Hidup Ringkas
Meta
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
Subscribe
Hidup Ringkas

Buat yang perlu sahaja, tinggalkan selain dari itu ..

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
    • Sitemap
  • Contact Me
    • HR Biz Coaching
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
    • Cart
    • Checkout
    • My account
4K
599
2K
289
13
0
  • Kehidupan

Model perniagaan baru untuk gaya hidup baru

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 01/06/2015
  • 11 comments
  • 6 minute read
Total
0
Shares
0
0
0
0
0
0

Keyboard-Mouse-And-Smartphone-On-Wooden-DeskApa agaknya model perniagaan baru yang bakal muncul dan menguasai dunia perniagaan di negara kita Malaysia?

Ada dua cara untuk anda mengenal pasti apakah model perniagaan yang nak dijalankan.

  1. Tiru perniagaan yang dah ada – Ini cara yang saya selalu anjurkan. Ianya jauh lebih mudah dan tak perlu susah-susah nak pergi bersuluk dalam gua untuk menentukannya. Lhat saja perniagaan yang dah ada terbukti berjaya. Kemudian olah sedikit agar perniagaan anda lebih baik sedikit sahaja daripada yang dah ada. Insyaallah berjaya.
  2. Perniagaan baru yang belum ada – Model perniagaan jenis ini agak susah berbanding model pertama di atas. Tetapi jika anda bijak dapat meneka apakah kecenderungan pasaran dan permintaan akan datang, perniagaan baru boleh dirangka. Biasanya kalau berjaya, anda memang boleh pergi jauh.

Siapa yang perlukan model perniagaan baru

Model perniagaan baru adalah impian ramai usahawan. Malah mereka yang masih makan gaji dan belum berniaga lagi sering juga impikan satu perniagaan baru yang ada potensi nak meletup.

Sebenarnya, mengejar model perniagaan baru yang orang lain belum buat lagi boleh mendatangkan risiko yang besar kalau tak kena gayanya.

Jika anda mahu memilih jalan selamat yang lebih selesa, perlu faham bahawa berniaga atau bekerja adalah sebahagian sahaja daripada keperluan kehidupan.

Ertinya, anda perlu fokus terlebih dahulu pada kehidupan yang lebih besar yang mana ada terlalu banyak cabang dan keperluan yang perlu dipenuhi.

Selesai dahulu yang wajib sebelum cari model perniagaan baru

Oleh itu, pastikan anda sudah selesaikan terlebih dahulu keperluan yang wajib dalam kehidupan sebelum bersusah payah nak cari model perniagaan baru.

Ada ramai juga kawan-kawan yang terperangkap dek terlalu nak mengejar model perniagaan masa depan sehingga hidup melarat.

Ada kawan yang biarkan isteri merana kerja kuat untuk tanggung keperluan keluarga. Sedangkan dia dah berbelas tahun masih tak jemu-jemu mencari dan cuba jayakan perniagaan masa depannya.

Nasib baik isteri masih setia. Kalau isteri tak tahan, tentu kena tinggal dibawa larinya semua anak-anak dan biarkan mereka dengan angan-angan itu.

Saya seru semua orang agar ambil tugasan menyelesaikan terlebih dahulu perkara wajib sebelum susahkan orang lain dengan impian anda terhadap model perniagaan baru.

Dalam erti kata lain, sebaiknya mereka yang dah selesai masalah tanggungan wajib untuk diri sendiri, anak bini dan lain-lain tanggungan, barulah layak nak cari model perniagaan baru.

Untuk itu mungkin perlu makan gaji dulu, himpun duit secukupnya untuk tempoh bekalan setahun atau dua.

Atau kalau berniaga, buat apa saja perniagaan yang mudah dan menguntungkan terlebih dahulu. Pastikan perniagaan autopilot dan menjadi sumber pendapatan pasif anda.

Selepas itu barulah merangka cari idea perniagaan baru yang bakal meletup.

Apa model perniagaan baru masa depan?

Saya kongsikan di sini hasil daripada bacaan buku terbaru yang saya beli.

Penulisnya merupakan seorang penulis, peramal trend masa depan, penceramah dan menjadi penasihat kepada banyak syarikat gergasi antarabagsa.

