Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/06/2020
  • No comments
  • 8 minute read
Total
6
Shares
6
0
0
0
0
0

Saya nak kongsikan satu cerita ringkas berkenaan bisnes, ekonomi dan kehidupan. Watak orang biasa-biasa, macam anda dan saya (saya yakin 100% tak ada seorangpun orang bukan biasa-biasa yang ada masa nak baca blog macam ni) dengan selitan satu watak korporat buat perbandingan.

(Nota: Saya yakin 100% tak ada seorangpun orang bukan biasa-biasa yang ada masa nak baca blog macam ni.)

Anda tentu tahu, majoriti besar manusia adalah dari golongan yang biasa-biasa sahaja. Kita bukan orang yang dikategorikan sebagai ‘bukan biasa-biasa’. Atau ada juga yang sebut, ‘bukan beshe-beshe’.

Orang bukan besha-besha adalah seperti para pemimpin politik yang besar-besar macam Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, terlebih lah lagi, Datuk Seri Najib. Juga para pemimpin politik terkenal  yang ada di negara kita.

Kita juga bukan masuk dalam kumpulan para pemikir dan intelektual yang besar-besar seperti Jomo Kwame Sundaram, Dr Muhammed Abdul Khalid dan seumpamanya.

Kita juga bukan seperti saudagar dan peniaga besar-besar seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan, Quek Leng Chan, Teh Hong Piow, Tony Fernandes, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Bukan juga celebriti top macam Neelofa, M Nasir, Yuna dan ramai lagi. Yang tweet mereka seperti, ‘hari ini Isnin’ saja, akan ada like dan share sampai puluhan atau ratusan ribu!. Macamla retis tu sorang saja yang tahu hari ini Isnin.

Anda dan saya hanya insan biasa. Tak ada siapa yang nak buat cerita pasal kita yang bisnes biasa-biasa ni. Tak ada nilai komersial lansung bagi media. Orang pun rasa menyampah nak baca cerita simple hidup kita.

Ohbulan.com tak lapaq nak tulis satu artikel pun pasal kita.

Kisah kucing artis popular yang cirit salah makan, jauh lebih mendapat tempat bagi ohbulan berbanding kisah saya yang saban hari menggigil cari sales, agar syarikat pest control saya dapat hidup dan bayar semua gaji pekerja.

Orang biasa-biasa terlalu biasa

Itu lumrah kejadian manusia. Lebih peka kepada yang bukan beshe-besha berbanding biasa-biasa. Tak perlu nak rasa kecil hati.

Kita pun sama macam tu juga. Lebih tertarik dengan yang bukan besha-besha.

Dapat duduk makan satu kedai dengan seorang Najib, yang kebetulan singgah makan di kedai yang sama sudah mampu menjadi koleksi cerita kita seumur hidup. Diulang cerita setiap kali ada kesempatan.

Bayangkan betapa fokusnya kita pada bukan biasa-biasa. Bagaimana orang ramai akan berkumpul satu kampung melawat sebuah rumah di mana tuannya ada cekup seekor biawak yang punya 2 kepala.

Bukan saja orang kampung dari merata tempat akan pergi. Media juga akan hantar wartawan mereka untuk kutip cerita.

Sedangkan biawak tu terang dan nyata dilahirkan cacat! Itu biawak cacat adik kakak abang woi!.

Yang lebih hebat adalah biawak normal yang tak cacat tu. Yang ada berjuta-juta zaman berzaman dengan tahap konsisten yang sangat luar biasa.

Tapi disebabkan biawak normal tak cacat adalah sesuatu yang kita dah biasa jumpa dari kanak-kanak sampai dewasa, maka ia tak jadi luar biasa.

Kalau anda buka semua buku hikayat dan sejarah Melayu lama macam itu juga.

Mereka tak cerita dan tak ambil kisah pasal orang biasa-biasa.

Tak ada mereka nak cerita kisah petani susah kerja ambil upah potong kayu kat kampung. Tak ada juga cerita pemuda miskin sabung nyawa panjat pokok tinggi ambil madu untuk cari makan bantu keluarganya.

