Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Kehidupan

Kenapa isteri benci suami?

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 16/11/2012
  • No comments
  • 4 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Rumah tangga bahagia

Kenapa agaknya si isteri benci suami? atau kenapa si suaimi benci isteri? ini persoalan yang sering bermain di kepala pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Kita adalah makhluk sosial. Maknanya kita akan menjadi tidak sempurna tanpa menjalinkan perhubungan dengan manusia lain.

Orang yang dihalang bertemu dengan manusia lain dalam hidupnya, lama kelamaan kebiasaannya akan menjadi murung dan akhirnya boleh membawa banyak kesan yang buruk seperti gila dan seumpamanya.

Berikut perhubungan sesama manusia yang biasa kita jalinkan sepanjang hidup:

  • Antara anak dengan ibubapa
  • Antara suami dengan isteri
  • Antara abang/kakak dengan adik
  • Antara orang tua dengan anak muda
  • Antara anak murid dengan guru
  • Antara kawan dengan kawan
  • Antara ketua dengan pengikut
Sama ada kita perasan atau tidak, di antara kesemua perhubungan di atas, antara perhubungan yang paling selesa adalah perhubungan sesama kawan.
Bukan tak ada masalah sesama kawan-kawan, tetapi amat jarang berlaku. Perhubungan selain dari itu kebanyakan masa agak pahit dan tidak memuaskan atau tidak menggembirakan kita. Sebab itu kita sering dengat cerita bagaimana isteri benci suami.

Rumah tangga bahagia

Kenapa boleh terjadi seperti itu?.
Kenapa isteri benci suami? Apa bezanya perhubungan yang kita jalinkan sesama kawan yang membuatkan kita sering rasa selesa. Kenapa kita boleh berborak bersama dengan kawan-kawan sampai berjam-jam tanpa rasa jemu?
Kita juga boleh kembara sesama kawan dalam suasana yang amat menyeronokkan. Kita boleh hadapi cabaran sesama kawan-kawan dengan mudah dan penuh dengan semangat kerjasama yang memuaskan.
Kita rasa lega bila dapat berkongsi masalah dengan kawan-kawan walaupun mereka sekadar mendengar tanpa memberikan apa-apa bantuan. kenapa? kenapa? kenapa? kenapa bila pada ada masalah benci suami? atau benci isteri?
Teori pilihan
Seseorang itu benci suami tetapi selesa dan ok dengan kawan ada rahsianya. Rahsianya adalah kerana kita mengguna pakai teori pilihan dalam berkawan.
Teori pilihan membuatkan rasa selesa terbentuk dengan sukarela tanpa kekangan atau rasa hati yang tidak selesa.
Sepanjang berkawan, kita tidak pernah memaksa kawan kita berbuat sesuatu tanpa kerelaannya. Seandainya kawan tidak sependapat, kita menghormati pendapatnya walaupun mungkin pendapat tersebut adalah salah mengikut perkiraan kita.
Bagi kawan yang baik, berbagai cara diusahakan agar pendapat kawan yang salah tersebut dapat diperbetulkan. Matlamatnya adalah untuk membuatkan kawan kita berubah dan menerima pendapat kita secara sukarela. Itu merupakan amalan teori pilihan.
Kita sentiasa memberi ruang kawan-kawan yang kita ada membuat sendiri pilihan mereka tanpa mengenakan paksaan. Perhubungan sesama kawan amat lancar apabila teori pilihan diguna pakai sepanjang berkawan.
Teori paksaan
Sebaik saja teori paksaan diguna pakai dalam berkawan, maka perhubungan kawan mula jadi retak. Teori paksaan berpunca daripada kepercayaan kita pada kekerasan supaya orang menurut atau mengikut kehendak diri kita.
Seandainya kita fikir sejenak teori mana yang diguna pakai dalam perhubungan selain kawan, kita akan mengaku bahawa selain daripada perhubungan sesama kawan, kita sering kembali pada amalan biasa perhubungan yang mengguna pakai teori paksaan.
Dalam kes hubungan suami dan isteri. Si suami akan memaksa isteri menurut segala kehendak dan arahannya atas kepercayaan suami sentiasa betul. Si isteri juga sentiasa mendesak suami agar mengikut kehendaknya dan ini menjadi lebih parah bilamana isteri meletakkan syarat bahagia apabila suami mengikut kehendak isteri.
Dari situ mula timbul masalah isteri benci suami dan suami benci isteri!
Dalam kes hubungan anak dan ayah juga kita percaya anak wajib ikut segala suruhan ibubapa samada secara paksa atau rela. Begitu juga dalam kes perhubungan majikan dengan orang bawah, hubungan ketua dengan pengikut, hubungan guru dengan pelajar, hubungan abang dengan adik dan lain-lain. Dalam kes tersebut kuasa digunakan untuk mengenakan paksaan dalam apa saja perkara.
Biasanya, kita berjaya membuatkan orang ikut kehendak kita walaupun secara paksa. Ini dilakukan dengan mengorbankan perhubungan akrab dan menjauhkan rasa keselesaan dalam perhubungan.
Sebab itu bukanlah sesuatu yang menghairankan bila anak menjadi dingin dengan ibubapa, isteri atau suami menjadi dingin dengan pasangannya dan pelajar menjadi tertekan dengan guru-gurunya.
Akhirnya kita beralih arah pada kawan-kawan yang tidak pernah memaksa kita untuk menjadi apa yang kita ada. Kawan-kawan membuatkan kita berubah, tapi semuanya secara rela.
Untuk elakkan isteri benci suami atau suami benci isteri, maka kita perlu mengamalkan sikap tiada paksaan dalam perhubungan. Perubahan perlu berlaku secara rela.
Kembangkan teori pilihan pada perhubungan lain
Mungkin ramai yang beranggapan sebagai ketua, kita lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk. maka jika kita mengarah pengikut, mereka wajib menurut samada rela atau paksa.
Perkara yang sama juga terjadi pada ibubapa, guru, orang tua dan lain-lain. Kita percaya perkara baik perlu dipaksa. Perkara buruk juga perlu paksaan agar orang meninggalkannya.
Namun jika kita bijak, banyak perkara boleh diubah melalui teori pilihan. Kita boleh membiarkan orang lain memilih apabila maklumat yang betul disampaikan atas dasar tanggung jawab menyebarkan ilmu atau maklumat yang berguna.
Setiap orang ada akal yang sempurna untuk memilih dan seterusnya mengambil tanggung jawab penuh atas pilihan mereka. Apabila kita tunaikan tugas kita menyampaikan dengan jelas pilihan-pilihan yang ada beserta akibat-akibat yang bakal berlaku pada setiap pilihan yang diambil, mungkin suasana perhubungan sesama kita menjadi lebih bermakna.
Dalam kes anak-anak, kita perlu terapkan kedua-dua teori di atas Gabungan teori pilihan serta teori paksaan perlu diseimbangkan kerana akal mereka belum penuh. Namun dalam perkara yang boleh kita bertolak ansur, eloklah teori pilihan diguna pakai agar mereka tidak terus menjarakkan diri mereka daripada kita.
Wallahualam.
0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • benci isteri
  • benci suami
  • isteri
  • paksaan
  • perhubungan
  • rela
  • rumahtangga
  • suami
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Kehidupan

Ringkaskan hidup anda dengan berpuasa

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 14/11/2012
Read More
Next Article
  • Kehidupan
  • Petua ringkas

Jangan bercinta melalui FB

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 19/11/2012
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    4 tanda anda dah hilang semangat dan cara atasinya

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.