Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
671
2K
308
13
0
  • Kehidupan

Kenapa saya gagal

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 24/06/2013
  • 16 comments
  • 5 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Semua daripada kita pernah menemui kegagalan dalam sesuatu perkara yang kita lakukan.

Saya juga banyak gagal tapi itu semua tak sepenting dari memahami kenapa saya gagal.

Sebagai manusia biasa saya telah banyak menemui kegagalan.

Berikut dikongsikan antara kegagalan yang pernah saya kecapi!.

Kenapa saya gagal mengorat seorang gadis

Ketika belajar dulu saya ada simpan perasaan terhadap seorang gadis yang menarik. Rupa parasnya sederhana, bertudung dan perwatakannya lemah lembut.

Sepanjang belajar saya hanya meminatinya dari jauh dan tidak pernah mencuba untuk mengorat atau mendekatinya sehinggalah pada hari terakhir graduasi.

Saya teringat pesan seorang kawan yang berpegang “biar mencuba tetapi gagal, daripada menyesal sebab tidak pernah mencuba”.

Oleh itu pada hari akhir tersebut, dalam kesibukan orang bergembira dengan keluarga masing-masing, saya menghapirinya secara diam-diam dan dengan muka penuh tak malu bertanya samada dia sudah punyai teman hidup.

Terkejut dengan pertanyaan saya dia bertanya pula, ‘kenapa nak tahu?”

Saya selamba menjawab, ‘sebab selepas ini kita akan terjun ke dunia pekerjaan dan kemudiannya mencari teman hidup. Jadi kalau saudari tak ada teman lagi, saya berniat mahu menjadikan saudari sebagai calon isteri!”

Dia mungkin tak sangka dengan sikap terus terang dan tak berlapik saya lalu menjawab, ” kalau tidak takut bersaing, apa salahnya!”.

Mendengar jawapan itu, saya terus menjawab, ‘oklah, saya tak suka bersaing. Terima Kasih!”

Begitulah berakhirnya satu kegagalan.

Saya terus berhenti daripada cuba mendapatkannya sedangkan masih ada peluang.

Kenapa saya gagal buka cawangan di Pulau Pinang

Untuk mengembangkan perniagaan, saya mencari-cari peluang untuk membolehkan saya membuka cawangan di negeri tumpah darah saya di Pulau Pinang.

Akhirnya dapat sedikit kerja yang cukup untuk saya membuka satu pejabat dan mereksut seorang pekerja bagi menjalankan kerja-kerja di sana.

Sudah tentu kerja yang ada tidak mencukupi untuk membuatkan cawangan yang ada itu menjana keuntungan.

Berbagai cara saya buat untuk melatih orang yang diharapkan agar dia memahami tugasannya. Selain daripada melaksanakan kerja dia juga perlu mencuba pasarkan syarikat di tempat lain.

Saya dapati, agak sukar untuk melatih seseorang yang biasa makan gaji dengan kerja operasi untuk melakukan kerja-kerja jualan dan promosi.

Untuk selesaikan masalah tersebut, saya perlu mendapatkan seorang yang berpengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran.

Tapi, perkara tersebut tidak saya lakukan. Saya masih berdegil untuk mencuba menjimatkan kos dengan mengharapkan pekerja yang ada mampu berubah dan menyesuaikan dirinya.

Setelah lebih setahun, tidak ada perubahan, akhirnya saya buat keputusan untuk menutup sahaja cawangan tersebut. Saya akhiri kegagalan itu dengan berhenti.

Gagal walaupun berpeluang buka sekali lagi cawangan

Selepas beberapa tahun, saya berpeluang mendapatkan satu lagi kerja di kawasan utara. kalai ini kerjanya lebih besar dan cukup untuk saya merekrut lebih dari seorang pekerja.

Kerja tersebut bertahan selama beberapa tahu dan ianya cukup menguntungkan. Apa yang saya perlu lakukan adalah memastikan tidak ada kesilapan dilakukan oleh pekerja ketika beroperasi dan dalam masa yang sama menambahkan lagi jumlah kerja yang ada di sana.

Itu bermakna saya perlu melatih dan membina perniagaan di sana dengan lebih bersistematik dan terancang. Lagipun keuntungan yang ada tridak sepatutnya menghalang usaha tersebut.

Malangnya saya tidak mengendalikan sendiri semua pembinaan tersebut dan membiarkan sahaja ianya berjalan.

Walaupun tahu bahawa itu salah, saya masih tidak melakukan apa-apa perubahan sedangkan jika apa-apa berlaku, saya tidak boleh salahkan orang lain selain daripada diri sendiri.

Akhirnya berlakulah apa yang tidak dijangkakan. Berlaku kesilapan besar ketika pekerja melaksanakan kerja mereka dan kesipalan itu cukup besar untuk membuatkan saya kehilangan pekerja yang menguntungkan itu.

Apa yang saya buat dengan peristiwa tersebut adalah menutup sahaja cawangan, membuag semua pekerja dan berhenti.