Membaca buku ‘Stuffocation’ tulisan James Wallman membuatkan mata saya segar dan rasa nak habis kan buku tersebut dalam satu malam sahaja.

Ini disebabkan minat saya terhadap tema buku tersebut yang berbunyi,

“Living more with less”

Tema itulah yang manarik tangan saya mencapai buku itu dari rak buku di kedai MPH. Saya memang sentiasa mencari apa saja maklumat yang boleh membantu mencerahkan idea untuk hidup ringkas.

Dan kebetulan tema itu kena dengan apa yang saya sedang usahakan. saya beli dan terus baca.

Rupanya ia memberikan banyak input terhadap idea perniagaan yang bakal menjadi kecenderungan di masa depan. Begitulah ramalan yang dibuat oleh penulis berserta dengan kajian-kajian dan hujah yang bernas.

Idea model perniagaan baru

Untuk apa agaknya kita jalankan perniagaan?

Untuk menjawab soalan itu, elok kita kembali pada asas makna perniagaan terlebih dahulu.

Makna perniagaan yang saya suka dan jadikan panduan selama ini juga saya ceduk daripada penulis buku barat yang terkenal, Josh Kaufman. Menurut buku tersebut, perniagaan adalah,

Proses menyediakan dan menawarkan ‘penyelesaian masalah‘ kepada pengguna yang memerlukan dengan harga yang dipersetujui. Pengguna mestilah berpuas hati setelah membelinya dan penjual pula mendapat keuntungan yang akan digunakan pula untuk mengulangi semula proses tersebut.

Ada 5 perkara asas dalam makna perniagaan yang diberikan di atas. Tapi dasarnya adalah perkataan ‘penyelesaian masalah’ yang saya gariskan di atas.

Ada masalah, maka adalah peluang perniagaan. Semua orang dah tahu perkataan popular itu tapi mungkin hanya sekadar menghafal ayat itu sahaja tanpa ada usaha mengamalkannya.

Kalau nak tahu apakah model perniagaan masa depan, sudah tentu kita perlu jangkakan apakah masalah yang bakal melanda umat manusia pada masa depan.

Mudah dan logik bukan?

Perubahan kepada sikap pengguna

Sudah lama manusia amalkan sikap materialistik. Semuanya berpunca daripada hasrat untuk mengejar kebahagian hidup.

Formula yang sering digunakan pakai oleh kebanyakan manusia sejak lama dulu adalah, untuk bahagia, perlu memiliki banyak benda. Dari situ muncul budaya materialistik.

Mesti kerja kuat supaya banyak duit untuk kumpul sebanyak benda yang mungkin.

Akhirnya…

“Manusia jadi makhluk yang terpaksa buat kerja yang dia tak suka untuk cari duit untuk beli dan himpun banyak benda yang dia tak perlukan…”

Malang seribu kali malang ramai orang pulun buat kerja. Kerja yang mereka buat pula mereka tak suka.

Mereka kerja kuat sebab nak buat duit banyak untuk beli barang. Masa pula habis terpaksa kerja lama, barang yang dibeli lansung tak guna sebab tak ada masa. Begitulah berputar-putar tak pernah habis…

Ramai orang dah mula sedar kesilapan formula mencari kebahagiaan sebegitu. Mereka dapati sebanyak manapun barang yang mereka miliki, kebahagiaan masih tidak dapat dicapai.

Kepuasan tak pernah ada dalam apa saja yang telah berjaya mereka miliki. Semakin ditambah semakin tidak puas dan akhirnya mereka lemas dan tenggelam dalam longgokkan kebendaan yang mereka beli tapi tak perlukan.

Dari situ muncullah amalan minimalism. Mereka hanya memiliki barangan sekadar yang diperlukan. Lagi kurang barang lagi bagus sebab kepuasan tak ada dalam barang yang dimiliki.

Budaya ini menular dengan pantas di seluruh dunia terutamanya di dunia barat. Mungkin kat Malaysia masih baru sebab ramai yang masih kejar kebahagian melalui pemilikkan barangan dan kebendaan.

