Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
553
2K
278
14
0
  • Kehidupan

Cerita ditipu untuk memulakan perniagaan

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 24/09/2013
  • 27 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Gunakan Jomniaga.com untuk memulakan perniagaan anda
Semua orang pernah kena tipu. Pandai macam manapun seseorang itu, kaki penipu sentiasa lebih pandai mencari jalan untuk menipunya. Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah bagaimana saya ditipu seorang kenalan yang mahu memulakan perniagaan.

Berjumpa kenalan lama

Sham merupakan kenalan sewaktu bekerja di sebuah syarikat multinasional dulu. Dia bertugas dalam jabatan penyelengaraan, manakala saya bertugas di jabatan Perancangan jualan dan pengeluaran.

Sewaktu sama-sama bertugas, kami hanya saling kenal mengenali atas urusan kerja sahaja dan bukanlah berkawan rapat. Bila saya berhenti dan mula berniaga. Masing-masing membawa hala tuju sendiri.

Satu hari, setelah 9 tahun tak pernah lagi berjump, saya bertemu Sham di sebuah kedai tidak jauh dengan pejabat perniagaan saya. Kami berbual pendek dan saling mengemaskini perkembangan masing-masing.

Sham masih makan gaji tetapi sudah berubah majikan. Dia bertugas sebagai pengurus syarikat parkir di Selangor. Kerjanya adalah memantau seluruh mesin letak duit untuk parkir di kawasan sekitar Majlis Bandaran Shah Alam dan juga Majlis Bandaran Subang Jaya.

Sebelumj bertugas di situ dia menjalankan perniagaan jual kereta. Tetapi tak berapa menjadi dan pendapatannya tak cukup lalu mengambil keputusan untuk makan gaji semula.

Gaji yang dia dapat di syarikat parkit itu juga tak berapa cukup, tapi kerjanya lebih bebas dan dia sering ambil kerja tambahan untuk menguruskan kerja-kerja dokumentasi sebuah syarikat penghantaran barang. Itulah yang dia beritahu saya.

Perbualan kami habis di situ dengan saya dapat maklumat bahawa Sham ada pengalaman logistik dan Sham pula ada maklumat saya ada perniagaan yang stabil.

Peluang memulakan perniagaan hantar barang

Tak berapa lama kemudian, Sham menghubungi saya semula. Dia mahu berjumpa untuk bertanyakan pendapat tentang perniagaan. Saya pun meluangkan masa untuk berjumpa dengannya pada malam hari itu.

Ketika bertemu, Sham menceritakan peluang yang ditawarkan oleh Boss di tempat kerja part-time-nya. Mereka menghadapi masalah kekurangan sub kontraktor untuk kerja-kerja menghantar barang di sekitar Putrajaya dan Puchong.

Ada satu lagi peluang yang ditawarkan oleh syarikat Citylink untuk mengambil sub kerja hantar barang di sekitar Bangsar dan Damansara. Sham mengenali pengurus operasi Citylink daripada Boss kerja part-timenya.

Ringkasnya Sham, pada malam itu membentangkan pada saya peluang untuk melibatkan diri dalam industri penghantaran barang yang semakin berkembang sejak pembelian online mula meningkat di seluruh dunia.

Bagi saya semua itu logik sebab dah lama memerhatikan perkembangan aktiviti pembelian online ini sejak dulu yang mana urusan pos surat telah dijantikan kepada urusan pos barang. Ertinya kerja posmen masih relevan dan tak akan mati dengan perkembangan industri kedai online.

Sham menyuarakan hasratnya untuk mengajak saya menjadi pelabur dalam perniagaan yang diminatinya itu. katanya dia ada pengalaman daripada kerja hantar barang samapilah kepada kerja buat tuntutan bayaran. Saya setuju menjadi penasihat asalkan Sham jalankan perniagaan tersebut dengan betul.

Untuk memantapkan lagi perniagaan yang akan bibentuk itu saya senaraikan beberapa lagi tenaga mahir yang memang dah lama dalam industri logistik sebagai rakan kongsi jika mereka berminat.

Saya hanya mahu melihat aspek pengurusan perniagaan dan berikan modal dan aspek operasi serta teknikal saya tak mahu ambil tanggung jawab. Sham setuju dan cukup gembira dengan penuh bersemangat.