Kenapa saya gagal melabur dalam perniagaan baru

Seingat saya ada dua perniagaan baru yang telah saya cuba ceburi. Perniagaan tersebut berpotensi tinggi tetapi tidak cukup modal untuk membuatkan ia berjalan dengan baik.

Oleh kerana duit bukan satu masalah pada saya, maka saya bersetuju untuk melibatkan diri. Lagipun sudah ada pemilik asal yang sanggup untuk menjalankan perniagaan itu.

Malangnya setelah duit dileburkan, pemilik asal rupanya masih tidak berupaya menjalankan perniagaannya dengan baik dan berdedikasi sebagaimana yang diharapkan.

Sudah tentu untuk menyelamatkan wang yang telah dilaburkan, saya terpaksa melibatkan diri bagi memastikan ianya terletak semula pada landasannya.

Saya nampak apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan perniagaan itu berjaya. Tetapi untuk melihat apa yang perlu dilakukan dan kemudiannya melaksanakannya adalah dua perkara berbeza.

Bnayak pengorbanan dilakukan dan berbagai usaha dicurahkan. Ini adalah sesuatu yang cukup meletihkan dan saya mula mebandingkan kenapa saya perlu terus sebegitu sedangkan perniagaan yang telah ada selama ini amat menguntungkan.

Cara berfikir sebegitu adalah satu petanda bahawa saya sedang cuba mencari alasan kenapa saya perlu berhenti.

Dan sebagaimana yang diharapkan, saya akhirnya berhenti.

Kenapa saya gagal usaha menyatukan dua syarikat

Saya punyai dua syarikat yang dikendalikan oleh dua orang yang berbeza. Masing-masing punyai kekuatan tersendiri. Dengan kekuatan yang mereka ada itu, syarikat mampu berkembang dan menjana duit.

Tetapi, kedua-dua syarikat berada di dalam satu industri yang sama. Jika berterusan mereka menjadi pesaing sesama sendiri. Ini bukanlah satu strategi yang baik dalam pembinaan sesebuah syarikat.

Untuk membesarkan dan membina sebuah entiti yang lebih besar dan kuat agar bertahan lama dan berdaya saing, saya perlu menggabungkan kedua-duanya di bawah satu bumbung dan satu jenama.

Bertungkus lumus saya cuba melaksanakannya. Berbagai usaha saya lakukan dan banyak penderitaan jiwa berlaku dalam dada, namun tidak ada jalan penyelesaian untuk menyatukan kedua-duanya.

Setelah puas mencuba dengan bertukar berbagai strategi di tambah lagi dengan serangan seribu satu macam masalah yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan, akhirnya saya angkat bendera putih.

Saya asingkan kedua-dua syarikat secara total dan biarkan semuanya berjalan secara berbeza. Apa yang saya buat sekali lagi adalah…berhenti.

Rumusan kenapa saya gagal
Cukuplah sedikit pengalaman yang saya kongsikan di atas untuk memberikan penjernihan pada semua dalam menyatakan kenapa saya gagal dalam kesemua matlamat yang saya sebutkan di atas.

Jika anda semua perhatikan, hanya satu sebab sahaja menyumbang pada kesemua kegagalan di atas. Ianya adalah:

“BERHENTI!”

Apa saja yang anda lakukan tak kira bagaimana besar halangannya. Selagi wisel penamat belum ditiupkan anda masih ada peluang untuk menjayakannya.

Namun semua adalah dengan satu syarat, “JANGAN BERHENTI!”, sebaik saja anda buat keputusan untuk berhenti, anda memang patut gagal.

Renungan kenapa saya gagal

Sekarang lihat semula ke belakang. Ingat kembali apa saja yang pernah anda sasarkan tetapi telah menemui kegagalan, perhatikan apakah punca kegagalan tersebut.

Anda mungkin dapat senaraikan berbagai-bagai alasan untuk merasionalkan kegagalan dan untuk memberikan rasa sedap di dalam hati kenapa memang aku patut gagal.

Hakikatnya semua halangan sudah tentu ada jalan penyelesaiannya walau sebesar manapun keadaannya asalkan anda bersabar dan sentiasa mencari jalan.

Namun apa saja alasan tidak bererti seandainya anda ambil pendekatan untuk berhenti!

Walau bagaimanapun, semuanya masih belum berakhir selagi anda masih hidup. Ada banyak perkara atau sasaran yang kita pernah impikan yang masih belum ditiup wisel penamatnya.

Seandainya kita sambung semula dan cari jalan tanpa henti, kejayaan akan datang semula.

Dan biasanya kejayaan itu semakin hampir. Sebab itu saya sering tekankan bahawa kejayaan hanyalah satu proses dan bukannya satu destinasi.

