Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
553
2K
278
14
0
  • Kehidupan
  • Motivasi

Perkara negatif membantu anda

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 21/08/2013
  • 41 comments
  • 2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Keseimbangan negatif dan positifBerapa kali dalam masa sehari anda menghadapi perkara yang negatif? dan berapa kali pula anda menghadapi perkara yang positif?

Adakah seseorang yang sering menerima perkara positif saja dalam kehidupannya menemui satu kehidupan yang memuaskan dan menggembirakan?

Selama ini saya sangkakan untuk menghasilkan satu perjalanan kehidupan harian yang memberangsangkan, kita perlu pastikan bahawa semua perkara yang dihadapi adalajh positif.

Untuk menghasilkan kehidupan sebegitu maka perjalanan kehidupan akan disusun agar segala perkara negatif yang dapat dijangka perlu dielakkan terlebih dahulu.

Contoh paling mudah yang sering diamalkan adalah sentiasa mengelakkan diri daripada bertemu dengan mereka yang sering melampiaskan perkara negatif pada diri kita.

Apabila kita hanya berjumpa mereka yang positif sahaja saban hari sepanjang masa, maka lambakan perkara positif akan mewarnai kehidupan dan kita sangkakan itu membantu kehidupan menjadi lebih bermakna dan optimum tahap bahagianya.

Positif saja tanpa negatif tak bagus untuk kejayaan!

Setelah membaca buku terbaru yang saya beli, “To Sell is Human”, tulisan Daneil H. Pink, saya menemui satu fakta yang mengejutkan!.

Untuk mencapai kejayaan tahap optimum, kita perlu ada suntikan perkara negatif di samping perkara yang negatif.

Himpunan atau ramuan  yang negatif bersama positif akan membantu tahap pencapaian yang optimum pada kita semua.

Persoalannya adalah berapa dos negatif dan berapa dos positif yang perlu kita jadikan satu ramuan kejayaan? Berikut beberapa senario dosage yang boleh anda jadikan panduan untuk meneka:

  1. 1 negatif dan 1 positif – Dos yang sama rata. Ertinya jika anda menerima 10 perkara negatif, anda akan berusaha untuk meratakan kedudukan dengan mencari 10 perkara positif.
  2. 1 negatif dan 2 positif – Setipa kali anda berhadapan dengan 1 perkara negatif, anda akan pastikan ianya dipadan dengan 2 perkara negatif.
  3. 1 negatif dan 3 positif – Satu negatif diseimbangkan dengan 3 yang positif
  4. 1 negatif dan 11 positif – Setiap kali kecewa anda akan lambakan kehidupan dengan 11 kegembiraan.

Ok! cuba pilih daripada 4 dos yang saya berikan di atas, manakah nisbah yang paling baik untuk optimumkan kebahagiaan dan kejayaan kita dalam apa saja perkara yang dilakukan?

Kebanyakan daripada kita tentu sangka pilihan ke-4 lebih optimum dan menjamin hasil yang terbaik, jika anda tak rasa begitu, begitulah yang saya sangkakan selama ini.

Jawapannya adalah……nisbah dos yang ke-3 adalah tahap optimum untuk pastikan apa saja anda buat akan menghasilkan kejayaan yang paling hebat.

Maknanya, jika anda buat perniagaan dan menghadapi satu berita atau keadaan yang negatif, sebaik saja anda berjaya meneutralkannya dengan 3 perkara positif, anda akan berada pada landasan yang betul untuk pergi lebih jauh.

Jika anda menerima satu negatif dan kemudiannya seimbangkan pula dengan satu positif, hasilnya adalah negatif….

Begitu juga jika anda tambah satu lagi posotif, hasilnya masih sama…negatif. Sebaik saja anda mencapai 3 atau seterusnya 4 atau lima…hasilnya adalah positif…tapi ingat!!!

Sebaik saja anda lambakan 1 negatif dengan 11 perkara positif…hasilnya kembali negatif. Sebab mereka yang asyik positif saja biasanya akan hidup terbang ke awangan dan mula perasan semua orang suka padanya dan apa yang dia buat akan berjaya…itu tanda nak menjunam ke bawah!

Jika anda serius nak berjaya, pantau negatif dan positif dan pastikan ianya berada di tahap 1:3 dan ke atas. Formulanya adalah:

“Negatif 1: Positif 3 < Kejayaan Optimum < Negatif 1: Positif 11″

Pantau kehidupan anda…!

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • cabaran
  • Kehidupan
  • Masalah
  • motivasi
  • penolakan
  • perkara negatif
  • petua
  • petua berjaya
  • seimbang negatif dan positif
  • tips
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Cubaan ringkas yang tak ringkas!

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 20/08/2013
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Adakah blogger seorang usahawan?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/08/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Mak ada lagi? Berapa kerap anda balik jenguk Mak kat kampung?

41 comments
  1. Khairul Zamri says:
    25/08/2013 at 8:24 pm

    Yup positif tanpa negatif itu satu tidak normal huhu

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      25/08/2013 at 11:22 pm

      Ya

      Reply
  2. rabiahmdyusof says:
    23/08/2013 at 4:07 pm

    Salam,
    Bagus artikel ini. Terima kasih kepada penulis! Hidup ini perlu ada keseimbangan cuma bagaimana kita mencari keseimbangan tu yang perlu dipelajari. Tak semua benda yang negatif kita singkirkan. Kekadang melalui perkara2 negatif ini kita boleh tranform ke dalam bentuk yang positif. Itu pun kalau kita bijak menggunakan akal dan mau berfikir ..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      25/08/2013 at 11:19 pm