Tak lama lagi sikap materialistik sebegini akan jadi satu masalah baru. Orang akan mula tarik brek daripada mengamalkan budaya beli dan kumpul barang.

Para peniaga akan merasa kemerosotan hasil jualan mereka terutamanya para peniaga yang suka jual barang yang tak berapa berguna.

Model perniagaan baru

Bila orang ramai dah mula kurangkan pembelian barangan kebendaan, kemanakah disalurkan aktiviti pembelian mereka?

Itulah soalan yang kita orang berniaga kena jawab. Jika boleh jawab dengan baik, model perniagaan baru dapat dirangka.

Sekurang-kurangnya, kita dapat menyusun semula perniagaan ke arah kecenderungan yang bakal menemui orang ramai di negara kita terutamanya.

Sebenarnya, semakin ramai mendapati kepuasan tidak datang daripada pemilikkan kebendaan. Ia datang daripada pemilikkan pengalaman.

Oleh itu, apa yang jauh lebih penting daripada kebendaan sebenarnya adalah pengalaman. Itulah yang manusia jenis baru akan salurkan duit mereka.

Kepuasan hasil daripada pengalaman adalah jauh lebih puas dan bermakna daripada memiliki benda. Contohnya seperti membayar duit untuk mendapatkan pengalaman mandaki Gunung Kinabalu jauh lebih baik daripada menggunakan wang yang sama untuk beli baju baru atau jam baru.

Manusia akan beralih arah daripada ‘materialism’ kepada ‘experientialism’.

Jadi peniaga perlu merangka model perniagaan baru ke arah memenuhi keperluan mendapatkan pengalaman kepada pengguna dan bukannya barangan kebendaan semata-mata.

Semakin kurang barang semakin bagus, dan semakin banyak tawaran merasakan pengalaman lebih bagus.

Itu idea perniagaan baru yang perlu kita cuba fikirkan.

Idea perniagaan baru dan pekerja

Sistem perniagaan juga sudah tentu akan berubah kalau tawaran pengalaman menjadi tema utama dalam perniagaan.

Para pekerja dalam sesebuah perniagaan pada hakikatnya juga merupakan pengguna. Mereka juga sudah tentu mencari makna dan kepuasan dalam kehidupan.

Ramai orang yang dah beralih arah mencari pekerjaan yang mereka suka. Itu adalah petanda pada bermulanya budaya mengejar pengalaman berbanding kebendaan.

Tentu anda pernah dengar cerita orang yang berhenti kerja meninggalkan jawatan yang baik hanya disebabkan mengejar pekerjaan yang mereka uka selama ini.

Ramai yang dah tak mahu jadi terpaksa buat kerja yang mereka tak suka untuk kumpul duit beli barag yang mereka tak perlu.

Mereka lebih cenderung buat kerja yang mereka suka, dan tak perlu duit banyak sebab mereka tak perlu beli barang banyak yang mereka sebenarnya tak perlukan untuk membuatkan mereka bahagia.

Oleh itu, tugas mencari pekerja juga adalah satu cabaran besar selepas ini. Kita perlu pastikan kerja kosong diisi oleh pekerja yang suka dengan apa yang bakal mereka buat.

Itu untuk pastikan sistem perniagaan kita semuanya terarah kepada penumpuan menawarkan pengalaman terbaik untuk para pengguna.

Dah jadi panjang sangat artikel ini.

Kalau pembaca nak tahu lebih lanjut, pergi baca sendiri. Saya hanya kongsikan idea asasnya sahaja sebab ianya menarik dan selari dengan apa yang saya cuba ketengahkan… Hidup Ringkas, buat apa yang perlu sahaja dan tinggalkan selain darinya.

0
0
Share 0
Tweet 0
Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Share 0
Share 0
Share 0
Related Topics
  • bisnes baru
  • cara baru
  • gaya hidup baru
  • idea bisnes
  • idea niaga
  • jenis perniagaan
  • model perniagaan
  • peluang baru
Mohd Shubhi Abdul

Penulis merupakan seorang usahawan yang punya beberapa syarikat sendiri. Berniaga sejak tahun 1998. Penceramah dalam bab membantu peniaga kecil. Sentiasa berfikir mencari jalan untuk meringkaskan semua konsep bisnes agar lebih praktikal dan mudah dijalankan.

