Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Kehidupan

Inspirasi 10 perkara bahagia #1: Nurulain Mohd Suffian

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 05/06/2013
  • 3 comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Sebagaimana yang saya janjikan sebelum ini untuk para pembaca menghantar 10 perkara yang membahagiakan yang menjadi amalan selama ini, saya kongsikan bingkisan pertama daripada pembaca seperti yang bernama di atas.

Moga ini menjadi permulaan bagi pembaca yang lain yang ingin memberikan sumbangan khidmat bakti agar kita semua terutamanya para pembaca blog Hidupringkas.com ini dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat, ringkas dan mudah.

Berikut perkongsiannya:

Assalamualaikum Tuan Shubhi,

Saya sering follow penulisan dan perkongsian tuan di dalam laman Hidup Ringkas. Saya juga rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi 10 perkara yang membahagiakan saya sebagai ‘positive booster’ peribadi untuk diri saya.

Dan saya tak kisah pun jika tak dapat peluang untuk dipaparkan dalam laman HR kerana berkongsinya secara peribadi dengan tuan sahaja sudah menjadikan hari saya cukup bahagia!

Berikut adalah 10 senarai perkara yang membahagiakan saya:-

Beri tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan di dalam LRT

Setiap pagi, menjadi rutin saya untuk menaiki LRT untuk ke pejabat yang terletak lebih kurang 40 minit dari stesen Kelana Jaya.

Dan kebiasaannya, suhu sejuk dalam LRT di pagi hari memudahkan seseorang yang mendapat tempat duduk untuk tertidur sebaik sahaja beberapa minit perjalanan (tidak mengira usia).

Memberikan tempat duduk kepada orang tua/OKU, ibu yang mengandung atau anak-anak kecil memberi rasa bahagia kepada saya.

Solat jemaah bersama suami

Saya dan suami sudah setahun berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Pun begitu, saya rasa sungguh bahagia untuk berada di sampingnya dan berpeluang solat berjemaah Subuh, Maghrib dan Isyak bersama-sama (kerana Zuhur dan Asar masing-masing di pejabat) serta mengaminkan doanya.

Telefon ibu dan mendengar suaranya

Abah saya baru meninggal hujung tahun 2012 yang lepas. Sejak arwah abah meninggal, ibu saya tinggal dengan adik-adik saya yang masing-masing berumur 24, 15, 9 dan 8 tahun di rumah peninggalan arwah abah di Sentul.

Rumah itu terletak berhampiran dengan rumah saudara-mara kami yang lain termasuklah Nyai dan Atuk saya (ibu dan bapa kepada ibu saya). Manakala saya tinggal di Kelana Jaya sejak berkahwin kerana memilih untuk hidup berdikari.

Menelefon ibu setiap hari untuk bertanya khabar seminit dua dan mendengar ceritanya dari corong telefon membuat hati ini lega. Sekurang-kurangnya saya tahu, ibu baik-baik saja. Dan setiap 2 minggu sekali kami berjumpa. Ya, ibu ratu hatiku.

Membuat orang ketawa dengan jenaka ringkas

Saya seorang yang peramah dan ramai kawan. Pada orang yang saya tidak biasa mungkin saya kelihatan sedikit sombong dan pendiam.

Namun, kelebihan saya sebenarnya adalah membuat orang ketawa dengan idea-idea ‘gila’ serta sudut pandang saya yang kreatif terhadap sesuatu.

Membuat orang lain ketawa dan tersenyum, terutama suami, keluarga dan kawan-kawan dengan jenaka saya cukup membuatkan hari saya ceria dan bahagia.

Memasak untuk keluarga

Saya seorang wanita bekerjaya dan minat berniaga. Masa saya agak padat setiap hari kerana sentiasa terisi dengan aktiviti.

Namun, memasak untuk keluarga bila ada peluang amat saya hargai kerana air tangan saya dirasa oleh insan-insan yang saya sayang.

Lebih membahagiakan jika ada yang puji dan mengatakan “Sedapnya kakak masak!”.