Kalau ada dalam cerita Melayu watak macam tu, tak sempat nak cam rupa mereka dah tamat riwayat meninggal dunia dalam cerita. Semua watak biasa-biasa sama tak ubah macam batu kerikil atas jalan raya. Hilang 100 biji tak ada siapa nak periksa.

Bahan sejarah atau tinggalan seni kita adalah cerita anak raja berkenan kat perempuan lawa. Lalu suruh pahlawannya pergi kidnap dengan segera.

Anda tentu pernah baca cerita Hang Tuah. Baca kisah Hang Tuah anda akan faham seolah-olah kerja pahlawan hebat itu hanyalah pergi bunuh, tewaskan orang atau culik perempuan untuk rajanya.

Begitulah lumrah kehidupan.

Jadi saya nak ubah sikit semua tu. Nak tumpu cerita pasal orang biasa-biasa saja. Kalau hang pa tak sukapun saya tak nak kata apa-apa. Memang itu perkara biasa.

Jom kita layan cerita ringkas di bawah. Saya dah pernah kongsikan dalam artikel sebelum ni. Tapi cerita best tentang kehidupan tak rugi ulang berkali-kali.

Kali ni saya buat semula. Tapi saya ubah pelakonnya. Tak kisah siapa pelakonnya. Yang penting pelajaran yang boleh diambil dari cerita tu.

Kisah nelayan dan ahli korporat

Mat seorang nelayan kecil. Setiap hari dia akan ke laut awal-awal pagi pergi tangkap ikan dengan perahu kecilnya. Sejak remaja dan sekarang dah lewat 40-an, dia buat kerja itu. Itulah sumber pendapatannya. Dengan semua hasil itu dia bela anak dan isterinya di kampung nelayan tu.

Mat. keluarganya dan ramai lagi kawan-kawan mereka kat kampung nelayan tu hidup sederhana dengan cara mereka. Susah senang, naik dan turun, itulah gaya kehidupan yang mereka pilih.

Di satu dunia lain pula ada seorang ahli korporat hebat. Tan Sri Wahid, nama ahli korporat tu.

TS Wahid seorang CEO. Dia juga founder syarikat yang dia mulakan, pupuk dan bina sejak 15 tahun dahulu. Syarikat tu sekarang dah terkenal gilang gemilang. Tersenarai di bursa saham. Sejak mula disenarai awamkan hingga sekarang nilainya naik mencanak.

Itu semua hasil kegigihan usaha TS Wahid dengan visinya yang jelas jauh ke depan. Dah lebih 15 tahun dia kerja tanpa henti. Dia tak pernah ambil cuti seharipun sejak dari mula berusaha membina impiannya.

TS Wahid kerja siang dan malam untuk pastikan syarikatnya jadi hebat. Makin berjaya, makin sibuk TS Wahid. Dia dijemput berceramah. Diminta pendapatnya dari pelbagai isu yang menyentuh ekonomi dan perniagaan. Dia juga dilantik jadi penasihat di banyak syarikat.

Hari itu TS Wahid berada di Kampung Nelayan tempat tinggal Mat yang saya ceritakan di awal tadi. Mungkin baru tersedar gamaknya. Dia mendapat hidayah untuk ambil cuti rehatkan diri.

Sebenarnya TS Wahid dipaksa. Melalui pujukan, oleh ramai orang yang mengambil berat terhadap dirinya.

Sebab itu dia ada kat kampung kecil nelayan tu. Kampung yang aman damai jauh dari kesibukan kotaraya besar yang tak pernah tidur sehari 24 jam.

Pagi yang dingin, TS Wahid sedang jalan menghirup angin segar. Dia lalu di tepi kawasan jeti nelayan.

Di depannya kelihatan seorang nelayan sedang ikat bot kecil. Nelayan itu ialah Mat. Dia baru saja sampai balik, dah selesai kerja tangkap ikan rutinnya itu.

TS Wahid jalan perlahan-lahan ke depan. Sementara itu, Mat dah meloncat naik ke atas dan berjalan atas jeti sambil menjinjing seberkas ikan hasil tangkapannya untuk dibawa balik.

Mat dan TS Wahid bertembung.

