Bagi saya syarikat biar terus membesar dan membesar sehingga menjadi empayar hebat. Tuan punya syarikat boleh terus kekalkan kehidupan dengan cara yang sederhana. Antara kelebihan berbuat begitu adalah dapat mengelakkan diri merasa bongkak.
Jangan letak keyakinan diri pada kereta
Saya setuju dengan beberapa buku yang saya baca yang merumuskan bahawa ‘anda bukanlah kereta apa yang anda pandu, bukan juga rumah besar mana yang anda diami’. Material sudah terlalu lama dijadikan ukuran kehebatan manusia.
Ada juga pendapat kawan-kawan yang memberikan alasan perlu kepada kereta mewah dan gaya hidup mewah untuk meyakinkan orang ramai bahawa kita hebat dan berjaya. Kereta boleh jadi modal besar tarik pekerja dan juga tarik pelangan.
Ada yang baru tertatih-tatih mula berniaga setahun jagung memerah kocek untuk beli kereta Merz atau BMW. Bila ditanya apa salahnya pakai dulu kereta yang ada. Tunggulah dulu sehingga stabil dan mampu. Alasannya kalau tak bawa kereta hebat, orang tak yakin.
Sebenarnya di situ saja menunjukkan kenapa orang tidak yakin pada kita selama ini. Kerana kita tidak yakin pada diri sendiri. Selagi tidak ada keyakinan pada diri sendiri, pakailah kereta besar manapun, akan terbongkar juga kelemahan itu.
Daripada bayar cukai baik beli kereta mewah
Kelebihan orang yang berniaga berbanding makan gaji, salah satunya adalah:
- Orang makan gaji kena bayar cukai dahulu, selebihnya baru boleh belanja untuk diri sendiri.
- Orang berniaga belanja terlebih dulu, selebihnya baru dicukaikan.
5 comments
Sendiri makan cili..hehehehe Adusss…..
alhamdulillah, semakin perniagaan saya maju…semakin tak terasa nak tukar gaya hidup. dulu saya mula berniaga, rasa gila nak guna kereta mewah. 5 series to be exact. tapi setelah berhempas pulas, memerah keringat. dari berseorngan smpai dah ada 7 staff dan lg 2 anak sykt….rasa membazir pulak jika habiskan membeli kereta berharga 2-3 ratus ribu. skrg pakai kete jepun jer. tak smpai 90k pun. selesa, mudah diselenggara dan low profile. lantak org nak ckp apa pun. kita tahu diri kita. tapi dmax wajib ada. very useful.
bagus artikelnya, knjung baklek ya, http://indodetik.blogspot.com/
Bernas….
Beras Nasional…? hehe