Bawa adik-adik bersiar-siar di taman permainan

Sejak saya diterima bekerja, sebahagian daripada wang perolehan gaji saya akan saya peruntukkan untuk bersiar-siar dengan adik-adik saya.

Bawa mereka ke taman permainan seperti KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa saja sudah cukup menyeronokkan bagi mereka.

Ketika itulah kami akan saling bergurau-senda, bermain bersama-sama dan kejar mengejar satu sama lain. Membuat adik-adik gembira, buat saya bahagia.

Bersalaman dan berpelukan

Saya seorang yang bertubuh kecil dan boleh dikategorikan sebagai ‘petite’. Namun, ahli keluarga dan kawan-kawan saya kebanyakannya bertubuh dan berketinggian sederhana.

Dipeluk, memeluk, bersalam dan menyalam tangan orang lain dapat membuat saya ‘feel good’. Oleh itu, saya amat teruja untuk berjumpa sahabat lama, saudara mara dan kawan baru kerana saya bolehlah bersalam dan berpelukan dengan mereka.

Terasa hangatnya kasih sayang apabila berpelukan. Ops, hanya yang sejenis dengan saya saja ok!

Kongsi status positif di Facebook

Facebook atau muka buku telah menjadi tempat untuk saya bersosial di alam cyber. Saya suka membaca kata-kata hikmat dan perkongsian-perkongsian positif yang memberi inspirasi kepada saya.

Acapkali juga, saya akan kongsikan status positif yang saya baca dengan orang lain di ‘wall’ saya. Membuat orang lain terinspirasi seperti mana saya terinspirasi, itulah bahagia.

Buat kawan baru

Sejak zaman universiti, saya sememangnya seorang yang sangat aktif melibatkan diri dengan kerja-kerja sukarelawan dan juga sesi-sesi latihan sama ada berbayar mahupun percuma.

Buat kawan baru dan meluaskan lagi jumlah kenalan atau ‘netwok’ memberi saya ruang untuk mengenali seseorang dan asal-usulnya sekaligus.

Dan untungnya buat kawan baru, bila saja kita singgah ke tempat yang ada kenalan kita itu, bolehlah diajak untuk minum kopi, lepak-lepak dan ziarah-menziarahi.

Kongsi makanan dengan kawan-kawan di pejabat

Kerepek, kek, kuih-muih mahupun biskut yang kita tawarkan kepada rakan-rakan di pejabat sebenarnya mampu membuatkan mereka rasa dihargai dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim.

Saya suka kongsikan makanan yang saya bawa dengan kawan-kawan dan kadangkala secara diam-diam meletakkannya di ‘pantry’ dengan tanda “Ambillah, saya belanja”.

Melihat makanan yang kita bawa dan kongsikan itu habis memang membuat hati saya bahagia. Hidup untuk memberi.

Sekian sahaja Tuan Shubhi.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini. Semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Halalkan juga ilmu tuan yang dikongsikan di laman HR untuk pembaca senyap seperti saya selama ini ya..!

Assalamualaikum wbt.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • amalan mudah
  • bersyukur
  • happy
  • hidup bahagia
  • hidup gembira
  • nikmat
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Keusahawanan
  • Kewangan
  • Petua ringkas

Langkah kedua selepas pulih semangat

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 04/06/2013
Read More
Next Article
  • Minum Petang
  • Perjumpaan Usahawan
  • Santai

Perjumpaan santai usahawan – Petang Ini (5hb Jun 2013)

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 05/06/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

3 comments
  1. Anonymous says:
    06/06/2013 at 12:08 am

    Thank you for sharing NurulAin. -Dzariff

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      06/06/2013 at 7:26 am

      Bila boleh dapat tuan Dzariff punya list…?

      Reply
    2. Nurulain Mohd Suffian says:
      06/06/2013 at 1:03 pm

      My pleasure, Tuan Dzariff! =)

      InsyaALLAH, the more we give the more we get..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.