Previous Article
aku nak berubah
  • Kehidupan

Kenapa kita sentiasa nak berubah

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 28/05/2015
Read More
Next Article
  • Keusahawanan

Antara kejar jualan dengan kejar untung

  • Mohd Shubhi Abdul
  • 08/06/2015
Read More
You May Also Like
Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Panduan terbaik selesaikan masalah dengan 6 langkah mudah untuk anda amalkan

Read More
  • 6 min
  • Kehidupan

Hidup ini terasa singkat, tapi jika anda buat sesuatu, kesannya sangat besar

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Perkara baru tentang tanda aras yang saya belajar menarik untuk anda amalkan

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000

Read More
  • 5 min
  • Kehidupan

4 perkara yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja anda sekarang

Read More
  • 8 min
  • Kehidupan

Cerita ringkas tentang bisnes, ekonomi, korporat dan kehidupan orang biasa

Read More
  • 3 min
  • Kehidupan

Refleksi menerima ujian menguji kesabaran – Azad Jasmi

11 comments
  1. Dr Fattah says:
    08/06/2015 at 1:18 am

    tiru orang yang dah berjaya itu lebih mudah dari tak tiru langsung.

    Reply
  2. mrhanafi says:
    04/06/2015 at 6:45 am

    trend perniagaan sentiasa berubah..

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/06/2015 at 6:54 pm

      Yup !

      Reply
  3. ilhan says:
    04/06/2015 at 4:57 am

    Terima kasih kepada mesej peringatan ni. Saya sendiri perasan perubahan dari materialism kepada experientialism pada diri saya. Trend menarik untuk diperhatikan. TQ

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/06/2015 at 6:54 pm

      Ya! memang menarik untuk lhat trend ni tq

      Reply
  4. kaki pelangi says:
    03/06/2015 at 6:53 pm

    info ini sgt2 berguna utk mereka yg sedang berjinak2 mahu berbisnes. dengan keadaan kita sekarang, pada saya memiliki bisnes atau side income itu perlu untuk menjamin kelangsungan hidup di masa akan datang.

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/06/2015 at 6:55 pm

      Ya! satu idea baru utk rangka model bisnes kita

      Reply
  5. mrhanafi says:
    03/06/2015 at 12:19 am

    wah ..hebat juga idea-idea yang ada dalam buku tersebut

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/06/2015 at 6:56 pm

      memang hebat !

      Reply
  6. shidaidris says:
    02/06/2015 at 2:15 pm

    menarik, saya pun rasa macam tu sebab manusia makin penat. so akan buat something yang boleh satisfy need, melancong, berlari, berbasikal dll.

    Reply
    1. Shubhi says:
      06/06/2015 at 6:56 pm

      saya sendiri dah jadi macam tu…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini
    • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
    • 8 minute read
    • Tabiat
    5 amalan kecil yang anda boleh mula sekarang untuk buat perubahan besar dalam hidup
    • 6 minute read
    • Tabiat
    Kenapa judi tikam nombor ekor sentiasa mendapat sambutan
    • 4 minute read
    • Tabiat
    Petua ini akan pastikan anda tak mudah putus asa dan tak henti berusaha separuh jalan sebelum sukses
    • 6 minute read
    • Kehidupan
    Hanya sedikit perubahan kecil diperlukan untuk ubah perjalanan hidup anda
    • 6 minute read
H’ringkas FB Page
Trending
  • Kehidupan
    7 peribahasa Melayu yang usahawan mesti ingat dan amalkan
  • Kewangan
    Apa yang saya belajar berkenaan kewangan peribadi ini sangat baik untuk anda tahu
  • Keusahawanan
    100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar
  • Keusahawanan
    Contoh kertas kerja perniagaan boleh edit
  • Kewangan
    Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Hidup Ringkas
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Kelab Usahawan
  • E-Shop
Buat apa yang perlu saja, tinggalkan selain dari itu ..

Input your search keywords and press Enter.