Belum memulakan perniagaan dah ada peluang

Selang tak berapa lama Sham menghubungi saya dan mahu berjumpa dengan kadar segera. Katanya ada kerja segera yang dia dah dapat dari Boss tempat kerjanya. Sham mahu terus jalankan kerja tersebut sebagai permulaan.

Saya tak berapa setuju sebab ianya terlalu tergesa-gesa sedangkan syarikat yang dirancangkan masih belum ditubuhkan lagi. Jika hendak dijalankan kerja tersebut, atas syarikat mana mahu diuruskan?. Sham mencadangkan agar syarikat induk kepunyaan saya dipakai terlebih dulu.

Dia tak kisah kerana katanya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Sebelum pulang dia minta modal untuk buat kerja hantar barang esok. Saya bertanya berapa jumlah yang cukup? Dia minta RM3 ribu sahaja. Katanya untuk kerja 3 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya hanya berikan RM1 ribu. Untuk modal sehari dan modal selanjutnya akan diberikan selepas dia membentangkan semua dokumen serta bil-bil berkenaan keesokkan harinya. Duit seribu itupun saya suruh dia ambil di pejabat induk saya esok supaya ada bukti pemberian.

Saya mengarahkan pejabat bersedia esok pagi dan berikan semua maklumat tentang Sham pada mereka. Keesokan paginya Sham muncul dan duit seribupun diberikan.

Dengan modal seribu itu, Sham menggunakan kenderaannya untuk hantar barang. Itulah yang dia nyatakan pada saya apabila saya menghubunginya pada petang hari itu untuk mengikuti perkembangan lanjut. Saya meminta untuk dia datang bertemu saya pada malam harinya untuk butiran lanjut.

Sham gagal untuk datang kerana sibuk katanya. Dia kata akan bertemu esok dan katanya lagi modal dah cukup untuk dia buat kerja pada hari kedua….akhirnya sampai sekarang dia tak bertemu lagi dengan saya.

Telefon tidak pernah lagi diangkat dan saya sebenarnya telah menjadi mangsa kecekapan Sham mendapatkan wang dengan cara yang mencurigakan.

Apa yang berlaku pada Sham sekarang saya tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Mungkin dia ada masalah tersendiri yang tidak dinyatakan pada saya. Segalanya berlaku terlalu pantas walau saya cukup berhati-hati dalam transaksi perniagaan.

Moga jadi pengajaran untuk semua dengan cerita di atas…jangan tergesa-gesa untuk memulakan perniagaan terutamanya dengan rakan kongsi yang muncul tiba-tiba setelah lama terputus hubungan.

Selamat berhati-hati dalam perniagaan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan, elok gunakan saja JomNiaga

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • hantar barang
  • kaki penipu
  • kena tipu
  • memulakan perniagaan
  • penjam duit untuk memulakan perniagaan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan

Alat troubleshoot perniagaan anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 23/09/2013
Read More
Next Article
kuasai teknik pengucapan awam
  • Pidato

Contest – Tulis pasal Pengucapan Awam

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 27/09/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

27 comments
  1. ohcikgu says:
    26/09/2013 at 5:34 pm

    fuhh..macam-macam cerita kena tipu ye..

    Reply
  2. sepol says:
    26/09/2013 at 9:39 am

    nasib baik dia buat hal masa awal2 nak mula perniagaan… kalau buat hal masa tengah rancak berniaga lagi kacau…

    Reply
  3. kakiblog says:
    26/09/2013 at 12:49 am

    memang dasar penipu dan satu kesilapan terbesar menipu insan sebaik tuan..tak ramai orang mahu bantu orang lain buat perniagaan selain nak bolot sorang-sorang..

    petua nak tahu jenis penipu nie ialah perkataan yang keluar dari mulutnya ialah manis,lembut dan mempersonakan..

    Reply
  4. adikensem says:
    25/09/2013 at 11:57 pm

    Ada 2 perkara yang boleh belajar di sini
    1) Berhati dalam memilih rakan niaga
    2) Sentiasa bermula dengan modal kecil sebelum bersedia untuk rugi berjuta kerana ia membina mental kuat dan jiwa besar

    Reply
  5. titan says:
    25/09/2013 at 10:36 pm

    memang dah tak jumpalah sehingga ke hari ini sham tu?

