan ayat pengiklanan yang tepat dan betul.

    Reply
  12. ema says:
    12/09/2013 at 5:35 pm

    jelas dan difahami..terima kasih…

    Reply
  13. hafiz says:
    12/09/2013 at 1:42 pm

    Yang penting mesti jelas dan mudah difahami

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 3:45 pm

      Jelas kan dengan beri gambaran

      Reply
  14. titan says:
    12/09/2013 at 1:21 pm

    kesimpulannya, mydin dan econsave memang murah. Kat banting..ada econsave je. So, gua lebih bias kepada econsave. haha..mydin jauhh sangat nak pegi..

    Reply
    1. adikensem says:
      12/09/2013 at 2:15 pm

      Memang ECONSAVE murah walaupun Econ tak berapa nak sejuk..hahaha

      Reply
      1. Mohd Shubhi says:
        12/09/2013 at 3:38 pm

        Hahaha, dia save econ sebab tu namanya econsave

    2. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 3:42 pm

      masalah Mydin hanyalah terlalu ramai sangat berbaris nak membeli kat sana

      Reply
  15. adikensem says:
    12/09/2013 at 1:13 pm

    Betul tu, ayat perlu jelas dan mudah faham. Ringkas

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 3:37 pm

      betul…

      Reply
  16. cikgu naman says:
    12/09/2013 at 12:54 pm

    terbaiklah tuan..bukan setakat iklan..dalam proses pengajaran pun praktikal ni

    p/s: rugi saya tak dapat pergi KUM sabtu lepas sebab kena ke sekolah

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 1:03 pm

      Setuju sangat, boleh guna pakai dalam semua urusan sebab semua orang kena buat sale sekarang ni untuk gerakkan orang lain

      Reply
  17. daddydee says:
    12/09/2013 at 10:51 am

    lenggok bahasa amat penting dalam pemasaran sebenarnya….

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 11:35 am

      Betul tu

      Reply
  18. Bahrain says:
    12/09/2013 at 10:02 am

    nak tulis pasal iklan tak berapa pandai, marapu bolehla..
    thanks for sharing..semoga bermanfaat.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 11:36 am

      Insyallah…tq

      Reply
  19. encikarman says:
    12/09/2013 at 8:43 am

    eh terbaikk nih… jarang jumpa benda2 camnih, tq bro, akan di amalkan masa menullis iklan kat blog..hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      12/09/2013 at 11:38 am

      Sama-sama kita cuba amalkan…Insyallah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.