Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kehidupan

Cara nak jadi kaya

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 26/06/2012
  • One comment
  • 5 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0
panduan mudah cara nak jadi kaya

Siapa yang tak nak jadi jadi kaya? jarang sangat untuk menemui orang yang memang dengan sesungguh hati tak nak jadi kaya.

Kalau ada yang berkata dia tak nak jadi kaya, berkemungkinan besar itu hanya perkataan yang sekadar keluar dari mulutnya saja sedangkan dalam hatinya dia ada keinginan nak jadi kaya.

Salah satu kerja besar setiap kerajaan yang memerintah sesebuah negara adalah untuk pastikan rakyatnya keluar dari lembah kemiskinan dan menuju kepada lembah kekayaan.

Adakah untuk menjadi kaya terlalu sukar dan ia hanya hak segelintir orang sahaja? jawapannya sudah tentu tidak, sebaliknya menjadi kaya agak mudah asalkan anda tahu cara nak jadi kaya.

Jika anda nak jadi jadi kaya anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah yang saya sebutkan di bawah. Berikut adalah cara nak jadi kaya untuk anda amalkan:

  1. Ada keinginan untuk kaya. Ini merupakan perkara asas kalau nak jadi kaya. Kalau anda benar-benar tak mahu kaya dengan ikhlas dan lebih suka untuk jadi miskin, saya hormati hasrat anda dan tak perlulah meneruskan pembacaan artikel ini. Kebanyakan orang ada hasrat disudut kecil hatinya untuk jadi kaya tapi tak pernah dinyatakan. Kita lebih mudah dan biasa menyebut aku tak mahu menjadi miskin daripada menyebut aku nak jadi kaya. Ada sedikit perasaan malu untuk menyebut ayat sebegitu.
  2. Nyatakan hasrat mahu kaya itu. Biasakan diri berterus terang dengan diri anda dan juga orang yang rapat dengan anda. Jangan sekadar simpan dalam hati, luahkan dia dengan kata-kata walaupun ketika berseorangan. Anda boleh buat sekarang juga dengan sebutkan ayat ini sampai anda sendiri dapat mendengarnya, “aku mahu jadi kaya!”. Buang rasa malu untuk berterus terang mahu jadi kaya malah itu bukanlah satu dosa yang perlu anda jauhi.
  3. Jangan benci pada orang yang kaya. Ramai orang yang kesempitan hidup sekarang ini menaruh rasa benci pada orang kaya sedangkan dia sendiri mengaku mahu juga jadi kaya. Bagaimana kita dapat jadi kaya sedangkan kita benci orang yang kaya. Manusia jarang mampu menjadi apa yang dia tak suka. Itu perkara asas yang semua orang tahu. Cari alasan kenapa anda perlu suka pada orang kaya dan buang semua penyebab yang membuatkan anda benci pada orang kaya. Biasanya kita benci pada orang kaya kerana percaya bahawa:
    1. Orang kaya itu sombong. Jangan silap faham, pencuci longkang juga ramai yang sombong. Orang yang sombong tidak ada kena mengena dengan status kewangan masing-masing. Anda betul jika membenci orang yang sombong, tapi jangan kaitkan sombong dengan orang kaya.
    2. Orang kaya itu kedekut. Kes ini sama saja dengan perkara di atas. Ada penggemis yang teramat kedekut. Kedekut adalah salah satu sifat jelek manusia dan tak ada kena mengena dengan status kekayaan.
    3. Orang kaya kuat menipu untuk kaya. Ini juga satu salah faham yang ketara. Tak ada orang yang kuat menipu dan dalam masa yang sama menjadi kaya. Kalau kayapun ia hanya sebentar saja. Makhluk yang bernama kaya itu hanya akan kekal bersama dengan orang yang jujur saja. Jika tuannya tidak jujur lambat laun dia kan meninggalkan orang itu.
    4. Orang kaya tidak peduli halal dan haram untuk jadi kaya. Ini juga salah. Orang yang miskin lebih ramai lagi yang langgar perkara haram. Kaki judi tak pernah kaya dalam hidup mereka dan mereka sentiasa melanggar perkara haram. Orang miskin merempat dan menagih dadah tak segan-segan mencuri untuk mendapatkan sedikit wang dan mereka tak pernah kaya dengan cara itu. Tak kenal mana halal dan mana haram tak ada kena mengena dengan status kekayaan.
    5. Orang kaya itu kejam. Ini juga sangkaan pelik. Orang miskin lebih ramai yang kejam. Ada yang bunuh dan menyiksa anak. Ada yang kerjanya suka pukul orang bila tersalah sedikit sahaja. Ada yang panas baran tak tentu hala. Ini juga tak ada kena mengena dengan status kaya atau miskin.
    6. Orang kaya banyak penyakit. Ini tak betul. Orang miskin juga terlalu ramai yang sakit. Sila pergi jenguk ke hospital dan lihat keadaan sebenar orang yang sakit. Adakah ia ada kena mengena dengan status kekayaan. Sudah tentu tidak.
    7. Nak jadi kaya kena kerja terlalu kuat sedangkan kita tidak sanggup buat begitu. Ini juga salah. Lihat di sekeliling kita. Berjuta manusia yang bekerja amat kuat saban waktu dan mereka tidak juga menjadi kaya.