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      26/09/2013 at 11:10 pm

      Tak jumpa dah, mungkin dia mengelak..

      Reply
  6. ahmadyani says:
    25/09/2013 at 10:24 pm

    Kalau diikut definisi rezeki. Duit itu sudah jadi rezeki dia, tapi rezeki haram yang menjadi bahan bakar di neraka nanti.

    Reply
  7. TehR says:
    25/09/2013 at 5:52 pm

    salah satu cara senang untuk hidup susah tu
    sampai bila2 pun hati tak tenang

    Reply
  8. Hazmin Hamudin says:
    25/09/2013 at 5:45 pm

    Sayangnya mempersia-siakan kawan yang sanggup menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Kalau jumpa Sham tu mau kena sekeh je. Hehe

    Reply
  9. Hafizul says:
    25/09/2013 at 3:48 pm

    Emm resiko dalam perniagaan kan bro..hehe..betul tu..baik jomniaga senang..

    Reply
  10. hafiz says:
    25/09/2013 at 12:30 pm

    Memang cekaolah sham tu…cekap menipu…

    Reply
  11. suri says:
    25/09/2013 at 12:21 pm

    orang sekarang nak dapat duit ada banyak cara sampai ada pula meragut nyawa dan dah tka kenal adik beradik sendiri..

    Reply
  12. ema says:
    25/09/2013 at 11:27 am

    sungguh licik caranya utk menipu hinggakan mudah utk kita percaya…

    Reply
  13. blogger lelaki says:
    25/09/2013 at 1:57 am

    begitu ramai sebenarnya orang ynag lici dalam ba duit ni..jadi kita kena selalu berhati-hati

    Reply
  14. puteri kasih says:
    24/09/2013 at 10:49 pm

    bila melibatkan bab duit..memang perlu berhati-hati

    Reply
  15. pahan says:
    24/09/2013 at 8:52 pm

    manusia ni kalau part duit susah ckit. semua orang boleh berubah kan.hehe

    Reply
  16. Neu says:
    24/09/2013 at 8:27 pm

    theme bro asyik bertukar, rasanya plugin mobile yg bro pasang timbulkan masalah. view desktop tp keluar mobile version

    Reply
    1. pahan says:
      24/09/2013 at 8:51 pm

      aku ok je bro 🙂

      Reply
    2. Mohd Shubhi says:
      24/09/2013 at 10:26 pm

      Tq bagi feedbacak, saya dah disable plugin tu…tq

      Reply
  17. AUC says:
    24/09/2013 at 6:48 pm

    moga kisah ni jd pengajaran bagi kita bersama

    ps: betul2 ringkas theme ni bro, x pernah jumpa lg blogger seringkas ini…. 🙂

    Reply
    1. AUC says:
      24/09/2013 at 6:50 pm

      aikkk tengah komen, theme lain pulak, masih mencari keseraian mcm saya jugak cuma berbeza citarasa hehehe, yg ni lagi cantik bro 🙂

      Reply
      1. Mohd Shubhi says:
        24/09/2013 at 10:27 pm

        ada masalah dengan plugin mobile…tengah betulkan TQ

  18. onlajer says:
    24/09/2013 at 6:33 pm

    saya percaya dia ni mesti dah malu nak jumpa bro.
    Tapi betul la bab duit walaupun rakan sendiri mesti berhati – hati

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      24/09/2013 at 10:23 pm

      semua kena hati-hati kawan atau bukan

      Reply
  19. zool says:
    24/09/2013 at 4:57 pm

    betul tu.. saya pula ada pengalaman rakan yang hangat2 tahi hayam dan akhirnya saya kena urus sendiri..

    kena hati2 memilih rakan kongsi ni.. kalau silap memang penat.. bukan hanya habis duit, tapi penat gak menyimpan dendam dalam hati.. huhuhu

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      24/09/2013 at 6:18 pm

      Marah la jugak…tapi elok maafkan sajalah…!

      Reply
  20. Mus says:
    24/09/2013 at 3:04 pm

    jika kenalan lama muncul kembali secara tiba-tiba, pasti ada ‘sesuatu’ tu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.