TS Wahid lemparkan senyuman manis gaya korporatnya pada Mat. Lalu dibalas senyuman itu oleh Mat. Kulit berkilat gelap, terbakar dek matahari yang melekat pada muka Mat tidak menghalang kemanisan senyumnya terpancar ikhlas.

“Balik tangkap ikan ke?”, sapa TS Wahid.

“Ya!”, jawab Mat. Masih tersenyum sambil angkat tinggi hasil tangkapan yang dipegangnya.

TS Wahid berhenti depan Mat. Isyarat berminat nak bersembang. Tak sukar untuk Mat faham isyarat kemanusiaan itu. Dia juga berhenti. Tunggu pertanyaan lanjut dari TS Wahid.

“Banyak juga tu! Berapa lama ambil masa nak buat tangkapan banyak tu?”, keluar satu lagi pertanyaan dari mulut TS Wahid.

“Tak lama sangat. Ada la dalam 2 jam kot!”, jawab Mat laju.

“Waaa! tak lama sangat tu. Buat apa dengan semua ikan tu?” tanya TS Wahid lagi. Dia makin berminat nak tahu. Itu pengalaman baru bagi dirinya.

“Saya ambil sikit untuk lauk kami anak beranak di rumah. Bakinya saya tolak kat kedai kawan.” jawab Mat bangga.

“Cukup ke?”, soal TS Wahid lagi sambil kerut hampir bersambung kedua kening lebatnya itu.

“Maksud saya, boleh hidup ke dengan semua hasil macam tu?”, tambah TS Wahid lagi supaya lebih jelas.

“Lebih daripada cukup .. hehe .. “, ketawa kecil keluar dari mulut Mat yang rasa lucu dengan pertanyaan TS Wahid tu.

“Selalunya lepas habis tangkap ikan ni, balik, buat apa pulak?”, TS Wahid tanya lagi.

“Biasanya saya balik rehat dan layan isteri. Tidur sebentar. Bangun layan anak-anak dan isteri serta keluarga sampai lewat petang. Malam saya keluar jumpa kawan-kawan. Buat apa-apa aktiviti  yang patut sesama kami. Lepas tu balik tidur sebab esok nak kena bangun awal ke laut” panjang lebar Mat jawab.

Terdiam panjang juga TS Wahid dengar jawapan tu.

Orang korporat macam dia sangat sensitif dengan produktiviti. Setiap saat adalah emas yang berharga yang perlu diisi penuh dengan usaha gigih. Perlu diisi dengan kegiatan bermanfaat. Perlu pastikan ada pergerakan dan peningkatan mendekati sasaran kehidupan.

Tak cukup dengan diari, tambah lagi buku nota kecil. Tambah pulak dengan ‘productivity tool apps’. Guna smart phone. Ada secretary susun jadual dan susun appointment. Ada driver, yang juga dibekalkan dengan smart apps.

Ada laporan prestasi kegunaan masa. Cadangan penambah baikan masa supaya lebih cekap. Dibekalkan pula pembantu peribadi untuk susun atur pengisian masa dengan aktiviti dan sebagainya.

Orang macam TS Wahid ramai yang dah lupa macam mana bau bunga melur. Dah terlalu lama tak sempat tengok semua itu. Ramai juga dah terlupa bagaimana rupa kumbang tanduk atau kumbang pokok kelapa yang hitam merah tu.

Kesibukan mengejar masa membuatkan semua itu jadi tidak relevan dalam kehidupan.

“Mahu tak saya berikan satu idea hebat yang tuan boleh buat”, laju dan spontan kata TS Wahid kepada Mat.

TS Wahid nampaknya bermurah hati hari tu. Biasanya nasihat bisnes yang keluar dari mulut TS Wahid bukannya percuma. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya adalah duit.

Memang Mat beruntung hari ni. Itulah yang ada dalam fikiran TS Wahid

“Idea apa tu tuan?”, Mat berminat nak dengar.

“Apa kata mulai esok, tuan pergi ke laut macam biasa, tapi luangkan masa lebih lama … “, TS Wahid berikan penjelasan.