Moga ada manfaat perkogsian kenapa saya gagal ini.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • berhenti mencuba
  • kenapa saya gagal
  • putus asa
  • sebab utama gagal
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
  • Weekly top

5 artikel paling banyak dibaca #3

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 22/06/2013
Read More
Next Article
  • Kejayaan
  • Keusahawanan
  • Pekerja
  • Petua ringkas

Petua bina perniagaan ke tahap tinggi

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 25/06/2013
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan
  • Keusahawanan

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

16 comments
  1. kakiblog says:
    06/07/2013 at 8:01 pm

    cerita motivasi begini memang seronok untuk dibaca..saya sedar saya tergolong dalam golongan yang memburu kejayaan..

    kadang2 berhenti itu lebih baik untuk mengelakkan kerugian lebih besar…kaum cina banyak buat macam tu..cuma mereka tidak pernah berhenti untuk mencuba

    Reply
  2. hafizmd says:
    29/06/2013 at 6:18 am

    Seronok membaca kisah kegagalan tapi mengalaminya cukup perit. Namun ambe pasti, byk yg tuan dah belajar dari kegagalan ni…

    Terima kasih sudi berkongsi…alhamdulillah

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/06/2013 at 6:45 am

      Banyak gagal banyak belajar perkara baru. TK

      Reply
  3. jengoi sat says:
    26/06/2013 at 8:50 am

    perkataan ‘BOLEH’ kenalah seiring dengan perkataan ‘JANGAN BERHENTI’

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      29/06/2013 at 6:44 am

      setuju tu!

      Reply
  4. fiezaradzi says:
    25/06/2013 at 5:47 am

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. nak berjaya, kena berusaha kuat. itulah, kadang2 kita takut hadapi kekalahan yg belum tentu

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/06/2013 at 6:04 am

      Betul tu. TK

      Reply
  5. Anonymous says:
    24/06/2013 at 7:59 pm

    Mungkin boleh cuba cara ini…
    Bina satu bisnes yang hanya boleh dijalankan dalam satu kedai bagi satu tempat ( daerah ).
    Setiap kedai,ada satu penyelia,dan 2/3 kakitangan.
    Jika nak kembangkan,buka kedai yang sama,tapi…pengurus yang berbeza…di daerah yang lain. TAPI,kekalkan satu jenama.
    Perlu ada barisan,pekerja mahir,pekerja tidak mahir,pelatih,penyelia,penyelia daerah dan penyelia negeri.
    Terhadkan skop kerja dan perkhidmatan/produk.Buat kuota maksimum dan minimum.
    Yang penting,kungfu bisnes,kita jaga sendiri.
    Hayati bait tulisan ini…
    Hanya kerana kita penulis terbaik dunia,tidak mungkin kita mampu memasarkan buku kita serata dunia…
    Wallahualam…Hamba share pendapat sahaja.. 🙂
    ….penjual kek pasar malam…..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/06/2013 at 2:59 am

      Idea baik tu! tapi buat sampai berjaya dan jangan berhenti selaji tak jadi amat penting.

      Reply
  6. teh ramuan says:
    24/06/2013 at 5:24 pm

    seronok baca tulisan ni
    tak sedar sampai ke ruang komen

    apa yang aku faham
    ada ketikanya berhenti juga satu kemestian
    berhenti bertindak negatif

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul says:
      25/06/2013 at 3:00 am

      setuju tu jangan berhenti utk berjaya sudahlah

      Reply
  7. suri says:
    24/06/2013 at 11:34 am

    terkadang sering kata blh mulakan cara ini. bila buat produk ini org kata kita tiru sedangkan benda tu kita sekadar mencuba market hee..mmg tak akan berhenti mengalah dan mencuba

    Reply
  8. titan says:
    24/06/2013 at 10:49 am

    yap, gua pun selalu gagal gakk..

    Reply
  9. Anonymous says:
    24/06/2013 at 4:21 am

    pada saya saingan tu berapa % je masalah dalam perniagaan. yg paling penting man power tu ok ke tak. kadang2 kerja banyak tapi yg reti buat kerja berapa kerat je. yg muda/baru letih nak bagi training. bila dah pandai teknikal, lari ke company lagi besar dgn gaji lagi tinggi. menjadi majikan tak mampu la kita nak pantau semua pekerja setiap masa. kena juga keluar cari projek baru. tapi tu la masalahnya, bila bos takde, pekerja tak jalan. benda boleh siap seminggu jadi sebulan. dah rugi kat situ. susah nak cari pekerja yg betul2 amanah & tekun + ikhlas.

    Reply
  10. Hafizul says:
    24/06/2013 at 3:42 am

    Emm susah untuk berjaya sebenarnya..banyak perkara yang perlu memaksa kita untuk kerja lebih kuat..betul tu kadang kadang kena melihat juga kebelakang..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Berita
    Boleh bayar zakat fitrah 1442H secara online guna aplikasi TULUS
    • 4 minute read
    • Kehidupan
    • Keusahawanan
    Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Himpun duit sampai cukup, henti kerja makan gaji awal – Macam mana nak buat
    • 6 minute read
    • Pekerja
    Cara untuk pastikan setiap ahli pasukan pekerja dalam syarikat anda ambil bahagian
    • 6 minute read
    • Pekerja
    10 pendekatan yang anda perlu ambil untuk mantapkan identiti pasukan
    • 5 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Keusahawanan
    10 kata-kata hikmat untuk usahawan
  • Tabiat
    25 kata-kata motivasi terkenal yang menarik untuk renungan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.