    8. Banyak lagi sangkaan salah kita yang lebih kurang sama dengan yang telah saya senaraikan di atas dan semuanya cuma satu andaian tidak rasional untuk tenteramkan hati kita yang merasa sukar untuk menjadi kaya macam orang lain yang kita lihat kaya. Apa yang kita perlu lakukan adalah membezakan sifat buruk dengan sifat baik sahaja tanpa kaitkannya dengan status kedudukan manusia. Benci saja sifat yang buruk dan tanam azam untuk jadi baik samada dalam keadaan sekarang atau bila kita kaya nanti.
  4. Betulkan definisi kaya. Jangan ikut makana kaya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Jika anda faham definisi itu anda tentu sedar bahawa rupanya amat mudah untuk menjadi kaya.
  5. Pastikan anda ada pendapatan. Asalkan anda ada kerja yang halal tak kira banyak mana, anda telah melayakkan diri untuk tersenarai sebagai orang yang kaya. Yang penting sekali anda tidak perlu membandingkan jumlah kekayaan anda dengan orang lain. Ia kerja sia-sia yang terlalu memenatkan. Anda hanya perlu fokus pada definisi yang telah saya berikan tentang apa itu kaya. Insyallah anda selamat.
  6. Tuliskan hasrat ‘aku  nak jadi kaya’ itu samada dalam diari atau dalam buku nota anda. Anda juga boleh menulisnya dalam blog yang baru anda buat. Tak perlu ada orang lain membacanya, cukup sekadar untuk diri anda sendiri. Tuliskan juga bagaimana anda anda akan lakukan untuk menjadi kaya berdasarkan definisi kaya sebenar yang saya berikan. Tulis juga gambaran diri anda apabila anda sudah menjadi kaya, ini akan memberikan motivasi yang kuat untuk anda istiqamah. Ulang baca sekurangnya seminggu sekali dan buat perubahan jika perancangan anda berubah.
  7. Luangkan masa sejam sehari berseorangan. Ini sudah terbukti amat berkesan. Jika anda istiqamah selama dua tahun ia sudah cukup untuk membuatkan anda benar-benar jadi kaya.
    1. Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan pendapatan anda dalam masa sejam itu dan buka minda anda kepada segala kemungkinan yang masuk akal.
    2. Fikirkan juga bagaimana anda boleh kurangkan lagi keperluan anda. Kadangkala kita sengaja menjadikan sesuatu itu keperluan kerana terikut-ikut apa yang orang harapkan daripada kita. Jiran dan kawan-kawan juga memainkan peranan mempengaruhi kita mencipta keperluan yang tidak perlu.
  8. Buat keputusan untuk bahagia sekarang juga tanpa syarat. Jangan jadi silap seperti kebanyakan orang yang mengandaikan mereka tentu bahagia jika mereka kaya. Jangan letakkan syarat untuk kaya. Hampir mustahil untuk anda bahagia dalam keadaan anda tidak bahagia sekarang. Hanya bahagia yang mampu membuatkan anda bahagia. Anda hanya akan bahagia jika anda mula menerima keadaan diri anda seadanya.
  9. Belajar untuk suka pada diri sendiri dan apa saja yang kita ada. Jika kita suka dengan diri sendiri, kita akan mula berhenti dari membandingkan diri kita dengan orang lain. Biarlah kita botak dan orang lain rambutnya lebat ia tak ada kena mengena dengan bahagia.
  10. Duduk di depan cermin setiap hari sebentar. Lihat orang di depan itu dan bisikkan dengan perlahan, “itulah orang yang aku suka…”. Orang yang di depan itu juga yang akan membantu aku menjadi kaya dan aku boleh berharap padanya. Jadikan amalan ini setiap hari sehingga anda berjaya.
Saya rasa senarai cara nak jadi kaya di atas sudah cukup baik untuk diamalkan segera. Tak perlu lagi untuk memberikan langkah yang terperinci untuk membuatkan anda jadi kaya sebab jika kesemua itu anda lakukan, jalan menuju kekayaan akan datang sendiri pada anda.
Selamat mencuba dengan cara nak jadi kaya di atas.
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • cara nak jadi kaya
  • jadi kaya
  • jangan malu nak kaya
  • petua kaya
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Rahsia mengemas rumah dan berjaya dalam kehidupan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/06/2012
Read More
Next Article
  • Kreatif
  • Petua ringkas
  • Tabiat

3 langkah jadi Melayu kreatif

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/06/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

1 comment
  1. zulfikar bin ahmad says:
    06/07/2015 at 8:15 pm

    saya susah mahu menjadi seorang yang berjaya dan kaya bagaimana perlu mencari wang yang banyak..saya berkerja bertahun tahun tapi wang saya tidak pernah cukup saya berbalaja. .mungkin ini dapat tolong saya untuk berlaja hari hari. .saya mintak tolong sangat sangat untuk membantu saya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
    • Keusahawanan
    • Tabiat
    Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Tabiat
    Buang terus 13 perangai buruk ini kalau serius nak berjaya
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.