Dia anjurkan Mat untuk gunakan sekurangnya sehari 8 jam untuk kerja tangkap ikan. Dengan masa 2 jam sahaja Mat dah mampu dapatkan hasl tangkapan yang mencukupi dan masih ada ruang untuk jual dapat duit. Dah tentu jika 8 jam diluangkan, hasilnya adalah berkali-kali ganda!.

Dengan hasil tangkapan banyak sebegitu, tak lama, Mat akan mampu beli satu lagi bot kecil. Dia boleh upah orang untuk tangkap ikan. Hasilnya akan bertambah lagi. Lepas itu akan ada 3, 4, 5, .. dan begitulah peningkatan dan perubahan akan berlaku.

Mat akan melakukan satu transformasi yang hebat. Dia akan mampu membina stor simpanan kan siap dengan cold box. Usahanya akan berubah dari sekadar nelayan kepada satu perindustrian. Pekerjanya akan bertambah, pendapatannya juga akan naik berganda-ganda.

Mat akan punya kapal besar ke laut dalam. Bukan hanya sekadar bot kecil nelayan saja. Dia juga ada gudang simpanan dan proses hasil tangkapan laut.

Tak lama lepas itu, dia terpaksa pisahkan antara pusat operasi dan pusat pengurusan.

Mat akan punya pusat pengurusan industri perikanannya sendiri di Kota Raya. Dan syarikat Mat akan bersedia untuk disenarai awamkan dalam bursa saham utama negara.

“.. syarikat tuan akan disenaraikan di bursa saham utama .. itulah kepakaran saya ..”, terang TS Wahid. Matanya bersinar galak. Puas sebab itu dah jadi kepakarannya selama ini. Tambah pulak Mat dengar kusyuk ternganga.

“Ini bahagian yang paling best!”, sambung TS Wahid lagi.

“Tuan boleh jual semua pegangan saham tuan selepas itu dan balik kampung rehat! hahaha .. !” TS Wahid gelak kuat berdekah-dekah. Rasa sangat puas bila berjaya sampai ke tahap itu.

“Tuan akan balik kampung dengan duit dalam akaun 2 ke 3 ratus juta !, hahaha”, makin kuat ketawa TS Wahid.

“Wuii! banyaknya! Berapa lama ambil masa untuk buat semua tu?”, soal Mat nampak takjub.

“Dalam lebih kurang 15 tahun saja!”, pantas TS Wahid jawab.

“Apa saya nak buat dengan semua duit banyak macam tu?”, tanya Mat lagi ternganga.

TS Wahid terdiam sejenak dengan soalan itu. Lama dia fikir baru dia dapat jawapan.

“Errr .. tuan boleh hari-hari duduk rehat layan anak, isteri dan keluarga. Buat banyak aktiviti dengan kawan-kawan kampung, santai dan enjoy dengan kehidupan tuan !”, jawab TS Wahid.

“Ok!, tapi itu semua memang saya dok buat dah sekarang ni. Kenapa nak tunggu 15 tahun lagi kerja teruk untuk datang buat benda yang sama?”, tanya Mat kehairanan.

Soalan itu membuatkan TS Wahid termenung panjang. Entah apa yang dia fikirkan. Matanya tidak berkedip memandang jauh ke laut seperti ada sesuatu yang sedang berlaku dalam pemikirannya.

TS Wahid masih terkedu. Dia hulurkan tangannya pada Mat, bersalam dan terus bergegas balik.

Siapa sebenarnya yang belajar dan siapa yang mengajar sekarang mungkin jadi persoalan dalam kepala TS Wahid.

Anda sendiri. Apa yang anda belajar dari semua cerita kat atas tu?

6
0
Share 6
Tweet 0
Total
6
Shares
Share 6
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • Bursa Saham
  • cerita kampung
  • cerita korporat
  • nasihat bisnes
  • nelayan
  • senarai saham
  • tangkap ikan
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Berita

Berita Bisnes – Syarikat teknologi dari Tokyo, Terra Drone Corp bertapak di Malaysia

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/06/2020
Read More
Next Article
  • Mula berniaga

2 sebab kenapa anda perlu mulakan perniagaan sekarang juga

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 29/06/2020
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.