      Terima kasih. Dari masalah kita belajar, kejayaan kadangkala menghanyutkan

      Reply
  3. daddydee says:
    22/08/2013 at 1:04 am

    Kalau kita asyik menang bosan juga hidup ini tapi sesekali tersungkur akan memberi sejuta makna.

    itu yang saya pelajari.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      25/08/2013 at 11:20 pm

      Ya kalah kemudian menang mebih manis

      Reply
  4. AUC says:
    22/08/2013 at 12:13 am

    teori yg menarik ni, kena cari buku tu…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      25/08/2013 at 11:21 pm

      Ya, menarik. Elok sangat beli dan baca

      Reply
  5. Zuan says:
    21/08/2013 at 11:46 pm

    den pun baru baru ni perasan yang jika terlalu banyak think +ve, kita akan terlalu mudah terima semua perkara.
    agak agree dengan entry tuan

    Reply
    1. Zuan says:
      21/08/2013 at 11:47 pm

      nanti saya cuba dapatkan buku ini 🙂

      Reply
      1. Mohd Shubhi says:
        22/08/2013 at 12:01 am

        Bagus sangat untuk dibaca dan difikirkan..

  6. hafiz says:
    21/08/2013 at 11:23 pm

    Perkara negatif memberikan motivasi untk menjadi positif

    Reply
  7. Cikgu Hairul says:
    21/08/2013 at 7:05 pm

    Sepnjang hidup saya beru kali ni jumpa teori macam ni. Biasanya para motivator akan beritahu jadikan semua perkara sesuatu yang positif. Maknanya kita kena sentiasa bersangka baik di atas setiap kejadian.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 7:30 pm

      Saya ingat begitu juga sebelum ini…semua positif tak bagus jugak rupanya!

      Reply
  8. ajumohit says:
    21/08/2013 at 6:52 pm

    bila menghadapi kekecewaan ianya mematangkan kita utk lebih bersikap cekal dan tabah di masa depan

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 7:29 pm

      Betul tu

      Reply
  9. papa mifz says:
    21/08/2013 at 5:39 pm

    nice info tuan , tq sebab share entry nih…

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 7:29 pm

      Sama-sama

      Reply
  10. KiD says:
    21/08/2013 at 4:54 pm

    dari negatif kiat boleh ke arah positif.. =)

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 5:50 pm

      Ya !

      Reply
  11. ema says:
    21/08/2013 at 4:15 pm

    banyak juga dikelilingi dgn benda dan orang yg nak negatif

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 4:38 pm

      kalau ada ramai sangat..piluh 2 atau 3 saja..lain tinggalkan!

      Reply
  12. Hafizul says:
    21/08/2013 at 3:48 pm

    Emm pekara negatif kadang-kala baik juga untuk tumbesaran kehidupan semasa kita..namun jangan lah sesekali banyakkan yang negatif fari positifnya..tertarik dengan artikel ni..hehe

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 4:38 pm

      ramuan mesti ikut resepi

      Reply
  13. zool says:
    21/08/2013 at 3:18 pm

    kena tahu camne nak bahagikan negatif tu

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 4:37 pm

      Ya

      Reply
  14. Dja@Sishaza says:
    21/08/2013 at 1:13 pm

    Ehh…payah juga nak faham ni. Tapi saya setuju dgn Mr Shubhi…lambakan positif shj tak akan membantu. Mesti ada negatif juga supaya kita boleh pantau apa yg tak kena dan apa yg perlu dibaiki ..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 2:48 pm

      Itulah gunannya negatif…utn pembaikan diri!

      Reply
  15. onlajer says:
    21/08/2013 at 1:12 pm

    mesej mudah dan ringkas, seperti berblog sesekali tampal tajuk negatif dengan lajunya trafik meningkat, tak gitu tuan

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 2:47 pm

      Idea baik jugak tu…bubuh posting negatif satu cover balik ngan positif 3

      Reply
  16. hatiputera says:
    21/08/2013 at 12:28 pm

    Nak kena baca lagi sekali nie baru faham. Tetapi aku memang kurang gemar dengan perkara-perkara negatif nie.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 1:07 pm

      Mudah saja mesejnya…sekali sekala perlu ada negatif

      Reply
  17. Irwan Alessa says:
    21/08/2013 at 12:00 pm

    Bila minda kita terlalu memikirkan yang negatif sahaja tidak beberapa elok, positif juga perlu di seimbangkan sekali.. Bila pergi ke blog bro dan menikmati entri bro bagaikan terbuka minda untuk berfikir di luar kotak..

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 2:46 pm

      Betul tu perlu seimbang..maknanya negatif 1 positif 3

      Reply
  18. azman says:
    21/08/2013 at 11:26 am

    Perkara negatif sedikit sebanyak membantu kita menjadi lebih positif.Kalau semua positif nanti lupa daratan pulak 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 2:46 pm

      Betoi sangat tu

      Reply
  19. fyna says:
    21/08/2013 at 9:27 am

    perkara negatif akan mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif.

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 11:07 am

      Juga mengajar kita menerima kenyataan bahawa kita manusia…yang tak sempurna

      Reply
  20. Ahmad Azhari says:
    21/08/2013 at 8:38 am

    Sangat menarik !

    Reply
    1. Mohd Shubhi says:
      21/08/2013 at 2:45 pm

      Boleh praktik…!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia
    • 4 minute read
    • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche
    • 3 minute read
    • Pekerja
    Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah Boss Mat Saleh Sweden
    • 5 minute read
    • Tabiat
    Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Mencari ceruk mana yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam kehidupan dan perniagaan
    • 4 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Rancangan perniagaan: Ringkasan Eksekutif
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Pemasaran
    Kenal pasti segmen pelanggan dan identiti bisnes anda dengan konsep Micro-Niche

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.